Asam Garam Kehidupan: Masak, makan..masak, makan.

Nuffnang

Pages

14 Dec 2014

Masak, makan..masak, makan.

Alhamdulillah...baru dapat luruskan pinggang dan kaki. Seharian hari ni dari seawal 7.30 pagi saya dah ke dapur. Plan saya nak ikut kursus Al Baghdadi semalam dan hari ni tak kesampaian. Bukan rezeki saya agaknya. Yalah bila bertembung dengan hal suami terpaksalah dahulukan kepentingan dia, iya dok...kata nak jadi isteri solehah:-)

Bila semua anak-anak berkumpul cuti-cuti camni, apa lagi agenda diorang kalau tak  jalan-jalan dan makan. Macam hari ni abah bawak diorang ke pesta buku di PWTC. Saya tak ikut.

Apa lagi yang menyeronokkan bagi sorang ibu kan knor, selain dari masak dan bagi anak-anak makan. Cuma saya takla pandai dan kreatif macam knor. Yang seronoknya masak apa pun habis. Alhamdulillah, anak-anak saya ni takdela pandai demand nak makan benda pelik-pelik, diorang tahu mak diorang ni tak pandai kan, ha ha..

Hari ni saya dari pagi buat cekodok sosej, masak tengahari, buat dadih, goreng keropok, buat pizza ( alaa, pizza bodoh je ) dan masak untuk makan malam, semua solosai kecuali pizza dan dadih. Masya Allah.. lenguh kaki berdiri.

Terkenang arwah ma saya, kalau saya ada masa dia masih kuat dulu, paling tidak sentiasa ada keropok tersimpan dalam balang. Dia suka masak apa saja yang saya suka makan. Ma, rindunya...

Buat mak-mak di luar sana, syabas...anda semua adalah ibu yang hebat, dalam kesibukan dan kepenatan, anda masih cuba memberi kebahagiaan kepada suami dan anak-anak. Semoga semuanya ada nilaian di sisi Allah, aminn.
pizza simple je- belasah apa yg ada dlm freeze, nak gi kedai malas.
buat banyak stok tahanla utk 2,3 hari..ni la yg termampu oleh ku.

10 comments:

  1. Bagusnya Nor Azimah..seorang isteri & ibu mithali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh lagi lah UA nak pegang title ibu dan isteri mithali tu, hu hu

      Delete
  2. syukur berkumpul dengan anak2...bahagia lah ibu yang baik..

    ReplyDelete
  3. Tq cikgu rajin @ etuza, sori sgt tk dpt berkunjung ke laman etuza, broadband habis kota dah, kat tab tk dpt buka, sedih..

    ReplyDelete
  4. mcm sedap je cekodok sosej. tak prnh mkn lagi :)

    ReplyDelete
  5. aish, knor pun tk pandai msk juga.. tpi tuntutan perut2 tu.. kna juga msk.. nk mkn luar tk mampu..

    mcm sdp jer pizza tu.. air tgn ibu msk apa pun sdpppkn

    ReplyDelete
  6. Cik_Shiqah, baru muncul yea, how' ur SPM? mesti baguskan. Aishah tu tgh berkira-kira nak cari kerja sementara.
    cekodok soej tu..potong sosej, kentang, bawang, bancuh tepung, goreng, dah siap:)

    ReplyDelete
  7. knor, tak ngaku lagi tu..
    tula kami pun tak mampu nak makan luar selalu, sesekali bole la
    knor..malunya pizza saya tu, heh he ( malu buat apa nak tayangkan knor )

    ReplyDelete
  8. Anak NA bape orang agaknya yeh....memacam dibuatnya ni ha....sure kenyang perut depa semua tu semalam...
    Knor mmg tak leh lawan.....alah awak pun apa kurangnya NA....hebat jugak di dapur!

    ReplyDelete
  9. kak Azie juga seorang ibu yg HEBAT!!!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign