Asam Garam Kehidupan: January 2014

Nuffnang

Pages

30 Jan 2014

PENDINDING DARI AZAB KUBUR

Dari Ibrahim bin Hakam dari ayahnya, Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa berkata dia kepada seorang lelaki, " Mahukah kamu seseuatu yang dapat menyenangkan kamu?" Ia menjawab  " Ya "

" Bacalah surah Al-Mulk, hafalkan dan ajarkanlah pada keluarga dan anak-anakmu serta jiran tetanggamu sebab ia adalah penyelamat yang dapat menunjukkan kepada Tuhan agar pembacanya diselamatkan dari azab neraka dan azab kubur."

Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud, " Aku senang jika surah ini ( Al Mulk ) dihafal oleh setiap umatku."

Dari Abu Umar bin Abdil Barr berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Bahawa surah yang mengandungi 30 ayat  ( Al Mulk ) itu dapat memberi syafaat bagi pembacanya hingga mendapat keampunan dari Allah.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita amalkan sebagai pelindung dari azab kubur. Selagi kita beramal baik dan ikhlas InsyaAllah semuanya akan jadi pelindung kita dari azab kubur. Berbanyaklah kita memohon agar dimatikan kita dalam keadaan husnul khatimah.

sebahagian surah Al Mulk, ihsan google





Bukan Itu Jalan Bahagia...

Kisah begini banyak terjadi dalam masyarakat moden sekarang. Setengahnya hingga membawa dosa besar tanpa sempat bertaubat dan Alhamdulillah juga ada yang cepat menyedari kesilapan dan dosa besar sehingga sempat memperbaiki keadaan dan meneruskan kehidupan dengan mencari redha Allah dan suami. Hayati dan ambil iktibar....


Surat jawaban untuk  belajar ke luar negera itu sungguh mengembirakan hati Mazlan ( bukan nama sebenar ). Bila tamat pengajian nanti pastilah pangkat dan gajinya bertambah. Kemewahan hidup yang diidamkan pasti tercapai. Rumah besar, kereta mewah, itulah ukuran kesenangan dan kemewahan hidup di dunia yang menjadi idaman ramai manusia. Isterinya yang bekerja hanya dengan gaji diploma itu tidak perlu bekerja lagi. Dia berazam untuk membina keluarga bahagia.

Pada tarikh yang dijadualkan Mazlan selamat berlepas ke London. Isterinya Maznah ( bukan nama sebenar ) enggan mengikutinya kerana tidak mahu bercuti tanpa gaji dalam jangka waktu yang lama. Lagipun anak-anaknya masih kecil, bagi mereka biarlah anak-anak mereka membesar di tengah budaya Melayu. Mazlan akan pulang sekali-sekala jika ada cuti semestar panjang. Kini terasalah dia segala penat lelahnya belajar sambil bekerja selama ini berbaloi juga akhirnya. Ini semua atas galakan dan dorongan dari Maznah juga. Kemudian mendapat pinjaman pelajaran atas jaminan isterinya. Kini dia benar-benar rasa terhutang budi dan menghargai isterinya. Dan kini mereka terpaksa berpisah sementara, tetapi Mazlan menaruh sepenuh kepercayaan terhadap Maznah. Dia yakin Maznah setia kepadanya...

Manakala Maznah pula melepaskan pemergian suaminya dengan hati yang rela, tanpa sangsi dan ragu. Dia rela ditinggalkan meskipun bertahun-tahun lamanya. Dia rela menderita ketika ini kerana baginya dia pasti akan mendapat kesenangan dan pembelaan bila suaminya pulang dengan pangkat dan gaji yang lumayan.

Kini..tiga bulan sudah berlalu. Inilah kali pertama Maznah ditinggalkan suaminya dalam jangka masa yang lama. Sebelum ini kalau berpisah pun hanya seminggu dua. Kini dia benar-benar terasa sepi dan dibalut rindu. Hanya telefon atau email yang jadi penghubung antara mereka. Namun dia tidak tergamak pula untuk meluahkan segala isi hatinya kepada Mazlan kerana bimbang fikiran suaminya akan terganggu. Dia hanya memberikan kata-kata peransang untuk menaikkan semangat suaminya.

Namun, bukanlah hidup namanya jika tidak diuji....

Di pejabat Maznah, ada pengambilan  pekerja baru. Namanya Jamil ( bukan nama sebenar ). Dia begitu mengambil berat keadaan diri Maznah. Dia tahu Maznah kesepian dan sedang menanggung rindu. Walaupun dia baru di situ, namun dia sudah kenal lama dengan Maznah. Dulu mereka satu sekolah dan sempat berkawan rapat. Mereka berpisah selepas SPM. Masing-masing membawa haluan meneruskan pengajian. Maznah selepas tamat diploma terus mencari pekerjaan dan akhirnya berkenalan dengan Mazlan yang bekerja di sebuah syarikat swasta. Mazlan mahu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, namun terbats kerana masalah kewangan. Dia terpaksa mencari pekerjaan untuk membantu pelajaran adik-adiknya. Setelah adik-adiknya berjaya, Mazlan menyambung pengajian di kelas malam atas dorongan dan galakan dari Maznah sendiri. Waktu itu mereka baru sahaja berkahwin dan hidup dalam keadaan serba sederhana, adakalanya kesempitan juga.

Manakala Jamil pula setelah tamat SPM telah berjaya ke ITM ( sekarang UITM ). Setelah tamat pengajian dia bertugas di tempat lain dan baru sahaja ditugaskan di pejabat Maznah bekerja. Jamil tidak menduga temannya yang paling rapat dan sempat dia menaruh harapan dulu, kini menjadi teman sepejabatnya. Malangnya Maznah sudah berumahtangga dan punya cahayamata. Suaminya kini berada di luar negara menyambung pengajian. Hati Jamil gundah-gulana, hatinya kembali menyulam kasih terhadap Maznah. Namun Jamil tahu, mengganggu keharmonian rumah tangga orang adalah dosa besar di sisi Islam. Tapi dia gagal melawan bisikan jahat di hatinya, dia cuba juga merapatkan diri dengan Maznah, konon atas dasar simpati seorang kawan. Padahal dia juga sudah punya keluarga yang memerlukan perhatian...

Selalu dia mempelawa Maznah dan anak-anaknya keluar. Pada mulanya Maznah menolak. Lama-kelamaan kerana kerap sangat Jamil mempelawa dia menerimanya memandangkan Jamil amat bersungguh-sungguh. Maznah membawa anak-anaknya bersama, sekadar makan-makan dan bersiar-siar di pantai, atau Jamil menemani mereka membeli-belah. Lama-kelamaan hubungan mereka semakin erat. Hubungan terlarang antara seorang suami dan isteri orang, hubungan cinta dan perasaan...masing-masing menyedari dosa tapi tak berupaya menepisnya. Kini mereka hanya keluar berdua sahaja, layaknya anak muda bercinta.

Mereka kerap keluar bersama, shopping, panggung wayang, bercuti bersama..dan terlanjur berkali-kali. Maznah lupa tanggungjawabnya sebagai ibu. Urusan anak-anaknya semua terserah kepada orang gajinya. Dia lupa segala-galanya.

Kini tujuh bulan hubungannya dengan Jamil terjalin. Hubungan mereka menjadi buah mulut rakan pejabat, bualan jiran-jiran, namun Maznah tidak mempedulikan mulut-mulut manusia yang baginya tidak berjahit itu. Tidak sedikitpun terselit rasa takut di hatinya kerana dia pasti, suaminya tidak mengetahui perkara itu. Maznah tetap menghubungi suaminya, memberikan kata-kata semangat untuk suaminya terus belajar. Dia sentiasa memujuk suaminya agar jangan bimbangkan dirinya dan anak-anak mereka.

Hingga pada suatu hari...

" Maz, sampai bila kita nak macam ni, I sayangkan you, jom kita kawin, you tinggalkan saja suami you tu, you je setia tunggu dia, entah-entah dia curang dengan you..."

Maznah tersentak..." curang..., siapa yang curang, aku yang curang.." Maznah seakan tersedar dari mimpi. " Aku yang curang, aku, aku..." Dia kenal siapa suaminya, sudah tujuh tahun mereka hidup bersama. Suaminya bukan kaki 'enjoy', bukan kaki perempuan, suaminya seorang yang baik dan setia. Air matanya bergenang, kesal, malu, rasa berdosa menjadi satu. Kalau suaminya tahu, dia cuba membayangkan, mungkin suaminya sedih yang amat sangat, paling parah jika dia diceraikan...bagaimana nasib anak-anaknya yang dua orang itu?

Mungkin juga suaminya menyangka dia menggalakkannya ke luar negara semata-mata untuk menjalin hubungan dengan Jamil. Dia sungguh menyesal dengan sikapnya, merasa berdosa, ( inilah tanda kasih-sayang Allah pada hambaNya ) Ketika itu dia mula teringat, pernah seorang penceramah menceritakan semasa Rasulullah Israk dan Mikraj, Rasulullah telah melihat ke neraka, didapati Baginda  di dalam neraka itu kebanyakannya adalah wanita. Ini adalah disebabkan derhakanya kaum wanita terhadap suami.

Maznah terasa diburu dosa. Terasa dikejar bayang-bayangnya sendiri. Dia cuba menjauhkan diri dari Jamil. namun bukan mudah. Jamil sentiasa memburunya, memujuk, merayu...

Kini segala apa yang berlaku antaranya dengan Jamil benar-benar menghimpit fikirannya. Dan rasa bersalah terhadap isteri Jamil. Teman-teman sepejabat seakan memulaukannya. Dan rasa berdosa yang amat sangat terhadap suaminya. Dia sendiri tidak tahu, entah kenapa apabila Jamil menyebut tentang suaminya, dia terus tersentak. Dulu bukan tidak ada orang yang menasihatinya, tetapi semua tidak diendahkannya..

Teringat dia hadis yang didengarnya dari seorang ustaz, sabda Rasulullah yang bermaksud,  " Siapa saja di antara isteri yang derhaka terhadap suaminya maka dia akan mendapat kutukan dari Allah, para malaikat dan segenap manusia." Ngerinya dia apabila teringat ancaman itu. Dulu dia tidak ambil pusing tentang dosa dan pahala, asalkan dirinya terhibur. Tetapi kini dia mula rasa menyesal, lebih-lebih lagi bila mengenangkan kebaikan suaminya.

Salah seorang rakan sepejabat yang bersimpati menasihatinya supaya menghubungi seorang ustazah untuk meminta pandangan dan nasihat. Nasihat ustazah..
" Sebenarnya kak, sebab itulah Rasulullah ada bersabda, maksudnya wanita itu tidak untuk keluar rumah melainkan atas sebab-sebab yang diluluskan oleh syariat dan juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan tepi-tepinya."  dan sabda Baginda lagi " Wanita itu adalah fitnah. Apabila ia keluar akan menjenguklah syaitan kepadanya," kata ustazah itu lagi.

" Masalah kakak ni, agak berat juga, jadi beginilah, kakak bertaubatlah kepada Allah, dan saya nasihatkan kakak supaya ikut sahaja suami kakak dan kakak akan dapat jauhkan diri dari Jamil daripada kakak terus tinggal di sini menderhaka kepada Allah dan suami. Sebenarnya kak, berkhidmat kepada suami dan keluarga bagi wanita itu lebih utama daripada berkhidmat kepada masyarakat. Apabila kakak mendidik anak-anak, kakak telah berkhidmat kepada masyarakat kerana anak yang kakak didik itu nanti adalah bakal generasi akan datang, lebih-lebih lagi didiklah mereka menjadi anak yang soleh dan solehah."

Menitis air mata Maznah. Selama ini dia tersalah memilih jalan. " Bagaimana pula perbuatan saya terhadap suami saya...." soalnya dengan dada yang memberat.

" Sebenarnya kak, sebagai seorang isteri, segala perbuatan kakak dan dosa kakak mestilah minta ampun dengan suami, jadi eloklah kakak minta ampun dan redhanya..." balas ustazah.

" Tapi kakak bimbang akan berlaku perceraian antara kami, bagaimana dengan nasib anak-anak kami nanti..." Luahnya dengan deraian air mata.

" Perceraian memang ditakuti oleh setiap kaum wanita. Mereka takut jadi janda, kerana itu memalukan. Kalau ada yang meminta perceraian itu adalah kerana nafsu mereka yang tidak sihat. Sedangkan suami-isteri yang bergaduh bertahun-tahun pun masih ada yang sanggup duduk serumah. Kesan dari perceraian itu juga akan ditanggung oleh anak-anak. Sebenarnya setiap dosa manusia akan mendapat hukuman dari Allah, dan dosa kakak dengan suami tidak akan terampun melainkan dengan keampunan suami. Sekarang ini yang penting kakak bertaubatlah kepada Allah, selepas itu minta ampunlah dengan suami kakak. Sebenarnya setiap dosa isteri itu adalah merupakan hijab atau penghalang bagi suami, doa suami tidak akan terkabul dan segala amalannya tidak diterima oleh Allah. Dan isteri yang melakukan dosa pada suami akan dikutuk oleh Allah, para malaikat dan seisi bumi. Tempatnya di akhirat nanti, pastilah di neraka Jahannam."

" Kalau begitu, kakak rela menerima apa sahaja hukuman dari Allah. Biarlah kakak menerima hukuman di dunia asalkan di akhirat nanti, kakak terlepas dari segala hukuman. Tak mengapalah kalau suami nak ceraikan kakak pun..."

Mazlan begitu terkejut membaca surat dari Maznah. Dia benar-benar tidak percaya dengan segala apa yang berlaku. Dia bertekad untuk pulang ke Malaysia dan mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Hancur luluh hatinya, terhapus segala cita-citanya, tiada gunanya lagi segala apa yang diusahakannya, kalau dia tahu begini jadinya, tak mungkin dia mahu pergi jauh meninggalkan keluarganya.

Barulah terasa dalam dirinya kini, pelajaran tinggi, kekayaan dan kemewahan bukanlah jaminan untuk mencapai kebahagiaan. Apalagi kalau isteri sudah berlaku curang. Tiada maknanya gaji yang beribu-ribu..Apa tindakannya kini, apa yang harus dilakukan. Teringat juga dia segala pengorbanan Maznah terhadapnya Terfikir juga dia nasib anak-anaknya. Dan Maznah yang sanggup berterus-terang itu suatu perkara yang luar biasa...

Sampai di rumah, Mazlan melihat Maznah tersedu-sedan. Maznah mengakui segala kesalahan dan keterlanjurannya bersama Jamil. Dia rela dihukum apa sahaja. Terasa kelakian Mazlan tercabar.

" Sekarang kau masih berhubung dengan Jamil?" Soalnya penuh emosi.
" Tidak bang, malah saya telah membuat rayuan agar Jamil dipindahkan k e cawangan lain," jawab Maznah.

" Abang bukan tidak sayangkan kau, bukan abang tak hargai segala pengorbananmu selama ini, bukan abang tak fikirkan nasib anak-anak. Tapi abang rasa terlalu kecewa, rasa tak dihargai, daripada abang terus menanggung kepedihan, lebih baik kita berpisah. Namun segala jasamu tetap abang kenang, abang lepaskan Maz dengan talak satu...." Kata Mazlan dengan sedih dan hati yang hancur. Kakinya melangkah perlahan keluar dari rumah yang penuh kenangan itu..

" Abang, maafkan Maz, maafkan Maz, Maz rela abang lepaskan Maz, tapi maafkanlah Maz, bang.."

" Ya, sebagai seorang Islam abang maafkan Maz dunia dan akhirat,,," Katanya tanpa menoleh lagi...

Begitulah manusia, jika lemah iman memang mudah tergoda oleh nafsu dan syaitan, tapi  bila dia tersedar dan insaf, moga dia bangun dan tidak mudah tergelincir lagi. Mungkin suatu masa dia adalah penghuni syurga....

29 Jan 2014

ANTARA Wanita Penghuni Syurga dan Wanita Penghuni Neraka.


Rasulullah SAW didatnagi oleh sekumpulan wanita yang meminta penjelasan daripada Baginda tentang jihad Fisabilillah. Mereka cemburu terhadap kaum lelaki yang selalu sahaja keluar berjihad.
Rasulullah tersenyum seraya berkata:

" Barangsiapa di  kalangan kamu yang tinggal di rumahnya dan menyempurnakan tanggungjawabnya, mendidik anak-anaknya dengan agama, maka mereka itu mendapat pahala seperti pahala kaum lelaki yang berjihad fisabilillah."

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG MASUK SYURGA

1.  Wanita yang menjaga kehormatan dirinya, taat kepada Allah dan kepada suami.

2.  Wanita yang mempunyai banyak keturunan, sabar dan menerima nafkah dengan gembira daripada suami walaupun sedikit.

3.  Mempunyai sifat malu. Bila ia ditinggalkan suami maka ia menjaga kehormatan diri dan harta benda suami. Bila suaminya ada di rumah ia menjaga lisannya.

4.  Wanita yang kematian suami ( balu ), maka ia menjaga kehormatan diri dan mengasuh anak-anaknya sehingga tiada yang terlantar kelaparan.

EMPAT GOLONGAN WANITA CALUN PENGHUNI NERAKA

1.  Wanita yang jahat lisannya ( kata-katanya selalu menyakitkan hati suami ). Bila suami tiada di rumah, ia tidak menjaga kehormatan dirinya. Bila suami ada di rumah, ia selalu berkata perkara-perkara yang menyakiti hati suaminya.

2.  Wanita yang selalu meminta tanggungan yang lebih dari keperluan dan kemampuan suaminya, sedangkan suaminya tidak berupaya menyediakan.

3.  Wanita yang mendedahkan auratnya di hadapan lelaki lain.

4.  Wanita yang tidak punya keinginan untuk sembahyang. Tidak taatkan Allah, Rasul dan suami. Wanita tersebut mendapat laknat yang berpanjangan sehinggalah dia bertaubat.

KELEBIHAN ANAK PEREMPUAN

Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang mendapat susah kerana mempunyai anak perempuan,  tetapi ia berlaku baik pada mereka, besok pada hari Qiamat mereka ( anak-anak pperempuan ) akan menjadi dinding dari api Neraka."
                                                                                                               Riwayat: Bukhari dan Muslim.


Ihsan google

saja je nak cerita...

Umar Zikri sekarang suka sangat pakai baju melayu, tak kira pagi, tengahari ke, petang..Satu hari tu, sanggup tak mandi petang sebab taknak buka baju melayu, sampaila ke tengahari esoknya masih nak pakai baju yang sama. Terpaksala saya selongkar almari cari baju melayu abang-abangnya yang saya simpan, baju melayu baru-baru lagi. Abang-abangnya palkai masa raya je, habis raya simpan masuk almari. ada sepasang tu pemberian sepupu dia, agak gedoboh, eh..nak juga pakai, gulung-gulung bahagian pinggang pun sanggup ( terpaksa gulung sebab labuh ). Dia suka pakai baju melayu sebab ada peluang ikut abah pegi surau. Saya tanya abah dia, ok ke dia ikut solat kat surau tu, abahnya kata ok je, tak ngacau pun, Alhamdulillah...

Hampir setiap hari saya akan bekalkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Larling saya keluar seawal 5.45 pagi sebab takut jem kat area Sg. Besi, sampai pejabat lebih kurang pukul 7.15, kantin pun belum bukak. Kesian larling, dia ada gastrik, saya susah sikit pun takpe. Anak-anak pulak nak bawa bekal sebab katanya makanan jual kat kantin tak best, yang tu, tu jugak, nak beli pun kena beratur panjang, kadang baru nak makan loceng masuk kelas dah bunyi, so bawa bekal selain jimat belanja, tak perlu susah-susah beratur panjang pastu tak sempat makan...

Pagi ni kan... saya buat cekodok ikan bilis jer ( tak yah tayang-tayanglah ye, malu..cekodok je pun ). Spontan pulak dapat idea nak gaulkan sedikit margerin ke dalam tepung ( cam nak buat karipap tu ).,Haa..Alhamdulillah menjadi la..selalunya kalau dah sejuk,mulalah jadi keras dan liat, tapi jap tadi saya makan masih rangup dan lembut.

Tapi..termasinlah pulak, silap..patutnya dah letak margerin garam kena kurangkan ( balik kerja nanti larling mesti komplen masin, hu hu )

Ke mana pergi sudah tidak selamat lagi...

Ke mana sahaja mahu pergi sudah tidak selamat lagi
Di mana sahaja kita berada keamanan tidak terjamin
Aduh! ketakutan berlaku di mana-mana
kebimbangan sentiasa memburu
di mana sahaj kita berada

Tiada manusia yang boleh dipercaya lagi
Tapi..hidup keseorangan tidak mungkin
hidup bersam orang pula..takut sentiasa memburu
Aduh! ke mana mahu lari?
Ke masjid..tempat kata-mengata dan mencerca
Di pasar-pasar..tempat penipuan dan berlalai-lalai
di tempat keramaian..
di stesen bas atau keretapi
tempat penyeluk saku

Bersama orang kaya..kita terhina
kerana mereka kebanyakannya sombong dan berbangga-bangga
Bersama orang politik...berkawan tidak setia
masing-masing mementingkan diri
sudah dapat kawan, mudah pula jadi lawan
Pagar-pagar negara..ibarat pagar makan padi
para penghibur..hiburannya lalai dan lagho kebanyakannya
pemuda-pemudi liar, tidak boleh dikawal
pergaulan bebas, hingga melahirkan anak-anak zina
berlakulah bayi dibuang di mana-mana
bagai membuang anak kucing saja layaknya

Orang-orang tua..sudah hilang wibawa
kerana maruah mereka tidak dijaga
ada yang ke kelab malam dengan arak dan zina hiburannya
Ada juga yang menjadi haruan yang makan anaknya sendiri
Aduh! sedihnya..dan hinanya

Tuhan...bila lagi janjiMu akan terjadi
Engkau janjikan  akan datangnya penyelamat
Datangkanlah penyelamat itu segera
Agar kasih-sayang berbunga semula.

Mursyidku
Menjelang tidur
25.07.2001.

warak...vs...entahle...

cerita 1

Pada suatu hari Saidina Abu Bakar makan sejenis makanan. Kemudian dia mendapat tahu makanan itu tidak jelas halal atau haramnya. Lalu dia menjolok tekaknya dan memuntahkan isi perutnya..

Kita: Takpe...tak sengaja..tak tau..

cerita 2

Ibrahim bin Adham terpaksa kembali semula ke Basrah ( Iraq) untuk mengembalikan sebiji kurma yang jatuh dalam timbangan kurma yang dibelinya, yang dia terlupa hendak mengembalikan ketika kurma itu ditimbang.

Kita: Ala..sebiji je..halal lah..

cerita 3

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memukul anak kecilnya apabila mendapati anak kesayangannya itu memakan epal milik Baitul Mal. Katanya..." Aku terasa seperti memukul jantung hatiku sendiri." Lalu dia pergi ke pasar dan membelikan epal untuk anaknya.

Kita: Apa amik sikit sangat, amik je..bukan orang tau pun...

cerita 4

Sekali peristiwa Ibnu Mubarak terpaksa kembali semula dari Marwu ( Khurasan ) ke Syam ( Palestin ) kerana terlupa hendak mengembalikan pena tulis yang dipinjam dari temannya.

Kita: kawan, pen murah je pun, nanti dia belilah pen lain...

cerita 5

Sekali peristiwa, sekumpulan orang sedang mengadap orang yang sedang nazak di waktu malam. Apabila mati saja orang itu, salah seorang daripada mereka pun berkata kepada orang ramai,...." Matikanlah semua lampu, kerana mulai saat ini semua harta di dalam rumah ini menjadi milik para waris si mati."

Kita:  kaya dia ni, berapa harta warisan dia agaknya, beruntung anak bini dia.....


---" Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya"---
                                                                                                                      ( An Naziat : 40-41 )

28 Jan 2014

Orang mati bersedekah.....

Tsabit Al Banani bermimpi melihat seorang pemuda keluar dari kuburnya dalam keadaan berserabaut, wajahnya pucat lesi, cemas dan gundah-gulana. Dia berjalan dengan tangan kosong sambil air matanya mengalir membasahi pipi. Sedangkan semua ahli kubur yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka macam.

Tsabit pun bertanya mengapakan keadaannya menjadi sedemikian rupa. Pemuda itu berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia yang mahu mendoakan serta bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur yang lain mempunyai keluarga dan sanak-saudara yang sering berdoa dan bersedekah untuk mereka pada setiap malam jumaat.

Ibunya masih hidup, tetapi telah berkahwin lagi, dia lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya. " Kini aku telah berputus-asa dengan rahmat Allah dan sentiasa sedih lagi cemas setiap masa," kata pemuda itu dengan sayunya.

Tsabit pun bertanya tentang ibunya dan di mana dia tinggal serta berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepada ibunya.

" Katakan bahawa di dalam poket bajuku ada wang seratus misqal warisan ayahku. Wang itu adalah kepunyaanku. Nanti dia akan percaya terhadap apa yang tuan ceritakan," pemuda itu berkata dengan penuh harapan.

Setelah terjaga keesokannya, Tsabit Al Banani terus mencari ibu pemuda itu dan menceritakan kisahnya. Ibu pemuda itu jatuh pengsan apabila mendengar kesusahan yang menimpa anaknya. Bila dia tersedar, terus diberikannya wang sebanyak 100 misqal tersebut kepada Tsabit Al Banani untuk disedekahkan dengan diniatkan pahalanya untuk arwah anaknya itu,

Sekali lagi Al Banani bermimpi berjumpa pemuda itu. Kali ini dia telah berubah dengan wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan.  Kata pemuda itu, " Wahai Imam Muslim, mudah-mudahan Allah mengasihi engkau sebagaimana engkau mengasihi aku."

-------Tuhan, bagaimana aku di sana nanti? Aku takut, sekiranya amalanku tiada nilaiannya di mataMu, lalu ke mana lagi akan kuadukan nasibku...Wahai Yang Maha Mengasihani...pandanglah aku, pimpinlah daku selalu, sesungguhnya aku jahil tanpa pimpinan dariMu...pandangi daku dengan rahmat dan kasih-sayangMu--------

---------Ya Allah, kurniakan padaku rasa hamba itu, kerana hanya dengan rasa kehambaan aku dapat redha dengan setiap ketentuanMu terhadapku, agar aku tidak hilang pertimbangan dan keluh-kesah atas setiap kesusahan yang menimpaku-----

27 Jan 2014

Raja yang zalim disembuhkan, raja yang adil dimatikan....


Kisah berlaku pada satu zaman di mana terdapat seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang rakyatnya pernah merasai kezalimannya itu.

Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat dan kronik. Maka seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkannya. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Semuanya cemas sehingga akhirnya seorang rahib tampil mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya ketika itu bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar itu. Meskipun raja menyedari bahawa ketika itu bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal keadilan dan kesaksamaannya. Ia sangat dicintai oleh seluruh rakyat jelata. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan yang dibuat oleh para tabib ialah sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang ketika itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan air itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak istana telah menghantar para ahli selamnya, tetaplah ikan itu tidak dapat ditemui - walaupun seekor. Pelik bin ajaib kerana waktu itu adalah musim yang biasanya ikan itu berlompatan di permukaan air kerana banyaknya. Apa yang berlaku, akhirnya Sang Raja yang bijaksana yang di kasihi rakyat itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kehairanan dengan dua kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menghantar ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat untuk terus hidup menzalimi rakyatnya sementara pada waktu raja yang adil lagi bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman, "Wahai para malaikatKu, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu di dunia, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku di akhirat, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia di dalam neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Marilah kita mengambil iktibar dari kisah ini. Yang pertama, kisah ini memberi panduan untuk terus berbuat kebaikan walaupun sedang ditimpa musibah. Terimalah musibah dan kesulitan dengan redha lantaran kita yakin ianya adalah penghapusan dosa - satu peluang keemasan yang Tuhan anugerahkan agar kita kembali mengadap Tuhan dalam keadaan bersih dari segala noda dan dosa. 
Sebab itu kita menyaksikan ramainya orang soleh yang ditimpa ujian, musibah, kepayahan, kesakitan dan penderitaan. Tuhan yang maha mengasihi hamba-hambaNya itu tahu untuk mendahulukan semuanya itu di dunia. Dosa dan kesalahan yang hukumannya segera ditunaikan Allah di dunia ini juga sehingga dengan itu di akhirat, dosa itu tidak ada lagi untuk diperhitungkan. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita bila sedang ditimpa musibah atau ujian.
 
Iktibar yang kedua adalah: bila kita tidak pernah menempuh susah, derita atau musibah, janganlah kita terleka. Ingatlah Tuhan boleh lakukan apa sahaja pada kita. Jangan-jangan Allah 'menghabiskan' tabungan kebaikan kita di dunia sehingga tiada lagi apa-apa yang boleh kita bawa ke akhirat. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga hati kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrawi.

Iktibar ketiga adalah: musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat kejahatan atau dosa. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita dari berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Iktibar yang keempat adalah: Allah itu maha besar kasih sayangNya. Jika kita bersungguh-sungguh mendapatkanNya, Dia akan membuka jalanNya untuk kita tempuhi. Jalan Tuhan itu biasanya menempuh susah dan derita berbanding jalan kesenangan dan keselesaan. Tuhan melayan para kekasihNya dengan ujian penderitaan di dunia yang sementara untuk memberi balasan keselamatan yang kekal abadi di akhirat.

http://suaramuhajirin313.blogspot.com/



Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu...

Kelebihan orang-orang soleh, apabila diuji mereka berkata," Terima kasih Ya Allah, Engkau masih sudi memandang hambaMu yang hina ini."

Orang yang dekat hatinya dengan Allah akan berkata, " Mengapa aku harus bersedih kerana kehilangan secubit nikmat, sedangkan masih ada ribuan nikmat lain pada diriku?"

Apa saja bentuk ujian yang datang menimpa, dirasakan sebagai kasih-sayang Allah. Mereka akan merasakan ujian itu samada sebagai penghapusan dosa atau sebagai peningkatan darjat di sisi Allah SWT. Lalu mereka mampu berlapang dada malah gembira dengan kesusahan dan kekurangan.

Apa sahaja kesusahan yang menimpa hakikatnya dari Allah jua. Cuma ia bersebab. Mungkin sebab dari suami, anak-anak, kawan-kawan sepejabat, rakan kongsi dalam perniagaan, ibu mentua, jiran, pencuri dan berbagai sebab lain. Jadi sekiranya kita marah bila diuji seperti diumpat, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya hakikatnya kita marahkan siapa? Jika kita berdendam atas kesalahan orang pada kita hakikatnya kita berdendam dengan siapa? Jika kita mengamuk, merungut, kecewa, putus harap bermakna kita protes terhadap Allah....

Hakikatnya nikmat yang Allah beri kepada kita lebih banyak  dari bala dan ujian yang menimpa. Jika kita derita,lihatlah orang yang lebih menderita nescaya akan jadi kecillah penderitaan itu. Jika kita kusut kerana tidak berkasut, lihatlah kepada ribuan orang yang tidak berkaki....

Kekurangan, kesusahan atau kehilangan bukan masalah bagi orang yang hampir hatinya dengan Allah. Ia hanya menjadi masalah bila hati tidak dihiasi dengan rasa kehambaan, sebaliknya dipenuhi rasa ketuanan....

Ihsan google

26 Jan 2014

Pisang oh pisang....

Semalam di pasaraya nak beli pisang, sesikat je pun, pisang apa entah, licin gebu kuning cantik je kulitnya. Selesai timbang, mak aiiiii....rm11.90 sesikat, diam-diam letak balik.

Minggu lepas, Mak mentua datang dengan adik ipar, pi kedai runcit dekat rumah, ambik sesikat pisang. Pisangnya kecik-kecik comey gitu, pisang manis yea. Kalau dulu, bolehlah dapat rm 2 something, tapi kali ni rm3.50 sesikat kecik tuh, pisangnya adalah dalam lebih kurang 12 ke 14 biji.

Dah lama tak beli pisang goreng tepi jalan. Tapi kengkawan cite, biasa kalau beli rm2 tu dapatlah 5 keping kecik-kecik,nampak besar sebab salut tepung, sebiji pisang dibelah 3 gitu. Rasa cam nak buat bisnes pisang goreng pulak, banyak untung tu...

Mak cik saya ( kami panggil chik, adik arwah ma saya ) ada satu cerita lucu tentang pisang. Seorang yang bolehla kita panggil tok siak sebab rajin azan dan kemas-kemas surau, tapi tanpa gaji tau...namanya kami panggil bang Sopi, tanam pisang belakang rumah. Dah agak besar buah pisangnya, dicat setandan pisang tu. Ditanya kenapa? Adalah...

Satu hari pisang setandan hilang kena curi. Bang Sopi pergi ke pasar, pusing-pusing nampak pisang setandan yang dicat tapi dah jadi sesikat-sesikatla. Apalagi bang Sopi datang dekat orang yang jual pisang tu, tak cakap banyak diambil semua pisang tu. Orang yang jual pisang tu marahla, bang Sopi kata, " Mung nok maroh, mung maroh orang hok jua pisang ni ke mung, ni pisang aku, aku kena sebab aku cak pisang ning." ( awak nak marah, marah orang jual pisang ni kat awak, ni pisang aku, aku kenal sebab aku cat pisang ni ).
Ha ha..itu sebabnya bang Sopi cat pisang, kalau kena curi senang nak cari.

Jangan main-main dengan pisang sekarang. Harga pisang makan dah mencecah rm5.50 sekilo ( kedai dekat rumah, kat pasaraya mungkin lain harganya). So, sape yang ada tanah kat belakang rumah tu, apakata kita pakat tanam pisang. Daun pisang pun dah naik harga kan kzakie..

25 Jan 2014

Asal-usul Syair Thola'al Badru 'Alaina

Pertama kali kedengaran di bumi Madinah semasa peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq  pada 12 Rabiul Awwal tahun 1 Hijrah bersamaan 28 Jun 622 Masihi.

Ketibaan Rasulullah pada bulan Jamadil Akhir tahun yang sama di Madinah, telah disambut oleh penduduk Madinah yang kebanyakkannya dari suku kaum Aus dan Khazraj dalam suasana yang penuh gilang gemilang sebagai meluahkan rasa rindu yang amat mendalam pada Baginda. Setiap bibir melafazkan kata-kata aluan dan pujian:

          Telah terbit bulan purnama pada kami,
          Daripada jalan yang bernama Wida'i
          Dan kami melihat cahaya ( Rasulullah SAW ) bersinar
          Lalu cahaya itu menerangi bumi.

          Kami wajiblah mengucapkan syukur,
          Selama ada orang menyeru ke jalan Allah
          Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami
          Engkau membawa panduan untuk ditaati.

          Dan kesukaan dan kegembiraan telah tiba,
          Wahai Nabi yang mempunyai ajaran yang memuaskan
          Engkau penolong kami sekelian
          Wahai Nabi yang mempunyai perangai yang elok.

Sejak itu kata-kata pujian tersebut, malah diolah dengan kata-kata yang lebih 'puitis', sering dinasyidkan ketika menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Bayarannya Sebuah Rumah di Syurga

Ketika Rasulullah SAW mula-mula tiba di Madinah, perkara pertama yang dilakukannya ialah mendirikan masjid- Masjid Nabi. Ia didirikan di atas tanah seorang penduduk dari golongan Ansar. Ketika Rasulullah hendak memperbesarkan masjid itu, Baginda meminta tuan tanah itu memberikan tanahnya. Tukarannya ialah sebuah rumah di syurga untuknya.

Orang itu keberatan. Lalu datang Saidina Uthman bin Affan membawa 10,000 dirham dan membayar harga tanah itu. Saidina Uthman lalu menyerahkan tanah itu kepada Rasulullah SAW dan berkata, " Ya Rasulullah, belilah tanah ini dari saya."

Lalu dibeli oleh Baginda dengan harga sebuah rumah untuk Saidina Uthman bin Affan di dalam syurga. Nilai wang pada masa itu, 20 dirham bersamaan dengan seekor kibasy yang baik atau 10 dirham, seekor kambing yang baik.

Pisahkan suami isteri kerana......

Tentera muslimin berarak pulang meninggalkan gelanggang perang Badar. Kemenangan di pihak mereka. Paling gembira adalah Rasulullah SAW sendiri.

Meskipun begitu, ada juga di kalangan kaum muslimain yang berduka di celah-celah kegembiraan yang menerangi Madinah, ibu kota Islam. Beliau ialah Zainab, puteri Rasulullah SAW sendiri yang ketika itu berada di Mekah.

Zainab dilanda kesedihan apabila mengetahui suaminya telah menjadi tawanan perang Badar. Suaminya bernama Abul Ash dan ketika itu beliau belum memeluk Islam lagi. Pun begitu kasih-sayang Zainab terhadap suaminya tetap subur.

Keinginan untuk menebus suaminya terus melonjak. Namun bila mengenangkan yang menawan suaminya ialah Rasulullah SAW sendiri, Zainab menjadi serba-salah. Antara ayah dan suami...
Akhirnya Zainab akur pada tuntutan kasihnya pada sang suami, dia mahu menebus Abul Ash. Kalung pemberian ibunya, Siti Khadijah dijadikan penebus untuk suaminya.

Rasulullah SAW sungguh terkejut menerima kiriman kalung dari Mekah itu. Baginda kenal sungguh dengan kalung pemberian isterinya untuk puteri mereka. Hati baginda diragut kesayuan yang dalam...

Dengan hati yang berat, Rasulullah terpaksa menerima tebusan itu kerana ia dikirim dari Mekah. Tebusan itu akan membolehkan Abul Ash kembali kepada Zainab. Ketika peristiwa itu berlaku, turun ayat Al Quran yang bermaksud:
            " Wahai orang Mukmin! Apabila datang kepadamu wanita beriman yang ikut hijrah maka ujilah ( keimanan) mereka. Allah lebih tahu dengan keimanan mereka. Maka jika kamu tahu mereka beriman, tidak boleh lagi mereka kembali kepada ( suami mereka ) yang kafir. Mereka tidak halal lagi bagi mereka."
                                                                                                                   Mumtahanah: 10

 Dengan turunnya ayat itu, bermakna Zainab terpaksa berpisah dengan suaminya. Demi melaksanakan perintah Allah, Rasulullah memberitahu hal tersebut kepada Abul Ash meskipun hatinya terlalu berat untuk berbuat demikian. Abul Ash kembali ke Mekah dengan hati yang hamcur luluh. Pembebasan itu dirasakan sudah tidak memberi erti apa-apa lagi.

Rasulullah menghantar utusan ke Mekah untuk mengambil puterinya. Zainab menerima perintah yang datang dari ayahnya itu meskipun terpaksa melawan perasaan yang maha hebat.

Beberapa waktu selepas itu Zainab telah memberi perlindungan kepada Abul Ash yang masuk ke Mekah secara senyap-senyap. Perbuatan Zainab itu akhirnya dapat dihidu oleh Rasulullah. Baginda mencela perbuatan itu kerana ia boleh menimbulkan fitnah di tengan masyarakat. Namun Baginda faham perasaan puterinya kerana mereka dipisahkan dalam keadaan yang masih berkasih-sayang. Kata nabi:
          " Wahai puteriku, muliakanalah tempatnya. Engkau tidak halal lagi baginya dan dia haram daripada mendekatimu."

Abul Ash disuruh pulang ke Mekah. Sebelum pulang dia ditanya, adakah dia mahu beriman tetapi dia menolak. Tiba di Mekah Abul Ash membahagikan semua harta yang dibawanya kepada mereka yang memerlukan.

          " Ada sesiapa lagi yang belum memilikinya? tanya Abul Ash setelah semua hartanya dibahagi-bahagikan.
          " Kalau tidak, dengarlah baik-baik, hari ini aku mengucapkan bahawa Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jangan sesiapa lagi mencariku setelah aku Islam." ucap Abul Ash dengan terang dan lancar. Hatinya kini bulat.

Berangkatlah Abul Ash ke Madinah dengan membawa iman yang kental di dada. Penduduk Madinah menyambut kedatangannya dengan gembira, terutama bagi Zainab dan Rasulullah SAW sendiri. Ikatan suami isteri yang putus kini disambung semula mengikut hukum syariat.



Luahan hati seorang isteri..

Terkadang kita lupa atau buat-buat lupa apa peranan dan tugas kita sebagai seorang isteri..padahal suami adalah jambatan kita menuju syurga.
Bacalah kisah ini, sekurang-kurang dapat mendorong para isteri ;bermuhasabah' diri. 

Saya Mariah (bukan nama sebenar). Saya telah bergelar isteri selama 4 tahun dan saya seorang yang berkerjaya. Selama 4 tahun kami telah berkahwin tetapi tiada rezeki kami untuk menimang cahayamata. Saya bukanlah seorang isteri yang sempurna untuk suami saya. Mungkin kerana saya penat setelah pulang kerja, saya jarang melayan suami saya. Saya jarang memasak untuk beliau. Selalunya kami makan diluar. Pernah suami saya meluahkan yang beliau ingin merasa air tangan masakan saya.

Kata suami saya, beliau ingin nak rasa apabila beliau outstation rasa akan rindu masakan saya seperti kita rindu masakan ibu kita. Kata suami saya, beliau bukan minta saya masakkan nasi beriyani ke..nasi ayam ke setiap malam. Sekadar goreng ikan atau masak sardin pun sudah memadai kerana beliau faham akan keletihan selepas pulang dari kerja. Selain dari itu beliau juga meminta saya cuba pakai pakaian yang agak seksi pada waktu malam. Kata beliau sekadar sedap matanya memandang setiap malam. Sudahlah siang tak berjumpa. Waktu malamlah untuk bersama. Saya tak endah pun kata-katanya. Bagi saya waktu malam singkat. Kenapa nak pakai cantik-cantik. Saya balik pukul 7.30pm setiap hari dan tidur pukul 10.00pm. Saya hanya ada 2 jam setengah sahaja.

Lama kelamaan hubungan kami agak dingin. Kami tinggal berjauhan kerana suami saya outstation selama setahun. Walaupun setiap weekend kami selalu berjumpa hubungan kami masih dingin. Sehingga suatu hari saya lihat di facebook beliau skandal beliau dengan seorang perempuan yang masih lagi bujang. Seperti terkena halilintar hati saya ini. Saya teliti akan gambar perempuan tu. Nak kata cantik tidak la sangat tetapi saya lihat dia pandai bergaya.

Bagai luruh hati saya. Macam-macam saya fikir..
Mungkin saya telah tua..
Mungkin juga kerana kami tidak mempunyai cahaya mata membuatkan suami saya cari yang lain..
Tiap-tiap malam saya mengalirkan air mata..
Sehingga suatu hari..suami saya call saya…
Beliau menyatakan hasrat untuk tinggal bersama.
Saya tanyakan kenapa?

Beliau berkata sudah 4 tahun berkahwin selepas tu duduk jauh pula. Anak pun tak de.. Beliau berhasrat untuk berusaha bersama. Minta nasihat dari doctor pakar dan sebagainya. Akhirnya kami pun tinggal bersama.. Saya masih lagi terkenang-kenang tentang skandalnya bersama perempuan itu. Walaupun kami tinggal bersama hati saya masih lagi rasa lukanya. Saya juga lihat perubahan suami saya. Dahulunya dia seorang yang baik dan penyabar. Sekarang beliau seorang yang cepat marah. Saya rasakan mungkin kerana saya tidak setanding dengan perempuan tersebut. Tiba-tiba pada suatu malam suami saya meminta saya memakai baju tidur yang seksi sikit. Dia kata bukan dia minta saya pakai ala-ala macam orang barat tu. Sekadar minta saya memakai gown atau skirt tidur.

Saya teringat apa yang pernah diminta sebelum kami tinggal berjauhan dahulu. Saya pun kata padanya saya akan mencari baju-baju itu nanti. Beliau kata nanti dah dapat claim kat dia. Semasa di pejabat keesokan harinya saya tidak sabar-sabar menunggu waktu lunch untuk pergi mencari baju-baju tidur yang seksi. Waktu lunch itu saya keluar ke Ampang Park untuk mencari baju tidur. Puas saya mencari tetapi tidak jumpa baju tidur yang agak seksi. Sampai di ofis, saya bertanyakan officemate saya mana nak cari baju tidur. Officemate saya tanyakan kepada saya. Saya tak segan ke nak beli baju-baju seksi kat kedai. Saya kata saya segan juga. Kemudian beliau berkata kepada saya..cuba cari kat internet sebab beliau pun beli baju-baju tersebut di internet.

Saya terima nasihat officemate saya tu. Saya surf di internet dan menempah 3 helai baju tidur. 2 helai yang design biasa seperti gown dan sehelai lagi yang agak seksi. Tiga hari kemudian saya menerima baju saya. Tak sabar-sabar rasanya ingin pulang ke rumah menggayakan baju yang telah saya terima itu.

Pulang ke rumah seperti biasa saya kepenatan..
Saya tanyakan kepada suami saya nak makan apa malam ni?
Suami saya kata beliau tak kisah nak makan kat mana.
Saya kata nak saya masakkan?..

Saya nampak muka suami saya agak terkejut. Kemudian beliau tersenyum..ok je kalau nak masak tapi lauk tiada nak masak.. Telur ada la.. Saya cadangkan kepada suami saya untuk memasak nasi goreng. Beliau bersetuju.. Kami makan pada malam di rumah yang jarang-jarang sekali selama 4 tahun saya memasak dan makan di rumah. Saya lihat suami saya berselera makan nasi goreng saya pada malam itu walaupun saya rasa terkurang garam. Selepas makan saya terus mandi dan mengenakan baju yang saya terima tengahari tadi di ofis. Kemudian saya turun ke ruang tamu di bawah untuk menggayakan baju di depan suami saya. Sekali lagi saya lihat wajahnya agak terkejut. Kemudian tersenyum dan berkata.. “Cantiknya isteri abang malam ni…berapa kena claim ni?”..

Kami ketawa bersama..
Sekarang Alhamdulillah hubungan kami semakin mesra dan suami saya sudah tidak marah-marah lagi walaupun saya lihat kadang-kadang beliau cuba menahan kemarahannya. Saya pernah masuk kedalam facebook beliau dan perkara yang mengejutkan saya beliau telah un’friend’ perempuan tersebut.

Dan sekarang saya telah mengandung 2 bulan.
Nasihat saya kepada isteri-isteri diluar.
Masaklah apa sahaja untuk suami anda. Walaupun ikan goreng (suami saya amat sukakan ikan goreng yang saya masak). Pakailah pakaian yang seksi sedikit untuk suami anda. Tidak salah rasanya untuk berpakaian seksi di depan suami. Jagalah jangan suami anda terhidu bau busuk dari badan atau pakaian anda. Lelaki akan rasa dia tidak dihargai!! Jadi kembalikan kemesraan anda seperti masa anda mula kahwin dahulu..

Sekian..
Source: http://mspeanutbutterpancake.blogspot.com/2011/04/kisah-untuk-dijadikan-tauladan-buat.html

24 Jan 2014

Indahnya cara makan Rasulullah

Rasulullah SAW

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1383584_603360873036092_10132065_n.jpghttp://peribadirasulullah.wordpress.com/

21 Jan 2014

Ribuan ampun maaf...

Tula akibat buat sesuatu tak fikir panjang...

Rasa bersalah sesangat...

Saya menyusun sepuluh jari mohon ampun maaf khususnya dari para cikgu jika entry semalam ( saya dah delete ) membuatkan para cikgu semua kecil hati, saya bersalah....

Saya tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapa. Sepatutnya jika kami benar-benar nak anak kami ikut pendidikan Islam, kami kena hantar dia ke sekolah yang benar-benar mengamalkan sistem pendidikan Islam itu sendiri. Dah hantar ke sekolah kebangsaan ikut jelah sistem pendidikan kebangsaan. So, kami yang salah...

19 Jan 2014

Cantikke?..bolehla..

Dengan rendah hati saya persembahkan penampilan baru di sini, dengan bantuan anak bujang saya. Kalau harap saya sendiri yang buat, tak taula macam mana jadinya, saya tak pandai...

Saya tambah nama baru- Suri Serikandi. Suri tu kerana saya seorang isteri yang ada cita-cita mengejar title isteri solehah, Serikandi- kerana saya ada cita-cita untuk memperjuangkan Allah dan Rasul, serikandi akhir zaman, InsyaAllah, moga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan, aminnn.

Saya masih gunakan 'asam garam kehidupan' kerana asalnya blog ni saya buat untuk meluahkan rasa rindu dan kesedihan saya terhadap arwah bunda saya, moga setiap kenangan bersama bonda terus kekal di ingatan saya dan bisa juga menjadi tatapan untuk anak cucu saya mendatang..

Terima kasih buat semua teman ukhwah saya yang setakat ini berjumlah 43 orang. Saya kira anda semua jujur bersahabat dengan saya, kerana saya tiada apa yang istimewa boleh dikongsikan. Ada teman anjurkan supaya buat 'segmen' untuk tambahkan follower, saya kata saya tak pandai dan kalau saya buat pun saya tak ada apa nak berikan sebagai hadiah...Jadi tak mengapalah, siapa yang sudi bersahabat secara jujur dengan saya, saya terima dengan besar hati dan tangan terbuka sahaja....

Dan terimakasih juga buat teman-teman yang sudi memberi komen, ( bila ada yang sudi komen, dah cukup memberi rasa bahagia ), dan terimakasih buat sesiapa jua yang sudi singgah di sini, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Allah...

18 Jan 2014

Doa Pelindung daripada Fitnah Dajjal

ٱللَّهُمَّ ٱغْفِرْلِى مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَرْتُ وَمَا أَسْفَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَنْتَ إِلَّا أَعْلَمْ بِهِ مِنِّى. أَنْتَ ٱلْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ ٱلْمُؤَخِّرُ، لَآ إِلَهَ إِلَّآ أَنْتَ. ٱللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ ٱلْمَحْيَا وَٱلْمَمَاتِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ ٱلْقَبْرِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ ٱلنَّارِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ فِتْنَةِ ٱلدَّجَّالِ. ٱللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى 
.طَاعَتِكَ، لَآ إِلَهَ إِلَّآ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِى كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِيْنَ


Maksudnya:

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku yang telah terlanjur dan yang belum berlaku, segala kesalahan yang aku sengajakan, yang aku lakukan terang-terangan dan yang aku sembunyikan, sesungguhnya Engkau wahai Tuhanyang lebih mengetahui semua itu dariku, Engkau yang memulakan dan Engkau yang mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan Engkau.

Ya Allah aku berlindung denganMu dari fitnah hidup dan mati, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung denganMu dari seksa api neraka dan aku berlindung denganMu dari fitnah Dajjal.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu dan dalam mentaatiMu, tiada yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan hambaMu yang zalim.


 * Dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam *

Biodata Rasulullah SAW

Biodata Rasulullah saw. - Manusia Agung Sebaik-baik Kejadian Tuhan!!
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
                    (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah            
                     Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
                                 Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.
                           Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin Baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam’ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ‘ bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas). Ingatlah bahawa sistem hidup Islam itulah sunnah Baginda saw.

Nabi Muhammad SAW - Manusia agongNABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas Baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat, insyaAllah.

Marilah kita mencintai dan membela Allah dan RasulNya, kejarlah kasih sayang dan keredhaan Allah dan Rasul. Larilah dari mencari cinta manusia kepada menagih cinta dari yang layak memberi cinta. Kita jadikan Allah dan Rasulullah saw sebagai matlamat kita bersama nanti kita akan disatukan diatas saf dan jalan kebenaran di akhir zaman. Usahlah kita gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi kita di dunia. Tapi gelisah dan bimbanglah takut dibenci Allah kerana jika itu berlaku tiada lagi yang akan mengasihi kita di akhirat. Ya Allah selamatkanlah kami!!!
Posted by suaramuhajirin at 03:38

17 Jan 2014

Kisah benar- mimpi bertemu Rasulullah SAW


Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya. Tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan membaca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri. Justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”


Kemudian beliau pengsan. Kawan-kawan sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, mereka telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah!!..” Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yg enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja Baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kepada rakan-rakannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia itu pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Marilah kita kenangkan nabi kita...Dialah pemimpin dan ibu ayah ruh kita. Dialah nabi yang diutus sepanjang zaman..Keperibadiannya indah. 'Cerminan al-Quran' kata ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui Baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak!, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.....” Apakah kelebihan mereka tanya Saidina Abu Bakar lagi, "Satu sunnah yang dapat mereka tegakkan di zaman mereka sama seperti 70 pahala syahid di kalangan para sahabatku" (atau ada riwayat mengatakan menyamai 100 pahala syahid para sahabat)

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (al-Ahzab:56)

p/s: Sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) 
http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

Kecintaan para sahabat

Antara kejayaan Rasulullah ialah berjaya mempersaudarakan para sahabat seolah-olah mereka adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah, bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali, diikat oleh satu akidah. Tidak ada kepentingan dunia, mereka bersahabat kerana iman, ukhwah, akhlak dan kerana ketaqwaan.

Sabda Rasulullah SAW:

 Maksudnya: " Cinta kasihku terlimpah di atas mereka yang berkasih- sayang keranaku. Akan Ku naungi mereka di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada hari itu tiada naungan melainkan naungan Ku."
                                                                                                          ( riwayat Abiddunya

Lanjutan dari kisah mempersaudarakan para sahabat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ini, Baginda sendiri mengambil Saidina Ali krw sebagai saudaranya. Baginda juga mempersaudarakan sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar. Sahabat dari golongan Ansar berkata:

" Harta benda kami ( tanah dan kebun tamar ) kami akan bahagi-bahagikan di antara mereka."

Apabila sahabat Ansar memungut hasil kebun kurma, mereka akan membahagikannya kepada dua bahagian. Salah satu bahagian lebih banyak dari bahagian yang lain. Bahagian yang sedikit diletakkan pelepah-pelepah kurma di bawahnya supaya kelihatan sama banyak dan bahagian itu mereka ambil. Sementara itu bahagian yang sememangnya banyak diberikan kepada sahabat-sahabat Muhajirin. Begitulah yang dilakukan demi menjaga persahabatan.

Hal ini berterusan sehinggalah Islam semakin kuat dan mendapat harta yang banyak lalu harta itu ditawarkan kepada sahabat-sahabat Ansar, tetapi mereka menolak sambil berkata, " Tidak, melainkan tuan membahagi-bahagikannya sama rata dengan saudara-saudara kami ( Orang Muhajirin )."

Kita? bersahabat kerana apa? kenapa kita berkawan tak pernah kekal? Antara sebabnya:
1. Berkawan kerana ada kepentingan peribadi, mungkin kerana kekayaan, pengaruh, kedudukan...
2. Berkawan sebab seagama, sebangsa, sekaum, sekampung, senegeri dan lain-lain, terutama bila sama berjumpa di negara asing,
3. Kawan/rakan kongsi- bila rakan kongsi pecah amanah, hilanglah kawan.
4. Kawan seasrama, sekolej, sepengajian, habis pengajian kawan pun hilang....( mungkin ada yang kekal berhubungan, tapi tak ramai )



15 Jan 2014

Curi amalan orang...?

Tajuk entri ni saya ambil dari key words. Alhamdulillah takdela yang mengarut-ngarut sangat, tergerak nak tengok key words macam blog azieazah buat, macam-macam carian yang lucu dan l......, gelihati juga kan kak azieazah.

Berbalik pada tajuk entri kat atas tu, saya yakin curi amalan tu bukanla macam curi barang kan? Curi amalan tak ada dalam syariat kita ( saya ada rujuk pada mereka yang lebih arif ), apa yang dibolehkan ialah kita cuba "meniru" amalan orang lain samada buruk atau baik. Saidatina Fatimah apabila diberitahu oleh ayahandanya Rasulullah SAW bahawa ada seorang wanita yang akan mendahuluinya memasuki syurga ( padahal wanita itu yang akan menarik kenderaan Saidatina Fatimah untuk memasuki syurga ), lantas beliau sanggup pergi ke rumah wanita tersebut untuk melihat sendiri kehebatan amalan wanita itu. Rupa-rupanya wanita itu amalannya ialah dia sangat memuliakan suaminya.

Atau di Akhirat nanti sewaktu ditimbang amalan baik dan buruk kita dibolehkan mengambil pahala amalan orang lain sekiranya ada dosa orang itu terhadap kita, kerana dosa kita kepada orang atau dosa orang kepada kita tidak akan terampun melainkan diampunkan oleh orang/ kita sendiri.

Semoga siapa yang membuat carian pada tajuk tersebut berpuas hati yea, dan moga ada manfaatnya buat semua.

Tak lupa di sini saya nak ucapkan Selamat Datang dan selamat menjalinkan ukhwah buat teman-teman baru, Vee Sandi dari http://harumankasehvee.blogspot.com/, saudara Abil Fikri dari http://abil4fauziah.blogspot.com, cik Syiqah dari http://cik-shiqah.blogspot.com/, saudara Shameel Iskandar dari http://www.bicaradariaku.com/, Kesuma Angsana dari http://www.kesumaangsana.blogspot.com/, Saudara Noob dari http://buasirotak.blogspot.com dan babYpose dari http://baby-pose.blogspot.com/. Semoga kita saling mendapat manfaat dan jalinan ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga, aminnnn.

13 Jan 2014

Aid Milad Ya Rasulullah..

Jom kita berselawat sebanyak-banyaknya ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW,  moga dengan berkat selawat itu kita layak mendapat syafaat Baginda di Yaumil Mahsyar nanti.

Saya sangat terkesan dengan kata-kata Ustaz Zul Ramli dalam program Halaqah- " Kalau kita taknak berselawat, bukan kita yang taknak nabi, tapi nabi yang taknak kita "


Bagaimana yea kalau nabi yang taknak kita? Sedangkan saat genting di Yaumil Mahsyar nanti seluruh umat manusia mencari Baginda untuk meminta syafaat agar dipercepatkan hisab, tiba-tiba bila kita berdepan dengan beliau, beliau tidak memandang pun kepada kita, tidak kenal kita, kerana apa? kerana kita malas berselawat ke atas Baginda..

Esok 12 Rabiul Awwal 1435H,  aid milad ya Rasulullah, wahai Tuan..kecintaan Tuhan keatasmu tidak sedikitpun membuatkan engkau hilang rasa kehambaan padaNya. Mulianya Tuan,  di sisiNya sehingga dari Nur Tuanlah maka diciptaNya alam dan seluruh isinya...

Wahai Tuan..perjuangan gigihmu selama 13 tahun di era Mekah sehingga para sahabat takut dengan Tuhan , cinta dengan Tuhan, rasa besar dengan Tuhan, rasa bahagia dengan Tuhan, seronok dengan Tuhan..sebab itu dunia tidak berjaya mempengaruhi mereka...kerana itu mereka boleh bersatu, bekerjasama, sanggup jual seluruh dunianya untuk Tuhan...

Wahai Tuan, sungguh aku rasa begitu kerdil bila mengenangmu, dan di sisi para sahabatmu, aku mengaku cinta padamu, padahal aku tidak gigih memperjuangkanmu,maafkan aku, ... namun aku tetap berharap moga Tuan sudi memandangku di sana nanti,moga Tuan sudi mensyafaatkan daku...


Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign