Asam Garam Kehidupan: Saya dah bermula, hi hi.

Nuffnang

Pages

13 Nov 2014

Saya dah bermula, hi hi.

Alhamdulillah, hari ni free sikit, so bole jalan puas-puas ke rumah kengkawan, hiii.
Aritu saya ada sebut  Nak meniaga tepi jalan je rasanya, Alhamdulillah..sebenarnya saya dah bermula.
Tapi bukanlah kat tepi jalan macam yang saya cakap tu, sebab larling tak kasi. Well..dia takut bini dia ni kena ngurat kot..ha ha ha..
Saya buat kuih, namanya woh puk samba, he he.
Apa ke pelik namanya tu, mana ada pelik, orang Teganu mesti tau punya. Ni kuih tradisi Terengganu, sedappp.
Apa? Nak resepi? Tunjuk gambar? Heee..sori lupa la nak snap gambar. Lagi pun baru dua kali buat. Saya hantar kat satu kedai di JPN Putra Jaya, Kedai Madah namanya. Buat pun sikit-sikit je, first time buat adala 25 biji, habis, walaupun keras sikit, al maklum baru nak buat semula, setelah sekian lama tak buat. Then second try semalam, ok la..lembut, saya hantar 30 biji, pun habis. Alhamdulillah.
Sebenarnya selain buat kuih tu, saya ada buat aiskrim Malaysia, bawak ke KAFA. Budak-budak suka, cuma sekarang ni musim hujan, slow sikit la. Saya buat tu guna air tapis, tak main la guna air paip. Kita nak rezeki yang berkat je.

In shaa Allah, saya akan bagi resepi dan gambar woh puk sambal tu. Tapi hari ni kita tengok gambar google dulu yea.
Ni gambar google je. Bentuk nya macam nilah, tapi ni inti
kelapa manis tu, saya guna inti ikan.


5 comments:

  1. Kalau dlm gambar tu kakak panggil onde-onde. Buat dari pulut gelek kat bijan dan goreng
    Tapi kuih tradisi yg Azie mention tu memang kakak tak tahu walaupun mungkin kakak dan makan sebab kadang nama yg tak sama. Mungkin org Johor panggil lain..

    Apa pun - tahniah dari kakak, syukur dah melangkah ke depan tak tunggu lama. Syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak zakie, haah kak..mmg kuih tu buat dari tepung pulut, tapi saya guana tepung gandum je, he he

      Delete
  2. Selamat maju jaya buat Ana. Berniaga itu adalah ibadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali lagi terimakasih shameel yea.

      Delete
  3. alhamdulillah...teruskan usaha kak.Saya doa akak terus maju jaya ;)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign