Asam Garam Kehidupan: Hayati nasyid ini, moga kita mendapat secebis iman.

Nuffnang

Pages

9 Dec 2014

Hayati nasyid ini, moga kita mendapat secebis iman.

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

9 comments:

  1. balik nanti nak dengarlah... tapi liriknya memang mendalam...

    ReplyDelete
  2. Farah dengar dlm suasana sunyi, shahdu...

    ReplyDelete
  3. As'salam nasyid kumpulan apa nyanyi ni ..Etuz tak dapat lihat hanya senikata kelihatan vedio tak keluar..gelap..insha Allah nanti line kuat akan tengok ..

    ReplyDelete
  4. ooo nampak sudah ya mawadah..

    ReplyDelete
  5. Dengar dengan penuh perasaan, hayati bait bait lirik dengan penuh khusyuk, memang menusuk dalam kalbukan...NA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena dengar selalu. in shaa Allah..moga menambah iman di dada.

      Delete
  6. Macam nak menitik pulak airmata kakak Azie..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign