Asam Garam Kehidupan: Ostrich Park Semenyih.

Nuffnang

Pages

4 Dec 2014

Ostrich Park Semenyih.

Lokasinya di lot 485, Sg Lalang, Semenyih, agak jauh ke dalam. Tersesat-sesat jugak, ishhh..buat malu jerr, duduk Semenyih tapi tk pernah sampai, tapi Alhamdulillah sampai juga akhirnya lepas berpusing-pusing 2, 3 round. Ekceli ni cerita semalam sebenarnya. Tapi saya test-test kat lidah, rasa dia ok lagi, belum basi, hi hi.

Bawak rombongan bebudak tadika/KAFA sebenarnya. Dari Putra Jaya lebih kurang pukul 9 pagi, sampai sana dalam pukul 10. Sebenarnya dan sepatutnya perjalanan tu tak sampai sejam, tapi dah tersesat-sesat tu yang ambik masa.

Besarla telur burung unta tu, sebiji sama dengan 25 biji telur ayam. Burung unta ni berasal dari gurun Afrika, tapi dah boleh sesuaikan diri dengan jayanya di bumi Malaysia ni. Cuma dia kalau nak bertelur tu, kena tunggu musim panas antara bulan Mei dan Septembar, musim hujan camni, dia tak poduktif. Nanti kawan-kawan tengok yea, saya pun boleh berdiri atas telur burung unta tu. Tebal kulitnya 2mm,  boleh menampung berat sehingga 200 kg!! Tapi kalau kulit yang dah takde isi jangan buat pasal nak berselfie atas dia yek, konfem hancurr, sebab kulit kosong tu rapuh.

Kalau berminat nak mencuba rasa daging burung unta yang kata Mr Tey ( tokeh Ostrich Park ni ) macam rasa daging rusa, bolehla beli kat sini. Tapi bawak duit bebanyakla, sebab daging cincang je dah rm30 sekilo, daging untuk masak rendang setengah kilo rm25, daging peha rm35 setengah kilo, daging batang pinang rm45 setengah kilo, hmmmm...tercokik ayaq lioq dongar rega dia, tapi kalau mampu apa salahnya iye dok?

Jom layan gambar saya yang tak sepertinya tuh, nak terus-terang ni, ada gambar yang saya edit, malu tau sebab musuh ketat orang pompuan tu dah mula menampakkan diri, hu hu...

10 comments:

  1. kalau bawak Ash ni confirm dia menjerit dan menangis takut ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jgn2 Ash xcited, mummy plakyg takut tak, he he

      Delete
  2. ala comel jer knapa nk edit...
    besau bonar tolor tu hah...

    adik2 suke le tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, edit jgn tak edit.
      Konyang seminggu kalo makan sebiji tu kan?

      Delete
  3. amboi kak musuh ketat mana la tuu tak nampak pon aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak ek? Mknanya berjayalah akak mengedit gambar tu, ha ha

      Delete
  4. Uh... kalau 1biji equivalent 25 biji telur ayam memang boleh kenduri telur ajelah Azie.

    Kadang musuh ketat di muka tu penyeri tau jgn tak tahu..

    ReplyDelete
  5. Tak terabih sekali makan tu kan, beli sebiji berbaloi buat bahulu.

    Aduhaii, penyerilah sangat, hu hu

    ReplyDelete
  6. Rupana di Semenyih ada Ostrich pakr...sesuai x eh kalau JM bawak adik berumur 12 tahun ke sana..ke nanti dia bosan

    ReplyDelete
  7. tak menarik sangat JM, ada satu lagi tempat bole pegi, rabbit fun land, tempatnya lebih luas, binatang pun lebih banyak..cuma akak pun belum penah sampai, he he. so tak tau nak cerita sangat, JM google lah kot kalau nak tau lebih lanjut.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign