Asam Garam Kehidupan: March 2014

Nuffnang

Pages

30 Mar 2014

IMPLIKASI MENGISYTIHARKAN KEMATIAN

IMPLIKASI MENGISYTIHAR KEMATIAN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, dengan bantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.
2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.
3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.
4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.
5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.
6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?
7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber’eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang ‘eddah kematian suami mesti dipatuhi.
8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh ‘eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.
9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?
10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami lama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru suami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg ‘hidup semula’.
11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.
12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal solat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.
13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.
Sekian.

Anak kesayangan abah.

Al kisah, minggu lepas punya citer ni, Umar Zikri mengadu kat abah, gurau-gurau kat luar abang Iman tertolak dia,  tepi mata terguris duri pokok bunga ni. Memang kena sound la Iman. Pokok ni saya tak tau namanya, Larling saya ingatkan ada yang sejenis lagi tu bila berbunga keluar batangnya tinggi dengan sedikit bunga di hujung. Ditanamnya dua pasu, kunun-kunun bila keluar batangnya yang tinggi tu nak dipasangkan jadi cam pintu gerbang gitew..tunggu punya tunggu tak keluar juga bunganya, rupanya yang ni memang jenis tak berbunga.

Semalam saya terperasan...
Habis duri di hujung daun tu kena potong dek abah..
ha  ha..Umar Zikri kesayangan abah..

yang ni kuning sikit daunnya sebab terdedah kat panas, pun kena potong durinya..




Lalu saya teringat cerita arwah Ma tentang abah saya, dia pernah potong kuku kucing sebab kucing tu mencakar saya. Tapi kini abah..jauh di mata..jauh juga di hati.......


***Nabi Khidir dan ‘Ainul Hayat***


ImageSalam ceria.
Pernah sampai pada kita kisah Saidi Syeikh mencari guru rohani yang akhirnya menemukan beliau dengan seorang guru yang menyambutnya dengan pukulan tongkat, nyaris mengenai Saidi. Rupa-rupanya ia cuma ujian dari guru mursyid itu, bukan benar-benar mahu memukul. Bila khadamnya menghidangkan air, bukan diberikan pada Saidi sebagai tetamu seperti kelaziman orang Arab tetapi dia sendiri yang meminumnya, bakinya baru dihulurkan pada Saidi. Tanpa bertanya tujuan kedatangan Saidi, dimasukkan Saidi ke dalam sebuah bilik. Dikuarantinkan selama 40 hari. Pelik. Tanpa panduan, kuliah, teguran, nasihat dll. Itulah guru rohani Saidi, bertindak cara rohani. Ada sumber yang memberitahu, dia adalah Nabi Khidir AS. Ramai Syeikh-syeikh tariqat, ketika menuju maqam yang lebih tinggi, berpeluang berjumpa dengannya. Malah ada kisah menarik di antaranya dengan Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir As. Nabi Khidir adalah seorang nabi yang berumur panjang, masih hidup hingga kini. Ada rahsia rupanya mengapa nabi Khidir AS berumur panjang, mari kita baca kisahnya. Ia adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya, mungkin ada peranan tertentu yang dikhaskan kepadanya.
Kisah ini diriwayatkan oleh Ats-Tsa’labi dari Imam Ali ra.
Kisah ini adalah salah satu dari jutaan kisah untuk membuktikan bahwa jika Allah SWT berkehendak sesuatu perkara maka akan TERJADILAH. Tak seorang pun yang mampu menghalanginya. Seperti kemenangan Islam kali ke 2 di akhir zaman akan berlaku dengan kehendak Tuhan. Tak ada siapa boleh menghalangnya.
Berikut Kisah Nabi Khidir, moga-moga ada faedahnya.
Pada zaman dahulu dahulu ada seorang raja yang gagah berani bernama Iskandar Zulkarnain. Namanya dan ceritanya ada disebut di dalam Al Quran.
Pada tahun 322 SM, Raja Iskandar Zulkarnain berniat mengadakan perjalanan untuk mengelilingi bumi dan Allah SWT mewakilkan salah satu malaikatnya yang bernama Rofa’il untuk menyertainya dalam perjalanan panjang itu.
Dialog Malaikat dan Raja Iskandar Zulkarnain.
Kerana ditemani oleh seorang (tak tau penjodoh bilangan khas untuk malaikat) malaikat, Raja Zulkarnain banyak mengajukan pertanyaan mengenai dunia dan akhirat serta isinya. Salah satu pertanyaan yang paling terkenal adalah tentang ibadah para malaikat di langit.
“Wahai Malaikat Rofa’il, ceritakanlah kepadaku tentang ibadah para malaikat yang ada di langit,” tanya Raja Zulkarnain.
“Para malaikat yang ada di langit ibadahnya ada yang berdiri tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada juga yang bersujud tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada pula yang rukuk tidak mengangkat kepala selama-lamanya,” jawab Malaikat Rofa’il.
“Aduh, alangkah bahagianya hati ini seandainya aku boleh hidup bertahun-tahun lamanya untuk beribadah kepada Allah SWT,” kata Raja Zulkarnain.
“Wahai raja, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sumber air di bumi. Namanya Ainul Hayat, (sumber air hidup). Barang siapa yang meminum airnya seteguk, maka ia tidak akan mati sampai hari kiamat atau jika ia memohon kepada Allah SWT untuk dimatikan,” kata Malaikat Rofa’il.
“Apakah engkau tahu tempat Ainul Hayat itu wahai Malaikat Rofa’il?” tanya raja.
“Sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di bumi yang gelap,” jawab Malaikat Rofail.
Setelah Raja Zulkarnain mendengar kata-kata malaikat Rofa’il tentang Ainul Hayat itu, maka raja segera mengumpulkan para alim ulama di zaman itu lalu raja bertanya kepada mereka tentang lokasi Ainul Hayat, tapi mereka semua menjawab tidak tahu.
“Wahai para alim ulama, tahukah kalian di manakah letak Ainul Hayat itu?” tanya raja.
“Kami tidak mengetahuinya wahai Tuanku, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui,” jawab salah seorang ulama.
Di luar dugaan, dari pertanyaan Raja Zulkarnain, ada salah seorang ulama yang mampu menjawab walaupun tidak secara detail.
“Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat Nabi Adam as bahawa beliau berkata bahawa sesungguhnya Allah SWT meletakkan Ainul Hayat itu di bumi yang gelap,” katanya.
“Di manakah bumi yang gelap itu?” tanya raja.
“Iaitu di tempat terbitnya matahari,” jawab orang alim itu.
Kemudian Raja Zulkarnain menyuruh para pengawalnya untuk menyiapkan segala keperluan untuk mencari dan pergi tempat Ainul Hayat itu.
“Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktu gelap?” tanya raja.
“Kuda betina yang masih perawan,” jawab para sahabatnya.
Akhirnya raja mengumpulkan seribu kuda betina yang masih perawan dan ia memilih diantara 6 ribu tenteranya yang pandai serta pakar perang. Nabi Khidir as adalah salah seorang di antara para tentera itu, bahkan baginda adalah perdana menteri ketika itu.
Perjalanan Mencari Ainul Hayat.
Setelah dirasa semua cukup dan siap, maka berangkatlah Raja Zulkarnain dan Nabi Khidir as yang berjalan di depan pasukan. Setelah sekian lama mencari, akhirnya mereka mengetahui tempat terbitnya matahari.
Mereka pun menuju arah terbitnya matahari tersebut.
Perjalanan ke tempat tujuan tersebut memakan waktu 12 tahun lamanya untuk sampai di bumi yang gelap itu. Gelapnya bukanlah seperti di waktu malam hari, melainkan gelap karena ada pancaran seperti asap.
Raja Zulkarnain sudah tak sabar lagi hendak masuk ke tempat gelap itu, namun salah seorang yang bijaksana mencegahnya. Para tentera berkata kepada raja,
“Wahai Tuanku, sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk ke tempat gelap ini, kerana ia berbahaya.”
“Wahai tenteraku, kita mesti memasukinya, tidak boleh tidak,” sanggah raja.
Oleh kerana raja bersikap keras hendak memasukinya, maka tak ada seorang pun yang berani melarangnya.
“Diamlah dan tunggulah kamu semua di sini selama 12 tahun. Jika aku kembali kepada kamu semua dalam masa itu, maka kedatanganku terhadap kalian termasuk baik (selamat). Dan jika aku tidak datang dalam 12 tahun, maka pulanglah kalian kembali ke negeri kalian,” ujar raja.
Setelah itu raja mendekat dan bertanya kepada malaikat Rofa’il,
“Apabila kita melewati tempat gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?”
“Tidak akan kelihatan” jawab Malaikat Rofa’il.
“Akan tetapi aku memberimu sebutir permata atau mutiara. Jika mutiara itu di letak ke atas bumi, maka ia dapat menjerit dengan suara yang kuat, dengan demikian kawan-kawan kalian yang tersesat jalan dapat kembali kepada kalian,” jelas Malaikat Rofa’il lebih lanjut.
Masuk ke Ainul Hayat.
Demikianlah, akhirnya Raja Iskandar Zulkarnain masuk ke tempat yang gelap itu. Selama 18 hari lamanya tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam maupun siang. Tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalan dengan didampingi Nabi Khidir as.
Pada saat mereka berjalan, maka ALlah SWT memberi wahyu kepada Nabi Khidir as.
“Bahwa sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di sebelah kanan jurang dan Ainul Hayat ini Aku khususkan untuk kamu.”
Setelah Nabi Khidir as menerima wahyu itu, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya,
“Berhentilah kamu semua di tempat masing-masing dan jangan memninggalkan tempat kamu semua sebelum aku kembali.”
Kemudian Nabi Khidir as menuju kanan jurang hingga beliau menemukan Ainul Hayat itu. Beliau turun dari kudanya, melepaskan pakaiannya dan turun ke Ainul hayat tersebut. Baginda mandi dan minum air sumber hidup tersebut dan baginda merasakan bahawa airnya lebih manis daripada madu.
Sesudah mandi dan minum air tersebut, beliau keluar dari tempat itu kemudian menemui Raja Iskandar Zulkarnain sedangkan Raja tidak mengetahui apa yang telah terjadi atas diri Nabi Khidir as. Wallahu A’lam. Itulah yang dibaca dan copy dari internet. Untuk penjelasan lanjut, mungkin korang boleh cari kitab-kitab kisah-kisah Sy Ali RA.
Kisah ini membuktikan Sy Ali Ra memiliki ilmu yang luas yang ramai sahabat lain tidak memilikinya berkat khidmat yang beliau berikan kepada baginda Rasulullah SAW. Kisah ini juga memberi kita kefahaman bahawa, Allah berhak memberi kelebihan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Raja Iskandar Zulkarnain mendapat kekuasaan dari Allah. Menguasai timur dan barat. Tetapi tidak diberi umur yang panjang. Nabi Khidir pula, tak diberi kuasa sepertinya, tetapi Allah anugerahkannya umur yang panjang. Jadi yang memberi hakikatnya Allah. Ia bukan milik kita sebenarnya. Sebab itu kita dilarang merasakan kemenangan, kejayaan, kekayaan, kepandaian, keberhasilan dan lain-lain dari usaha kita. Walaupun memang usaha itu disuruh. Kembalikanlah kepada Tuhan. Kita tetap hambaNya yang hina dina. Juga jangan sangka semua orang sama seperti kita, mungkin ada orang yang tinggi imannya, mendalam takwanya di sisi Tuhan, walaupun kedudukan atau jawatannya lebih rendah dari kita. 
Ampun maaf.
 http://anjangmuor.com/2012/12/15/nabi-khidir-dan-ainul-hayat/

29 Mar 2014

Kakak dah nak balik asrama...

Belum sempat lagi nak buat sambungan entry tentang KEMATIAN BERAMAI-RAMAI hari tu. Hati sedang hanyut kerana terkenangkan kakak yang akan berlepas ke asrama naik bas pagi ni. Seminggu dengan kakak di rumah terasa sekejap benar...dan ibu sudah membelek kelendar mencari cuti penggal kedua pada akhir bulan lima nanti.

Apa pun, ibu doakan yang terbaik buat kakak..dan semoga kakak berjaya dalam acara archery ( betul ke ejaannnya tu ) di Perak pada bulan April nanti. Lepas ni ibu nak siapkan nasi goreng spesel kesukaan kakak bekal dalam bas nanti.
Semoga kakak berjaya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat..

28 Mar 2014

Sampai lupa nak letak tajuk...

MasyaAllah banyaknye benda berserabut dalam kepala otak ni..keje, alamak..esok kakak dah nak balik asrama, rumah yang tunggang-langgang sebab anak-anak dok asyik buat scrap book, alat bantu mengajar yang belum jugak settle, kucing tak bertuan yang asyik kencing sebelah almari kasut..aduih, aduih..

" oittt..apala..tu sume small matter la, awak jer yang jadikan benda tu masalah, cuba keep calm, so masalah besar pun jadi kecik tau...jadikan Allah tu sandaran awak..."

Hmmmm..yela, kadang kita ni pempuan kan, mudah no terheret ke dalam emosi ( alasan lagi tuh )

Satu lagi..ni tengah dok sedih lagi kenang tragedi MH370..( ermmm..betul la awak ni banyak alasan...)

27 Mar 2014

Ustaz mimpi punca MH370 jatuh...

Bacalah kisah mimpi ustaz ini seperti berikut:


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.

SUMBER http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

25 Mar 2014

KEMATIAN BERAMAI-RAMAI

Dunia berdukacita dengan kematian beramai-ramai yang sering berlaku pada akhir-akhir ini. Peperangan di Syria, pergolakan di Mesir, terbaru kita berkabung dengan khabar duka MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi...dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Atas kejadian yang menyayat hati ini tentu tiada siapa yang mahu ianya terjadi. Tetapi mengapa Allah jadikan juga? Apa Allah tidak kasihan pada hamba-hambaNya hingga diarahkan laut untuk menelan mereka itu? Tidak bolehkah Allah memaafkan salah mereka atau pa maksud Allah sebenarnya dengan mentakdirka itu semua?

Maha Suci Allah dari bersifat tidak berbelas kasihan, tidak memaafkan dan suka menyeksa hambaNYa. Tidak! Allah Maha Penyayang, Maha memaafkan dan sangat lemah-lembut terhadap setiap hambaNya. Kejadian-kejadian dahhsyat itu adalah gambaran betapa baiknya Allah pada semua hambaNya. Kita hayati sabda Rasulullah ini:

" Tidak akan ditikam kaki anak Adam oleh satu duri kecil sekalipun, melainkan mempunyai salah satu dari dua maksud: iaitu pengampuana dosa, yang mana tidak akan terampun dosanya melainkan dengan cara demikian itu. Atau untuk mendidik dan mengangkat darjatnya di sisi Allah."

Manusia tidak terlepas dari melakukan dosa, samada dosa dengan Allah atau dosa sesama manusia. Dosa lahir atau dosa batin. Setiap dosa itu pula dicatit oleh malaikat. Ia akan disimpan untuk diadili di akhirat nanti. Dosa-dosa yang tidak diampunkan di dunia, pasti akan dihukum di akhirat nanti. Maka bagi seseorang yang memohon keampunan, bertaubat dari dosanya, atau seseorang yang Allah mahu membersihkan dosanya, maka hukuman dosa itu dilakukan di dunia ini lagi. Hukuman itu sepadan dengan dosa yang dibuat..

Bersambung....

24 Mar 2014

Buat Para Pengantin baru_-LAMBAIAN FIRDAUS SENTIASA MENANTI


Apabila seseorang perempuan melangkahkan kakinya ke gerbang perkahwinan, maka menangislah syaitan-syaitan dan terbukalah pintu-pintu syurga untuknya. Terpikullah di bahunya tanggungjawab dan amanah yang berat sesuai pula dengan pahala dan ganjaran dari Allah yang besar yang disediakan untuknya.

Ia akan menjadi seorang isteri, yang bakal menjadi penenang jiwa buat suaminya. Bakal menjadi isteri solehah sebagai perhiasan rumahtangganya. Bakal menjadi pendorong dalam setiap usaha suaminya. Dan bakal menjadi ibu kepada anak-anaknya. Suami menjadi pemimpin rumahtangga, manakala isteri sebagai isteri menguruskan keperluan suami dan anak-anak. Itulah sebuah rumahtangga yang mana suami dan isteri berusaha menjadikan yang disebut Al Jannatul 'Ajilah ( syurga yang disegerakan ).

Perkahwianan kerana Allah akan berjalan menurut syariat Allah dan InsyaAllah akan diberkati serta mendapat keredhaanNya.

22 Mar 2014

cuti, cuti, cuti...kerja...

Alhamdulillah...
Cuti sekolah seminggu, takde plan spesel pun

Anak-anak sume ada kat rumah. Kakak sampai pagi jumaat di Hentian Putra dari Kuala Terengganu. Tapi semalam saya keje, so dia sampai saya takde kat rumah, maghrib saya sampai baru jumpa dia

Semalam jem teruk. Cuti sekolah dah mula dengan hujan kot. Larling sampai dengan abang dari asrama jam dah tunjuk kul 8.15, dah maghrib tengah jalan katanya. Nampak keletihan sampai tertidur kat sofa, dekat pukul 10 malam, baru makan malam...

Apa pun, dah cuti..yeyyyy..

Tapi..saya tetap kena ke tadika, " Baik bos, saya menurut perintah."

21 Mar 2014

PENGHUJUNG JALAN

 Setiap yang bermula pasti berakhir
setiap yang awal pasti ada hujungnya
awal hidup insan bermula dengan kelahiran
berakhir pula dengan kematian
semuanya adalah sunnatullah
penentuan hanyalah di hujung jalan
samada husnul khatimah atau suul khatimah
bergantung kepada amalannya
di sepanjang perjalanan
beserta iman yang bertunjang di hatinya

20 Mar 2014

Mariah Al Qibtiyah-hamba yang merdeka menuju Tuhannya

Langkah demi langkah diatur perlahan mengikut rentak unta yang berjalan di hadapannya.  Padang pasir yang tandus itu membuatkan fikirannya juga kering dan tandus. Langkahnya agak perlahan namun digagahi juga bagi menjunjung perintah raja yang sangat dihormati.

Mariah Al Qibtiyah meninggalkan istana mewah milik maharaja Mesir ke suatu tempat yang tidak diketahuinya. Fikirannya berputar ligat mengenang apakah yang bakal berlaku pada dirinya dan adiknya Sirin. Biji-biji pasir direnung seakan-akan mahu mengira butiran pasir yang terhampar dalam permusafiran itu, agar dengan cara itu dia dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.

Perjalanan jauh antara Mesir dan Madinah memakan masa berbulan-bulan membuatkan hatinya diasak berbagai pertanyaan dan teka-teki yang sungguh membosankan. Baginya tidak ada satu panduan yang dapat mententeramkan jiwanya dan menjawab pertanyaan hatinya yang semakin bergelora. Cuma ia menaruh harapan yang tinggi biarlah apa yang sedang dan akan berlaku dapat dilalui dengan tabah di samping kebahagian hakiki yang diharapkan.

Habib bin Balta'ah menyedari apa yang berlaku pada diri Mariah. Dia sedaya upaya cuba memperbaiki keadaan itu. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menghiburkan dan menenangkan hati Mariah. Antaranya Habib cuba bersenandung, bersyair, bercerita tentang Islam, tentang perjuangan dan pengorbanan di samping cerita-cerita sejarah yang diselitkan dengan tarbiah dan dakwah Islamiah.

Yang terpenting dan sering diulang selalu ialah tentang peribadi Rasulullah, akhlaknya, taqwanya, rendah dirinya, pemaafnya, pemurahnya, kasih-sayangnya dan seterusnya pengorbanan baginda untuk Islam. Habib juga menceritakan keyakinan Rasulullah tentang keyakinan Rasulullah pada Tuhan yang Maha Esa dan pada hari yang dibangkitkan kelak.

Mariah mula tertarik dengan cerita-cerita dan segala penerangan dari mulut Habib. Walaupun segalanya masih baru bagi dirinya tapi atas kesungguhan Habib menyampaikan semua itu membuatkan dia mula berminat dengan Islam. Dan akhirnya pada suatu malam yang hening Mariah dan Sirin mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Habib, salah seorang sahabat yang sangat dipercayai oleh Rasulullah.

Rasa rindu, ingin tahu dan melihat sendiri wajag Rasulullah dan peribadinya mula bermain di fikiran Mariah. Selama dalam perjalanan hanya cerita-ceritanya saja yang disampaikan ke telinganya. Kalau sebelum ini perjalanan dirasakan sungguh membosankan, tapi kini setiap langkah yang diaturkan diiringi dengan doa dan tasbih memuji Allah. Permusafiran ini dirasakan sungguh bermakna sekali. Diciptanya satu bait syair untuk melepaskan rindunya:

          Ya Rasulullah
          kami datang kepadamu
          ingin menjumpaimu
          ingin menatap wajahmu
          ingin melihat akhlak dan peribadimu
          wahai pemimpin agung
          wajahmu kami rindu
          bagai bulan purnama
          menghias malam yang indah.

 Setelah menempuh perjalanan panjang yang bersejarah itu, akhirnya mereka sampai ke Madinah. Rasulullah menyonsong kedatangan mereka dan menyambutnya dengan mesra penuh kegembiraan. Mariah tiba-tiba rasa malu dan agak kehairanan bila berhadapan dengan Rasulullah, kerana sangkanya Rasulullah seorang pemimpin tentulah mempunyai singghsana yang besar, istana yang bertingkat-tingkat dan pakaian yang menunjukkan kehebatan seperti rajanya di Mesir.

Tapi itu semua tidak ada pada Rasulullah.Rasulullah tidak ada pengawal peribadi yang mengawasinya dan tidak ada istana mewah miliknya. Bahkan Rasulullah sendiri datang menyambut mereka. Sedangkan yang disambut itu adalah dirinya seorang hamba abdi yang tidak mempunyai keistimewaan apa-apa.

Mariah hampir menitiskan air mata bila mengenangkan semua itu. Benarlah kata-kata Habib. Mabur, salah seorang hamba yang dihadiahkan oleh raja Muqauqis Mesir turut memeluk Islam. Sebelum ini dia enggan memeluk Islam tetapi apabila berjumpa dan berhadapan sendiri dengan Rasulullah, hati yang keras jadi lembut. Akhirnya dia juga menyerah diri untuk diislamkan.

Pancaran nur dari wajah Rasulullah membuatkan semua yang bertemu Baginda bersetuju mengatakan yang Baginda adalah seorang utusan Allah yang jujur, tidak ada kepentingan diri dan seorang pemimpin yang layak ditaati.

Rasulullah mengambil Mariah dan menempatkannya di tengah-tengah kebun anggur di 'Aliyah. ' Aliyah adalah sebuah kampung yang terletak di bahagian luar kota Madinah. Rasulullah sering berkunjung ke tempat Mariah seperti beliau mengunjungi hak miliknya. Bahkan Rasulullah sentiasa bersikap lemah-lembut kepadanya, di samping memberi penjagaan yang cukup dan menggaulinya sebagai hamba abdi yang dihalalkan Allah padanya.

Mariah rasa bersyukur dapat berdamping dengan Rasulullah tanpa hijab. Sebaliknya beliau dilayan dan diberi penghormatan oleh Rasulullah. Rasa dirinya terlalu kecil, terlalu hina, terlalu berdosa dan tidak layak untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada isteri-isteri nabi.

Hal ini membuatkan Mariah selalu bangun malam untuk menyatakan kesyukurannya pada Tuhan kerana telah menyelamatkan dirinya dari terus kufur sekiranya masih bersama maharaja Mesir. Sesudah mengerjakan ibadah malam Mariah menedah tangan berdoa:
      " Wahai Tuhan yang Maha Agung, Maha Bijaksana mentadbir alam ini, terimalah aku untuk mendekatiMu, bersimpuh di bawah duli kebesaranMu, bersujud memperhambakan diri hanya padaMu dan menangis di hadapanMu, Menangiskan kedegilan dan kesombonganku, menangiskan kebutaan hatiku, menangiskan kematianku yang belum tentu dalam iman atau kufur Juga ku tangiskan baiknya Tuhan membawa aku ke sisi kekasihMu Rasul yang mulia. Sedangkan aku bukanlah layak untuk diberi penghormatan sebesar ini. Oleh itu wahai Tuhanku, terimalah aku untuk mengucap syukur yang tidak terhingga ke hadratMu, dan aku berharap biarlah hati ini terus berpaut dengan kekasihMu itu untuk sentiasa dikuatkan iman dan bakti kerana aku rasa tiada lagi tempat di dunia ini yang selamat selain di sini. Moga-moga perjalanan hidupku Engkau berkati selau, amin, amin, amin."

Mariah merasa tenang hidup di sisi Rasulullah, kerana walaupun tidak ada harta yang melimpah, tidak ada perhiasan emas, tidak ada rumah sebesar istana, tidak ada makanan yang mewah dan lazat, tidak ada tunggangan yang gagah dan lengkap, itu semua baginya tidak perlu. Cukuplah dirinya dihias dengan akhlak dan peribadi yang cantik.

Allah hendak meningkatkan darjat Mariah dengan mengurniakan seorang putera yang diberi nama Ibrahim. Rasulullah SAW bersabda, " Mariah sudah merdeka oleh anaknya." Kini hilanglah status hamba dan Mariah menjadi seorang muslimah yang merdeka. Orang-orang Ansar berebut ingin mengasuh bayi comel itu, agar dengan itu memberi banyak peluang kepada Mariah untuk melayan dan menguruskan Rasulullah..

Tetapi Allah tidak menghendaki Ibrahim hidup lama, sewaktu berumur dua tahun sakitnya semakin enjadi-jadi. Ketika dia sedang nazak, Mariah meletakkan anaknya di pangkuan. Rasulullah sambil menyandarkan diri lalu berkata, " Sesungguhnya kami wahai Ibrahim, tidak kuasa melepaskan kamu sedikitpun dari ( takdir ) Allah."

Kemudian baginda mengucapkan salam bagi roh Ibrahim dam membongkok serta menciumnya. Dengan airmata berlinangan dan hati yang sedih baginda berkata, " Namun kami tidak berkata selain apa yang diredhai oleh Allah. Dan sesungguhnya kami wahai Ibrahim, sedih berpisah denganmu, sesungguhnya kita semua hamba Allah dan kepadaNya kita semua akan kembali."

Setelah  menguruskan jenazah Ibrahim, dimandi dan dikafankan, Rasulullah sendiri yang memasukkan jenazah kecil itu ke dalam maqamnya. Kesedihan Rasulullah tidak dapat dibendung. Menitis air mataBaginda. Begitu juga dengan Mariah. Pilu rasa hatinya berpisah dengan anak kecil yang masih menyusu tapi kuasa Allah lebih mengatasi segalanya.

Dalam perjalan pulang orang ramai melihat gerhana matahari dan mereka menyangka gerhana itu berlaku kerana kematian Ibrahim. Mendengar ucapan itu Rasulullah bersabda:

   " Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Apabila kamu melihat gerhana, segeralah kamu mengingat Allah dan melakukan sembahyang ( sembahyang sunat gerhana )"

Sejak perginya Ibrahim, Mariah tidak lagi pernah mengandung. Bahagia dan sengasara yang dijalani dalam hidupnya bersama Rasulullah adalah sebagai ujian buat dirinya, untuk mengukur sejauh mana keyakinan dan keimanannya terhadap kekuasaan Allah. Dan dia berjaya dalam semua ujian berat bahkan setiap peristiwa yang dialami menebalkan lagi keyakinan nya terhadap keagungan dan kekuasaan Allah.

Setelah lima tahun Rasulullah wafat, tiba pula giliran Mariah menyahut seruan Ilahi untuk bertemu dengan yang dicintai. Alangkah indahnya jika kita wanita akhir zaman dapat menyalin akhlak Mariah Al Qibtiyah yang rupawan dari Mesir berdarah campuran Itali, untuk kita bangun sebagai srikandi akhir zaman yang sama-sama gigih untuk Islam....

Sunnatullah Yang Berlaku

Malam dan siang silih berganti
Pagi dan petang..pergi dan datang
Begitulah sunnatullah berlaku di dunia ini
Tiada siapa dapat menahan dan menghalang
Begitulah kuasa Allah dan kemampuanNya
Agar manusia prihatin dan peka
Supaya manusia takut denganNya
Bahkan manusia memerlukan Tuhan
Susah dan senang juga silih berganti
Sakit dan sihat demikian juga
Nikmat dan niqmah pergi dan datang
Patut manusia mengambil pengajaran dari kejadian.

#MH370- apapun andaian dan telahan manusia- hanya Allah yang Maha Tahu pasti apapun rahsianya..

Dan aku yakin bumi Malaysia ini tidak akan dapat disentuh oleh tangan kuffar manapun, kerana DIA telah mencatur sesuatu yang pasti berlaku di bumi bertuah ini, di bumi barakah ini Islam akan kembali gemilang dan terbilang!!!!

19 Mar 2014

Pasangan suami -isteri di Bogor tahu lokasi jatuhnya MH370-Yahoo News Indonesia

TRIBUNNEWS.COM, BOGOR - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang kontak pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana keberadaan pesawat yang mengangkut 239 penumpang dan awak pesawat itu.
Pasangan suami istri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52) turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam gaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka bisa.
"Ya kita hanya memberikan informasi, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nomor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Minggu (16/3/2014).
Menurut Fajar informasi yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (LU 7 derajat 47'47.90" Bujur Timur 105 derajat 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.
Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan informasi terkait keberadaan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang istri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan awak pesawat naas tersebut.
Winarti ia sebut memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal gaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.
Fajar menuturkan, pada hari Kamis (13/3/2014) siang, usai melaksanakan salat Zuhur, Winarti memohon doa agar bisa diberi petunjuk mengenai keberadaan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.
Tiba-tiba muncul sosok seorang pria dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti.
"Mungkin copilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.
Pria itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.
Pesawat yang tiba-tiba kehilangan power secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan awak kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar saat pesawat mula jatuh ke laut.
"Pesawatnya utuh, enggak meledak, enggak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kursi masing-masing dengan sabuk pengaman terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan kondisi pesawat di dasar laut.
Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kursi masing-masing, dengan sabuk pengaman masih terpasang. Ia mengaku saat diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang tewas.
Terlebih si pria berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.
"Dia bilang salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," imbuhnya.
Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan salat Tahajud.
Winarti menuturkan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama saat melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeda yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.
Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat naas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.
"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.
Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.
Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.
"Ya mungkin maksudnya, apa yang enggak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga enggak tahu artinya," ujarnya
Sempat Melapor ke Danlanud
Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpemnting baginya adalah pesawat bisa diketemukan dan keluarga korban bisa lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.
Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan informasi yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan info tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.
"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konjen di Ho Chi Minh City) via sms," tuturnya.
Selain itu ia juga sempat mendatangi sebuah stasiun televisi swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah satu penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.
Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.
Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal gaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan istrinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk membantu sesama.
"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil informasi yang didapat itu benar. Saya dan istri juga pernah mendapat informasi soal keberadaan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar terbukti,"ujarnya.

Debat antara ustaz dengan gadis tentang aurat.


Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. 
Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah (ala macam entri yang ni: 8 jenis tudung pelik di Malayisa). Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. 
Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)



Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2014/03/menarik-isu-aurat-debat-ustaz-vs-gadis.html

18 Mar 2014

Jadilah Bunga Penyeri Taman Syurga...

Wanita sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan suatu yang indah, cantik, wangi dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam di syurga. adanya wanita menjadi penyambung zuriat di mayapada ini. Wanita solehah ibarat bunga yang berkembang mekar, harum dan bersinar. Menjadi idaman untuk penyeri hidup, alangkah beruntungnya menjadi wanita solehah, di dunia lagi telah dimuliakan Allah.

Wanita tholehah pula ibarat bunga yang layu, kering tiada seri. Kalau cantik pun ia umpama bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.

Wanita solehah di zaman Rasulullah seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah dan lain-lain telah lama meninggalkan kita. Dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.

Islam hanya memberi 4 syarat untuk wanita menempah tiket ke syurga., iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,  taat pada suami dan menjaga maruah. Hanya wanita yang beriman dan memiliki sifat taqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelakakan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat bunga penyeri taman syurga......


Ihsan google



17 Mar 2014

Mahukah jadi orang pilihan?

Alangkah gembiranya hati kalu dapat kalau kita jadi 'orang pilihan' dalam suatu perkumpulan. Tidak kiralah sama ada dipilih oleh ketua kerana kesungguhan kita bekerja atau diberi keistimewaan kerana jasa-jasa kita. Tatkala itu hati rasa berbunga, rasa diri kita sajalah yang terbaik...

Itu baru di dunia...Apakata kalau di padang Mahsyar, tatkala sedang berasak-asak dalam perbarisan mengharungi lautan peluh manusia, tiba-tiba kita dipilih untuk dihisab, tentu di kala itu kita rasa amat beruntung, setelah sekian lama menunggu, tidak tergambar perasaan kita waktu itu...

Rupanya, di alam dunia ini telah ada insan pillihanNya. Pilihan Allah adalah terhadap orang yang merendah diri (tawakduk ). Seperti dalam sejarah, antara lima orang pilihan rasaul Ulul Azmi, Allah telah memilih Rasulullah SAW sebagai kekasihNya dan sebagai penghulu sekelian nabi dan rasul. Kenapa pilihan Allah jatuh kepada Rasulullah SAW?

Suatu hari Allah bertanya kepada Nabi Daud, " Siapa engkau?" Jawab Nabi Daud, "Saya Khalifatullah (Khalifah Allah ).

Ditanya kepada Nabi Ibrahim, " Siapakah engkau?" Jawab Nabi Ibrahim, "Saya Khalilullah ( yang dikasihi Allah ).

Ditanya kepada Nabi Musa, " Siapakah engkau?" Jawab Nabi Musa," Saya Kalimullah ( yang diajak berbicara dengan Allah )

Ditanya kepada Nabi Isa, " Siapakah engkau?" Jawab Nabi Isa, " Saya Rohullah (roh Allah )"

Tapi tatkala ditanya kepada Rasulullah, "Siapakah engkau?" Dengan penuh tawadhuk baginda menjawab, " Saya anak yatim piatu." Maka dengan jawaban yang merendah diri itulah Baginda dipilih.

Kita hari ini, marilah kita berusaha memiliki sifat tawadhuk atau merendah diri untuk menjadi orang-orang pilihan Tuhan. Memiliki sifat tawadhuk umpama air yang sifatnya sentiasa mengalir ke bawah. Hatta ia berada di atas gunung, ia tetap berusaha mengalir ke bawah..

16 Mar 2014

Alhamdulillah..hujan lagi.

Cuaca indah pagi tadi, dengan awan putih memenuhi langit, mudah-mudahan
hujan lagi, hujanlah ya Allah, walaupun tak dapat membasuh dosa-dosa
kami yang banyak, moga dengan rahmatMu kami mampu bersyukur....

Alhamdulillah...petang semalam hujannya turun sekejap saja, petang ni hujan lagi..lebat
cukup untuk membuatkan cuaca dingin membalut bumi Semenyih ini.
Mungkin ada antara doa-doa yang Kau dengar, maka kami memohon lagi
kembalikanlah segera yang hilang....dan tolong beri kesedaran kepada
mereka yang lalai dan ampunkan mereka dan kami juga...

Jika anda jadi pemimpin, apakah tindakan anda terhadap festival ini?

Malaysia sedang mengalami saat ujian dan dugaan Tuhan. Kehilangan MH370 masih merupakan bencana yang belum ada kesudahannya. Tidak ada pertunjuk positif yang betul-betul konkrit. Semuanya hanya maklumat 'separa masak' yang akhirnya ternyata - samada tidak benar atau rekaan atau tidak tepat. 

Ujian Tuhan yang mengejutkan ini pula berlaku pada 7 Mac tahun ini. 2014 adalah tahun yang dinanti-nanti oleh Kementerian Pelancongan dengan promosi Tahun Melawat Malaysia!! Sukarnya seseorang pemimpin atau menteri yang 'biasa-biasa' untuk membuat keputusan. Tentu serba salah kerana acara untuk setahun ini sudah lama dirancang sedangkan suasana sedih sedang menyelubungi negara. 

Keadaannya sangatlah sukar dan sulit jika ada cadangan untuk mengubah suai acara Tahun Melawat Malaysia ini. Sasaran kementerian berkenaan ialah menjadikan sektor pelancongan negara sebagai penyumbang pendapatan negara yang terbanyak. 

Bukan mudah! Jika kita faham, Tuhanlah yang mengubah agenda Tahun Melawat Malaysia menjadi 'Tahun Kesedihan Malaysia!!" Siapakah menteri yang mempunyai kekuatan jiwa dan kesedaran agama yang mampu mengubah semua agenda hiburan kepada agenda berunsur kerohanian, doa, solat hajat dan taubat? Yang lebih baik ialah menyediakan hiburan atau konsert alternatif yang bersesuaian dengan kehendak agama dan budaya tempatan.

Jika kita mahu mengenali seseorang tokoh berwibawa menjadi pemimpin negara di masa depan, kita lihatlah komen-komen yang ada di dalam media. Orang yang akan terajui negara ini sepatutnya sedar tentang percaturan Tuhan terhadap negara kita yang tercinta ini.  

Sebagai contoh, penganjuran konsert hiburan yang merosakkan moral anak muda negara kita. Ini semua masih berlaku berleluasa tanpa ada usaha mengimbanginya dengan sesuatu yang lebih sihat dan positif. Seseorang yang bercita-cita besar untuk agama, akan mempunyai pelbagai idea segar dalam menyaingi arus kerosakan sosial golongan remaja di negara kita. 
 Future Music Festival Asia

Dalam suasana sedih inilah kita dikejutkan adanya "International Future Music Festival Asia 2014."Ianya dijangka selama 3 hari (bermula semalam). Untuk itu. malam tadi satu konsert 'mega' telah diadakan di Stadium Bukit Jalil. 85,000 penonton terutama remaja telah hadir untuk terkinja-kinja menari di segenap ruang stadium! 

Sesiapa yang berhati jujur pastilah akan mengakui bahawa konsert itu hanya menyumbang elemen kerosakan melampau. Konsert sebesar itu ternyata mengguris hati masyarakat Malaysia yang sedang bersedih duka. Seolah-olah masa yang baru seminggu berlalu kembali melalaikan kita.

Khabarnya konsert tersebut telah menyaksikan seorang mati kerana mengambil dadah berlebihan. Ada laporan yang mengatakan 4 orang yang mati manakala 5 yang lain sedang koma dan kritikal di hospital. Semuanya kerana penangan dadah. Jumlah yang terkorban tidaklah penting tetapi apa yang nyata, konsert sedemikian sangat menggalakkan pengambilan dadah, arak, pergaulan dan seks bebas serta kerosakan moral tanpa had. 

Masyarakat dan negara akan terus dibebani hasil dari aktiviti hiburan yang merosakkan sebegini rupa. Kes mengandung  anak zina akan terus meningkatkan statistik sedia ada, kes dadah, rogol, bunuh dan jenayah lainnya akan terus subur dengan adanya konsert atau acara hiburan seburuk itu. 

Kepada pihak yang bertanggung jawab. kenang-kenangkanlah rakyat Malaysia lainnya yang prihatin terhadap nasib anak kapal dan penumpang MH370. Lakukanlah sesuatu supaya perkara yang mendatangkan kemurkaan Tuhan sebegini, tidak lagi kita izinkan berlaku. Besarlah kemurkaan Tuhan jika kita bermain-main dan berpura-pura dengan Tuhan. 

Hukuman Tuhan sentiasa mengekori apa jua tindakan kita. Kerosakan remaja Melayu muslim di negara kita sudah sangat menyedihkan. Jika kemurkaan Tuhan berlaku lagi dengan insiden-insiden lain yang lebih dahsyat, mampukah lagi kita tersenyum dan berpesta ria?

Kehilangan MH370 sebenarnya peringatan Tuhan untuk pemimpin dan rakyat Malaysia. Ambillah iktibar dengan peristiwa yang berlaku. Itulah kasih sayang Tuhan agar kita mahu membuat perubahan. Jangan mengulangi kesilapan yang sama. Setelah Tuhan tegur kita dengan kehilangan MH370, janganlah kita masih lagi tegar memberi ruang golongan remaja bergelumang dosa. 

Ingatlah bahawa kemungkaran yang kita izinkan adalah penggamit kemurkaan dan bencana dari langit. Jangan terus menjadi orang yang keliru sehingga tidak tahu mengaitkan apa yang berlaku dengan kuasa dan kehendak Tuhan. Semua dan segalanya termasuk kita semua adalah milik Tuhan. Dia amanahkan rakyat dan negara untuk kita tadbir mengikut kehendakNya..

Ampunkan kami Tuhan!! Bantulah dan sedarkanlah kami semua yang masih lalai!!

Jika anda menjadi pemimpin, apakah tindakan anda terhadap konsert sebegini?

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign