Asam Garam Kehidupan: Kakak dalam dilema

Nuffnang

Pages

8 Dec 2014

Kakak dalam dilema

Sepatutnya kakak dah mula kerja hari ni. Kerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Kakak dapat kerja sebagai cashier di pasaraya e.....e. Hari sabtu baru ni kakak temuduga terus dapat.

Tapi...

Kakak dah serba salah. Kat pasaraya macam tu ada jual arak. Kakak google permasalahan ni, bagaimana semua yang terlibat dari yang memproses, membungkus, membawa, menjual semuanya dikira bersubahat. Jadi kakak memutuskan taknak pergi. Cuma kakak rasa bersalah sebab tak dapat bagitau manager yang temuduga dia hari tu yang dia tak jadi kerja, sebab dia lupa nak minta contact number. Suami pun ada hal semalam, tak boleh nak pergi bagitau.

So, camane tu? Ke senyap macam tu aje..

Nak pegi kerja taska kat tempat sepupu dia kerja dia kata kalau boleh nak berulang-alik. Kerja taska biasanya kena duduk di taska, sebab pagi-pagi lagi kena sambut budak. Kakak nak duduk rumah, sebab dah dua tahun duduk asrama, nak berkepit dengan ibu, nak belajar masak kononnya, betullah tu, saya suruh belajar masak, ni nak kopek bawang pun kekok.
Saya pun terheret sama memikirkan dilema kakak nih. Kesian. Dia nak belajar keretalah, nak kumpul duit untuk sambung belajarlah. Satu masalah kami...takde kenderaan. Ada satu kereta je, abah bawak gi keje. Kot ada kereta lain boleh kot saya gagah-gagahkan, berani-beranikan diri bawak, walaupun saya penakut ya amat nak bawak kereta, sebab tu sampai hari ni menumpang kereta jiran sebelah rumah gi kerja.

Habis tu, camane?, hmmm..entahhla.

16 comments:

  1. Itulah namanya cabaran dalam hidup. Yang akan mematangkan kakak jika berjaya mengatasinya dengan daya sendiri...

    Kata P Ramlie, ulat dalam batu pun boleh makan..hik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terimakasih pakcik IM :)

      Delete
  2. Ada seven-eleven tak di sana Azie? Atau kerja di klinik? Kerja di Fast-food?
    Ramai juga bebudak tempat kakak ni kerja di situ. Ada tu kerja kilang jadi operator ada bas yg ambil. Tapi anak kakak belum pernah lagilah sebab dia sekolah aliran agama masa lepas SPM yg ada cuma 2 minggu lepas tu masuk bulan Jan terus duduk tingkatan 6 walau result belum keluar. Lepas result keluar terus ke IPTA. Ambil lesen dah dari awal sebaik dia masuk 17 tahun bulan April masa dia form 5 kakak dah bagi dia belajar setiap kali balik dari asrama.

    Moga Kak Long dipermudahkan. Cari yg terbaik sayang. Kerja kilang pun ok juga - ada EPF dan socso lagi. Jaga penampilan, jaga maruah diri dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih atas doa auntie zakie. saya tahu rezeki Allah tu luas :)

      Delete
  3. atau pun kerja kedai makan yang dekat2 saja? banyak sangat nak buat tu hehe..kalau tak memerlukan untuk bekerja sangat, duduk je lah rumah kak tolong mak, baca buku menambah ilmu di dada. lepas ni dah masuk belajar dah susah dah nak berkepit. lepas habis belajar kerja pulak pastu kawen pulak nanti laagiiii susah nak berkepit. he he he..

    apa pun semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuuh meremang bulu roma saya ni huhuhu. duduk rumah jaga adik pun bolehlah. terima kasih cik siti :)

      Delete
  4. ala tak pyh kerja duk rumah jer...beljar masak..buat kek..ke,coklat ke...boleh jual..mula2 bt utk family..lps tu tynglah kat fb..kut kwn2 suka pulak..nti diorg order..
    adibah pun knor tak bg kerja..nti lps habis bel..tak larat2 nak kerja...
    jualan online pun ok juga...hujung jari jer..mcm aunty nor ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh macam best je. boleh saya belajar dari auntie nor? ni blog saya :D http://chocolatebananapops.blogspot.com/

      Delete
  5. bg JM bila situasi begini duduk di rumah je belajar memasak, tolong kak Azie kemas rumah..kalau dapat kerja nanti nak pegi keje satu hal jgk x de kenderaan...

    ReplyDelete
  6. bagusnya dia, fikir dulu tak ambil ringan.

    ReplyDelete
  7. Asalam terus terang baik tak payah pergi ya..bijak dan selamat kita tak mahu subahat. Tahu hukum tapi biarkan. Minta agar buat kerja lain yang lebih memihak keberuntungan kepada keluarga. Kerja di kedai buku ke ..mana2 yang terbaik..kalau rasa sangsi biasa Etuza tak akan lakukan. Kes Etuza dulu pelaburan...buntu fikiran sebab ada kawan sampai top 2 di keningau melabur labur.Etuza cuba join tapi tak dapat cegah perasaan ragu-ragu. So batalkan niat hingga kawan tu masam muka dengan etuza.

    ReplyDelete
  8. Anak Etuza Azie nama singkatan ..duduk di rumah ja..ada juga bantu memasak, sidai kain dan jaga adik2..apapun keadaan situasi berbeza antara sesebuah keluarga...buat keputusan bijak ya..

    ReplyDelete
  9. Semasa tunggu SPM awal tahun, anak sulung saya memang tak betah duduk di rumah, ada jer pekerjaan yang dicari, anak lelaki katakan.

    Pernah menjadi Guru Tuisyen, pada masa yang sama bekerja di kantin sekolah bersama Makcik Kantin Asramanya dulu..

    Cuti semester tempoharipun terus bekerja di kantin sekolah.

    "Apa kata kata kakak bantu mak kat rumah sambil tu bolehlah belajar masak, buat kek atau muffin, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan...", kalau ada rezeki lebih, belajar memandu, senang kemudian hari.

    ReplyDelete
  10. mungkin boleh try kerja kedai makan yang bukak pagi sahaja atau malam sahaja.so, ada masa untuk spend kat rumah.sekadar belajar cari duit kan..

    ReplyDelete
  11. Comeynya anak dara awak NA.... Bagus semangat dia tu. Kental!
    Eh? omak eh takut bawak kereta yeh? Mua mula mmg le takut, dah biasa nanti tak takut der.... racing lagi haha.....
    Susah jugak dilema cenggitu yek...OKje pun dilema jugak tu nak pikir haha,

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign