Asam Garam Kehidupan: Keindahan dan kecantikan seorang wanita.

Nuffnang

Pages

16 Dec 2014

Keindahan dan kecantikan seorang wanita.

Malu pada seorang wanita itu
Sebenarnya itulah keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga
Kerana itulah harga dirinya
Pandai bergaul, tapi tidak bebas dan terbatas
Pakaiannya kemas tetapi tidak menampakkan
Terlalu mewah dan menunjuk-nunjuk
Dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra
Tetapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga
Tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan
Terutama kepada laki-laki ajnabi
Kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya
Tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapan dijaga, tidak menyindir-nyindir
Atau mengata-ngata orang
Atau memuji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaati
Keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih-sayang dan berlemah-lembut dengan anak-anaknya
Tetapi tidak terlalu dimanja atau dimewah-mewahkan Rajin bekerja dan mengemas rumah tangga.

Budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikannya
Bahkan istiqomah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga
Seperti dia menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh dia bersama muhrimnya
Atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil
Sentiasa berbaik sangka terhadap suaminya
Apatah lagi cemburu atau perjudis tidak ada di hatinya
Jika suaminya susah, sanggup pula susah bersama
Tidak suka meminta-minta, kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya ke mana suaminya
" Abang ke mana? Dari mana, buat apa di sana? Mengapa lambat balik?"
Kepulangan suami disambutnya
Dan dilayan dengan baik
Ketika itu dia tahu dan faham
Apa keperluan suaminya
Hingga dengan sikapnya suaminya senang
Tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya
Kalau dia bersalah cepat meminta maaf
Kesalahan dan kesilapan suami dilupakan saja
Tidak mengungkit-ngungkit suaminya
Sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Di mana dapat kita cari wanita begini sekarang ini?
sajak dari seorang Mursyid...
dan inilah cita-citaku dari dulu.

6 comments:

  1. Terlalu mudah sudah digarispanduankan tapi masih tak mampu menjadi yg terbaik.

    ps: malam tadi lagilah kakak letih sangat sampai abang balik dari masjid sebab lewat sangat dia makan sendiri kat dapur dgn anak-anak dara. macam manalah nak jadi isteri terbaik ni Azie.

    ReplyDelete
  2. =(
    saya rasa banyak salah dengan suami..semoga suami kita redha..

    ReplyDelete
  3. Aslmkm NA, kalau NA tahu celebrity solehah yang patut dicontohi,,boleh beritahu saya, teringin nak tahu aktiviti hidup mereka heee :))) yg penting selepas patuh pada Allah dan
    Nabi, selepas itu suami buat itu dulu kan..jom senam biar cantik untuk suami, jom solat duha sekarang, jom makan kurma untuk bertenaga :))

    ReplyDelete
  4. Ingatkan cipta sendiri hihi.....
    Alahai......bilalah nak jadi wanita idaman syurga agaknya....huhu

    ReplyDelete
  5. membebel dlm hti camner tu... tpi tk keluar lgilh...
    knor lbih byk sngkn hti org sbnrnya....

    ReplyDelete
  6. ohh..mmg susah nk cari ciri2 begitu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign