Asam Garam Kehidupan: June 2014

Nuffnang

Pages

29 Jun 2014

Ramadhan, ada yang kalah dengan nafsu.

Menjelang maghrib, esoknya ramadhan, syaitan sudah dibelenggu, terbukalah pintu-pintu syurga, terkunci rapat pintu neraka. Tiada lagi penghalang besar untuk manusia beramal soleh melainkan nafsunya sendiri. Ribuan peluang terentang, melalui jalan ketaatan , berganjarkan pahala yang dilipat gandakan.

Sayangnya, peliknya..bila tiba bulan Ramadhan, adalah cerita, berita terpampang di dada akhbar, tentang penangkapan yang memalukan, cerita orang tak puasa..

Sayangnya..sebab peluang dan jalan telah Allah berikan, tapi ada yang kalah dengan nafsu. Nafsu akan mendorong ke arah kejahatan, mata melihat yang haram, lidah untuk mengumpat, berbohong, menipu dan bermacam lagi, nafsu mendorong kaki tangan melakukan maksiat, mendorong hati untuk sombong, hasad dengki, gila dunia dan sebagainya.

Sebab itu pulang dari peperangan Badar yang bersejarah itu ( perang Badar berlaku dalam bulan ramadhan, dengan jumlah tentera islam yang cuma seramai 313 orang mampu mengalahkan tentera musyrikin yang berjumlah 1000 orang ), Rasulullah bersabda:
   
   " Kita baru pulang dari peperangan kecil untuk masuk ke suatu peperangan yang lebih besar."

Brtanya para sahabat, " peperangan apakah itu ya Rasulullah?"

   " Itulah peperangan hati yakni berperang melawan hawa nafsu."

Kubu-kubu dalam peperangan menentang hawa nafsu ialah:


  • Keyakinan yang padu pada Allah.
  • Istiqomah dalam beramal.
  • Tepat dalam beramal dan bertindak
  • Banyak melakukan amalan sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat, membaca Al Quran, berwirid, berzikir, berdoa dan sebagainya.
  • Sering mengenag-ngenang kebesaran Allah serta balasan Allah yakni azab neraka.
Berperang dengan nafsu tidak akan ada gencatan senjatanya. Senjatanya ialah taqwa. Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya itu adalah salah satu jalan taqwa.





ihsan google.









Ramadhan datang lagi

Biasanya hari sabtu tak ramai orang shopping barang dapur, mungkin sebab hari sabtu kena bayar 20 sen untuk setiap plastik tambahan. Saya suka shopping hari sabtu sebab tak sesak. Tapi semalam, ramai betul orang, mungkin sebab masing-masing nak beli barang dapur sebagai persediaan menyambut Ramadhan.

Alhamdulillah, tahun ni saya dapat sambut 1 Ramadhan, selalunya ABC, dah 4 ke 5 Ramadhan baru dapat puasa. Kebetulan hari ni ahad, jadi bolehla kot special sikit, ada bubur , ada kuih, raikan anak-anak yang berpuasa. Diorang dok pakat tidur balik lepas subuh ni. Kalau ikutkan nafsu nak tidur tu, saya pun tumbang...

Saya rasala kan..belanja di bulan puasa ni makin bertambah. Yela..kena masak untuk 2 kali makan, walaupun saya masak sekali je, tapi kuantiti (caih! ayat ) bertambah, sebab saya masak lebih untuk sahur sekali. Kalau bulan tak puasa, hari kerja makan kat tempat kerja, so..masak untuk makan malam je, ikan 2, 3 ekor dengan sayur dah memadai. Ni boleh plak nak masak bubur, kuih bagai. Kalau bulan tak puasa, lepas makan takat minum air kosong je, eh..ni siap beli jus dua tiga botol lagi. Kalau bulan tak puasa, buah tu, sape nak makan baru kopek, ini..wah..siap berhidang buah atas meja sekali. Oh ye..sebut pasal makan buah ni kan, sebenarnya dalam islam ikut sunnah yang diajar oleh Rasulullah, buah ni kita makan sebelum makan benda-benda lain. Bukan makan selepas makan macam yang diajar oleh Yahudi tu.

Psssst..gambar kat atas tu gambar curi..

Okla kawan-kawan..di sini saya ingin mengucapkan selamat meraikan Ramadhan al mubarak, jom..kita pakat pi surau tarawih, tadarus, tambah sedekah sebab kebaikan yang kita buat di bulan ramadhan ni pahalanya diganda-gandakan, rugi wooo, kalau kita tak rebut, bukan selalu dapat.

Maaf zahir batin, jika ada antara bicara saya yang mengguris hati kawan-kawan.

28 Jun 2014

AKU sakit, mengapa engkau tidak ziarah?

Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari Qiamat:
"Hai anak Adam, AKU sakit dan mengapa 
engkau tidak mahu menjenguk-KU?"

Berkata anak Adam:" Bagaimanan harus aku
menjenguk-MU? Sedangkan Engkau adalah Tuhan
sekelian alam?"

Allah berfirman : " Tidakkah engkau tahu,
sesungguhnya hambaKu si fulan itu sakit, lalu
kenapa engkau tidak menjenguknya? Tidakkah
engkau tahu bahawa jika engkau menjenguknya
tentu engkau menemui AKU di sisinya?"

" Hai anak Adam, AKU telah minta makan
kepadamu tetapi engkau tidak memberi
makan pada-KU?"

Anak Adam berkata : " Ya Tuhan,
bagaimanakah aku harus memberi Engkau 
makan, sedangkan Engkau adalah
Tuhan sekelian alam?"

Allah berfirman: "Tidakkah dalam
pengetahuanmu bahawa sesungguhnya
telah meminta makan padamu hamba-KU
sifulan itu, tetapi engkau tidak memberinya makan?
Tidakkah engkau tahu apabila engkau memberinya makan
tentu engkau akan dapat menemukannya lagi di sisiKU?"

" Hai anak Adam, AKU telah minta minum kepadamu
tetapi engkau tidak mahu memberi
AKU minum."

Anak adam berkata: Ya Tuhan, bagaimanakah
harus aku memberi Engkau minum, sedangkan Engkau 
Tuhan sekelian alam?"

Allah berfirman: HambaKu sifulan telah minta
minum padamu dan engkau tidak memberinya
sesuatu untuk diminum, tidakkah engkau tahu
bahawa sesungguhnya apabila engkau memberinya minum
nescaya engkau akan akan
menemukannya di sisiKU?"

Hadis Qudsi.

26 Jun 2014

JALINKANLAH UKHWAH DAN REBUTLAH PAHALA IBADAH

Salam Ramadhan Al Mubarak.
Di kesempatan ini, marilah kita panjatkan rasa syukur
ke hadrat Allah yang telah
mempersaudarakan kita
kerana dengan belas ihsanNya
kita masih diberikan peluang
untuk menyambuk Ramadhan yang penuh barokah
Nah..di bulan yang menjanjikan pahala
 yang melimpah ruah ini
marilah kita bina kasih sayang
melalui ibadah yang ditunaikan.

Kemudian
Jadikanlah puasa yang menginsafkan kita
erti letih, lapar dan dahaga
membantu mereka yang malang

Muliakanlah waktu berbuka yang penuh nikmat itu
dengan menjamu si fakir
meraikan mereka sebagai tetamu
jadikanlah sedekah ihklas kita, tambahan zakat
moga dengannya
akan terbelalah nasib anak-anak yatim
menghiburkan mereka yang tak punya
rebutlah peluang selepas majlis tadarus
dan solat tarawih untuk menjalinkan persaudaraan
dengan tetangga setempat
jadikanlah segala ibadah yang mencegah kita
dari kemungkaran, menyintai kebenaran
berkasih sayang dan mendamaikan
mereka yang bermusuhan

Segala yang dilakukan ini adalah sunnah
Rasulullah SAW dan amalan yang diidam-idamkan
oleh para malaikat
membuahkan ganjaran berlipat-ganda
dan yang paling utama
mendekatkan kita dengan rahmatNya

Sabda Rasulullah SAW:
" Barangsiapa yang mengasihi sesama manusia
dia akan dikasihi Tuhannya"


2 hari menjelang Ramadhan....
 
 
 
 

Ramai yang susah di akhirat nanti kerana harta.

Kita ni , kaum wanita..selalunya bila mendapat sedikit kemewahan akan cepat lupa diri, tinggi diri, tamak, haloba, angkuh dan kedekut..tak percaya, ok..takpe..

Siapa yang suka shopping? siapa yang suka ikut trend fesyen terkini, siapa yang rambang mata tengok jualan murah sane- sini..jawablah sendiri yek..so..tak percaya lagi...?

Kat dalam filem, drama..siapa yang sering digambarkan angkuh dan sombong bila kaya raya...? Mak datin, mak datin, jangan marah yek..

Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Wahai Rasulullah, siapakah yang terjahat di antara umatmu?"

Jawab Baginda, " Orang-orang kaya"
Kemudian Baginda bersabda lagi, " Sepeninggalan kamu nanti, bakal datang satu kaum yang makan serba enak dan beraneka ragam. Mereka mengendarai kuda indah berwarna-warni ( kenderaan mewah zaman sekarang ), mengahwini wanita yang cantik, berpakaian mahal, makanan sederhana tidak mengenyangkan untuknya, harta yang banyak pun tidak memberi kepuasan kepadanya, bekerja menyembah dunia pagi dan petang dan menjadikan tuhan di samping Tuhan ( yang sebenarnya ). Mereka mematuhi perintah dunia, dan memperturutkan hawa- nafsu mereka sendiri...Maka daku Muhammad bin Abdullah menekankan kepada orang-orang yang mendapati berada di zaman itu dan anak cucu dan generasi-generasiku, supaya tidak memberi salam kepada orang-orang ini, sakitnya jangan dijenguk, jenazahnya jangan diiringkan dan pangkatnya jangan dihormati. Sesiapa yang melanggar bererti membantu merobohkan Islam!"

Salman Al Farisi pernah mengirim surat kepada Abu Darda' ra.

" Saudaraku,janganlah engkau kumpulkan harta kalau tak pandai mensyukurinya kerana daku mendengar sabda Rasulullah SAW:

" Manusia berdunia ( berharta ) yang mentaati Allah akan ditampilkan nanti bersama hartanya. Bila ia gugup semasa meniti titian Siratul Mustaqim, sang harta berkata kepadanya; Jalanlah terus kerana anda telah menunaikan hak Allah atas diriku."

Kemudian datang pula orang yang tidak mentaati Allah di bidang hartanya, dengan memikul harta itu di kedua bahunya. Bila ia gugup dalam meniti, iapun ditempelak oleh hartanya;Hai malang, engkau tidak pernah membayarkan hak Allah atas diriku!"

Begitulah keadaannya terus menerus sehinggalah ia meraung menangisi nasibnya yang malang dan derita itu."

Harta, kemewahan, kesenangan memang menjadi buruan manusia yang cinta dunia. Sehingga ada yang sanggup mengambil jalan singkat kerana memburu kesenangan dengan menjadi pelacur, gro dan kerja-kerja yang jelas bertentangan dengan syariat.

Kita...berbahagialah dengan nikmat iman dan Islam yang telah Allah kurniakan. Dengan iman seseorang itu akan kaya jiwanya. Itulah kaya yang hakiki...

*****secebis peringatan buat diriku menjelang Ramadhan ini, agar aku raikan ia dengan penuh rasa kehambaan dan syukur, agar ku raikan ia penuh meriah dengan selawat, bacaan Al Quran, sedekah, tahajud...berikan daku kekeuatan agar mampu kulawan nafsuku yang selalu mengajakku ke arah kejahatan, agar kali ini aku menang ya Allah...*****

Ihsan google

25 Jun 2014

Kisah Mamat.

Sepatutnya entri ni saya nak publish sempena hari bapa aritu, tapi dok sibuk-sibuk sampai terlupa. Rasanya belum terlambat kot nak buat cerita tentang kasih-sayang seorang anak terhadap bapanya. Ini kisah benar, berlaku sekitar tahun 80-an. Cerita ni dari Chik ( mak saudara ) saya, ada yang saya edit serba-sikit tapi masih tak lari dari cerita sebenar.

Kisah ni berlaku di Terngganu. Kisah seorang anak yang bernama Mamat ( mungkin Muhammad...., orang kita ni suka memendekkan nama, Muhammad jadi Mamat, Abdullah jadi Dollah ) tapi Chik saya pun tak tau nama sebenar Mamat ni. Mamat ni tergolong lembam. Lembam-lembam pun kawen juga, isteri pun macam dia jugak. Mereka ada seorang anak ( saya lupa plak nama anak diorang ). Mamat ni kerjanya bawak beca roda tiga, orang Terengganu panggil teksi beca. Tinggal bersama keluarga mereka ni ialah ayah Mamat yang sudah uzur.

Mamat sayangkan ayah dan anaknya. Anaknya Alhamdulillah tak lembam. Oh ya, anaknya lelaki, masa tu lebih kurang umurnya dalam 2 ke 3 tahun. Selalu terlepas ke jalan sebab maknya entah leka, entah buat apa ( rumah diorang dekat dengan jalan, tapi bukan jalan besar, jadi takla sibuk ). Jiran yang ternampak tolong hantar balik.

Diorang ni susah. Bagi nak tampung kehidupan Mamat akan kutip ikan yang dah tak berapa fresh kat pasar dan jual balik. Chik saya selalu beli, niat nak tolong juga. Mamat ni senang kalau nak minta tolong, ringan tulang kata orang. Boleh buat apa je, asalkan dapat sedikit upah.

Satu hari tu, ayah Mamat menyatakan keinginan nak tengok bandar Kuantan.

" Kita takdok pitih ayoh, tapi gini ah, kita gi naik teksi beca kita."

Si ayah bersetuju saja. Memang mereka miskin, nak beli tiket bas ke Kuantan pun tak cukup duit, lagi pun takkan Mamat nak lepaskan ayahnya yang uzur tu pergi seorang diri. Jadi bagi menampung belanja makan dalam perjalanan, Mamat telah bersiap sedia seadanya. Beras, bawang, minyak, ikan masin, kuali, periuk, tilam, bantal, semua dibawak. Bayangkan jauh jarak perjalanan bandar Terengganu ke Kuantan, kalau naik kereta pun lebih-kurang 4 jam perjalanan. Inikan pula naik beca. Jadi dalam perjalanan tu, kalau jumpa masjid mereka akan bermalam di masjid, kalau tak jumpa tidurlah mereka dua beranak dalam beca tu.

oh ya, terlupa tentang anak isteri yang ditinggalkan. Sepeninggalannya Mamat sempat menitip pesan pada jiran terdekat supaya tolong isterinya apa patut, risau dia sebenarnya...." Mamat nak bawok ayah gi kuantang, mokcik tolong tengok anok bini Mamat deh." pesan Mamat. " Doh mung ni gi nge mende?" tanya sijiran kehairanan. " Mamat bawok teksi beca." Mengucap panjang si jiran.

" Ho doh. takpela, buleh je mokcik tulong tengok, mane buleh tulong, mokcik tulonglah deh." kata-kata si jiran melegakan sedikit kerisauan di hati Mamat.

Akhirnya sampai juga mereka di Kuantan. Puaslah hati si ayah dapat menjenguk bandar Kuantan, gembira pula hati Mamat dapat memenuhi hasrat si ayah.Teringin juga Mamat nak belikan buah tangan buat anak isteri, tapi apakan daya, belanja yang dibawa pun sudah habis juga buat membeli bekalan yang kehabisan. Si ayah pun mungkin faham, tidak diminta apa-apa lagi walaupun sekadar sepasang selipar.  sampailah masa untuk bertolak pulang ke bandar kuala Terengganu..Mamat pun sudah rindu benar pada anak isteri yang ditinggalkan sekian lama. Hampir sebulan juga.

Dah tak jauh pun nak sampai ke bandar Kuala Terengganu. Mamat berhentikan becanya di tepi jalan. Penat benar rasanya mengayuh beca dengan jarak perjalanan yang jauh itu.Peluh menyimbah membasahi rambut dan bajunya. Perut yang lapar tidak dilayan. Hatinya makin tak sabar untuk menatap wajah anak dan isterinya. " Ayoh gi duduk kat stesen, Mamat nok tidur jak, mintok maaf banyok ayoh deh." Sempat Mamat memohon maaf dari ayah. Ayah sekadar mengangguk dan berlalu ke pondok bas berhampiran,  manakala Mamat melelapkan mata di atas beca.

Siapa yang dapat menduga apa ujian Allah yang bakal menimpa. Sebagai hamba kita hanya pasrah..

Hampir setengah jam Mamat terlelap dalam keletihan yang amat sangat. Tanpa menyedari apa pun yang berlaku di sekelilingnya. Si ayah pun tersandar hampir terlelap bila dia mendengar seretan berat tayar lori yang terbabas menghentam beca Mamat...

Melambung beca Mamat, bertaburan segala barang yang ada. Mamat pun melambung dan jatuh betul-betul di hadapan bapanya. Darah merah pekat mengalir dari kepalanya, mulutnya.Kecederaan luarnya tak serius, mungkin cedera dalam akibat hentakan . Bukan kepalang terkejut si ayah, segera dipangku anaknya, sempat diajarnya mengucap, dan Mamat terkulai dalam ratap-tangis bapanya.

Mungkin kerana kesedihan melampau, si isteri mengalami tekanan jiwa. Anaknya makin terabai. Tapi atas inisiatif ketua kampung, mereka diserahkan kepada JKM kerana mereka pun tiada saudara-mara lain. Ayahnya pun dihantar ke JKM.

Bila saya tanya chik saya pasal anak Mamat ni, chik saya pun tak pasti. Tapi mungkin nasibnya tak semalang sibapa, sebab anaknya tak lembam, mungkin dah berjaya, siapa tau kan. Allah tu kan maha Adil, diujinya kita dengan kesusahan supaya kita mendapat pahala sabar, dan diuji kita dengan kejayaan dan kesenangan supaya kita dapat pula bersyukur...

Tapi bandar Kuala Terengganu pun dah maju sekarang, kalau jalan malam-malam, hati tak puas menikmati keindahan lampu lip-lap, lip-lap berwarna-warni, tempat peranginan yang indah, bandarnya makin sibuk, dah susah nak jumpa beca roda tiga, dah jadi nostalgia. Dulu masa saya masih bersekolah menengah di sana, senang lagi nak jumpa, orang yang bawak beca ni semuanya dah tua, kalau saya naik, saya bagi lebih tambang, sebab kesian.

Tak lupa salam ukhwah buat teman alamaya terbaru dari http://thismontanablog.blogspot.com/, semoga kita saling memberi manfaat.

24 Jun 2014

Gosok telekung...? Rajinnya.

Kisah ni dah lama sebenarnya. Saya coretkan di sini sebab saya selalu teringat-ingat bila setiap kali menggosok baju suami..

Saya berkunjung ke rumah seorang sahabat baik saya. Kehidupannya sangat sederhana. Suaminya seorang 'pak guard' dan dia waktu itu mengambil upah mengurut. Saya suka mengurut dengannya sebab dia akan urut betul-betul, sakit betul..tapi saya serasi dan saya suka. Kalau takat-takat urut-urut, picit-picit biasa tu, lega sekejap je, pastu sakit balik, buat habis duit je. 

Suatu ketika, sebelum dia ambil upah mengurut dan suaminya takde kerja tetap, kehidupan mereka memang susah. Pernah diceritakan, yang ada kat rumah cuma beras, minyak, garam dan bawang. Setiap hari cuma mampu buat nasi goreng, tapi setiap kali dia memasak dia minta dengan Allah agar apa yang dimasaknya menjadi berkat untuk anak-anaknya belajar. Anaknya waktu tu 2 orang. Tapi saya nampak memang berkat doa seorang ibu, dua orang anaknya ni memang bijak, yang sulung tahun lepas llulus SPM dengan cemerlang hingga ditawarkan melanjutkan pelajaran ke German, tapi dia memilih untuk sambung belajar di IPT dalam Malaysia je. Anak yang kedua tahun ni SPM di Sek.Men Sains Negeri Sembilan. Sekarang anaknya 4 orang, yang 2 lagi ni masih bersekolah rendah.

Apa yang buat saya kagum lagi dengan sahabat saya ni, dia sangat lemah-lembut dengan anak-anaknya, berbanding sayalah, sabarnya dia dengan anak-anaknya. Di rumahnya ada bela kucing juga, dengan kucing pun dia bercakap lembut, macam bercakap dengan anak-anaknya...

Saya dah jauh lari ni...

Saya nak ceritakan yang ni. Suatu hari saya berkunjung ke rumahnya untuk berurut lagi. Masuk waktu Asar, saya nak pinjam telekung sahabat saya ni sebab saya tak bawak telekung. Dengan suara dan wajah yang penuh serba-salah dia minta maaf. Katanya dia belum sempat gosok telekung tu. Haaa...gosok telekung...? Dihulurkan sebotol minyak wangi. Minyak wangi biasalah, memang selalu saya guna untuk solat. Tapi gosok telekung, serius..saya tak pernah gosok telekung. Sehabis solat saya bertanya penuh kebodohan, " kenapa gosok telekung?"

" Yela, kita ni nak ke mane-mane, siap gosok baju cantik-cantik, wangi-wangi. Ni kita nak mengadap Raja segala raja, mestilah lagi nak cantik, kemas, wangi..."

Saya sangat tersentuh dengan jawaban itu. Betul sangat. Mursyid saya dulu selalu menyebutkan kita ni sepatutnya kalau nak mengadap Allah tu, sepatutnya mesti lagi cantik, wangi, kemas, bersih, bersiap-sedia lahir batin, setengah jam sebelum masuk waktu dah siap menunggu di sejadah. Ni kita tak camtu, kita kalau nak jumpa orang bukan main lagi bercantik-cantik, berhias-hias, berwangi-wangi, nak mengadap Allah selekeh je. Telekung pun basuh sebulan sekali, bertahi lalat, hapak..Macam tu ke adab seorang hamba terhadap Tuhannya. 

Saya yang lupa sebenarnya. Tapi telekung saya takdelah sampai berbau, cuma takdelah sampai teringat nak menggosoknya. Terfikir-fikir, merenung-renung, malu rasanya, baju melayu yang suami buat solat pun saya tak pernah gosok. Jadi bila teringat saya gosok semua sekali baju kerja suami dan baju melayu solatnya. Dan sapukan secalit minyak wangi....

Kawan-kawan lain tak macam saya kot....

Oh ye, nak ucapkan selamat datang dan selamat berukhwah buat Sal Bee Yah dan Syahmie, semoga jalinan ukhwah kita kekal hingga ke jannah.

22 Jun 2014

Masya Allah- apa yang dah kita makan

21 Jun 2014

berjimat cara saya

Kot adalah yang boleh diikut. Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tak berapa hari je lagi. Macam saya, dengan anak seramai 5 orang ( yang ada di rumah sekarang 3 orang ) memang tak dapat apa kalau bawak setakat rm30 shopping kat Bazar Ramadhan. Keluarga sederhana macam saya ni, rm30 tu kalau beli lauk mentah boleh masak sekali untuk sahur. Orang berduit tak kesahla kan, rm30 tu cam rm3 je kot.

Saya jarang sangat membeli kat Bazar Ramadhan. Kalau pegi tu sebab nak cari murtabak, larling saya sukala sangat makan murtabak masa berbuka. Nak kena belajar ni.^^

Saya dah mula kumpul jus sunquick. Sepanjang Ramadhan itulah minuman kami semasa berbuka. Malas nak bancuh-bancuh gula, siap masak air gula, sesekali untuk bancuh air bandung. Takyah nak beli air kat Bazar Ramadhan. Kat rumah guna air bertapis, kat Bazar Ramadhan belum tentu guna air yang dimasak...Opsss..ada satu yang penting nak saya kongsikan, kepada penggemar ait tebu, berhati-hati yek, sebab tebu ni biasanya tak disimpan dengan sempurna, takut kena kencing tikus....

Kalau kuih-kuih tu, cukupla takat cekodok pisang, sesekali goreng nuget, bubur jagung, pengat pisang, oh ye...nak buat dadih, anak-anak suka dadih, sesuai jugak rasanya buat juadah berbuka, buat banyak-banyak untuk 3, 4 hari, senang, jimat..

Tak lupa nak buat home made ais krim, pun kesukaan anak-anak.

Anak-anak ni suka tengok macam-macam makanan terhidang atas meja. Tapi saya biasanya masak lauk 2 atau 3 jenis je, masak lebih untuk sahur sekali. Pastu adala buah, kurma ( wajib ada bulan puasa ni ), kuih-kuih sikit.

Kita ni mak-mak biasanya cuba masak apa yang anak-anak dan suami suka makan, tapi Alhamdulillah..larling saya tak cerewet, senang je nak bagi dia makan. Anak-anak pun takelah memilih sangat, cuma diorang tak suka makan sayur.

Hmmmm..ada ke kawan-kawan lain yang dah start merancang juadah berbuka secara berjimat-cermat macam saya. Mesti ada kan. Yelah..kita taknak ada pembaziran pulak di bulan yang berkat ni kan. Lepas puasa kang sakan pulak nak raya yerr, eshhhh..takdelah..raya pun sederhana je bagi keluarga saya. Yang kita nak cari hanyalah rahmat dan kasih-sayang Allah sahaja.

19 Jun 2014

antara WANITA CANTIK dengan WANITA BERAKHLAK

Perempuan cantik tapi berakhlak jahat, derhaka pada suami, adalah ibarat bunga raya, cantik tetapi harumnya tiada. sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat Allah, taat suami..ibarat bunga cempaka..tidak cantik tetapi harum baunya.

Antara bunga raya dan bunga cempaka, bunga cempaka lebih diminati. Sebab itu kita boleh jumpa bunga cempaka dijual dan dipakai. Tapi bunga raya tidak dijual dan tidak dipakai.

Keutamaan wanita samada cantik atau tidak cantik adalah pada akhlaknya, taqwanya dan taatnya pada suami. Bagi yang belum berkahwin lihatlah kebaktiannya terhadap kedua ibubapanya.

Wanita cantik tidak berakhlak dan tidak taat adalah menyakitkan hati suami walaupun sedap mata memandang. Perempuan tidak cantik pula kalau tidak berakhlak dan tidak taat, menyakitkan hati dan menyakitkan mata. 

Sebab itu usah bangga dengan rupa yang cantik dan usah risau sangat rupa paras yang tidak cantik. Tetapi berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang bertaqwa, beraklak mulia dan taat pada suami.

Kalau ini ada, percayalah...Allah akan sayang, suami sayang dan semua manusia sayang. Bukankah ini yang menjadi idaman setiap wanita.....?


Saya tak boleh nak fikir bunga apa yang sesuai nak diibaratkan bagi perempuan cantik tidak berakhlak tu, bunga apa ye, selain bunga raya..yang cantik tapi tak berbau, kalau kawan-kawan tau bolehla share ye..

16 Jun 2014

Ada masalah nak latih anak berpuasa?

Lagi dua hari je puasa yang nak diganti, dulu awal-awal semangat je buat ganti isnin, khamis, tinggal dua hari tu, dalam hati kata, rileks la..takyah risau-risau, sempatnya. Amboi..yakinnya, macam la Izrail tu boleh tangguh-tangguh nak cabut nyawa awak...

Kawan-kawan ada masalah tak nak suruh anak-anak berpuasa? Tentu ada juga kan, anak saya Nadhrah Hannani awal-awal dah cakap..." tak makan boleh tahan lagi ibu, takut dahaga.." Betul juga kan, tambahan lagi sekarang ni tengah musim panas semula. Saya pun risau juga sebenarnya. Cuma lega sikit bulan puasa biasanya jadual waktu belajar dipendekkan, so..takla lewat sangat anak-anak balik. Mudah-mudahan Allah permudahkan, aminnn..

Camane yek kawan-kawan latih anak berpuasa? Saya dulu seawal umur 5 tahun saya dah latih diorang puasa. Masa tu saya tengah running bisnes tadika dan taska. Anak-anak tadika yang stayback saya latih puasa setengah hari. Minggu pertama puasa sampai pukul 2, pastu berbuka. Minggu ketiga dan seterusnya tambah lagi masa. Hadiahnya masa berbuka tu disediakan juadah yang lebih istimewa dari hari-hari biasa. Seronok diorang tunggu waktu berbuka. Ada yang semangat nak berpuasa hingga sampai waktu berbuka, saya bekalkan sedikit juadah untuk dibawa balik, tambah seronok diorang, parents plak sporting, petang-petang ada je buah tangan untuk saya sekeluarga yang saya kongsikan juga bersama para staf tadika/taska saya.

Bila dah terbiasa macam tu, dengan anak-anak pun saya buat camtu. Saya tak janjikan duit atau hadiah kalau mereka habis berpuasa, saya cuma janjikan juadah yang lebih istimewa dari hari-hari biasa. Tapi takdela sampai membazir.Selalunya memang tak membazir. Anak-anak saya suka terus berbuka dengan nasi. Kemudian pegi tarawih, balik tarawih sambungla makan dengan kuih ke, bubur ke..

Macam tu jugak kalau diorang berjaya puasa sebulan, saya tak biasakan dengan duit atau hadiah. Kalau saya bagi duit pun saya tak sebutkan itu sebagai ganjaran berpuasa. Anak-anak saya memang seronok berpuasa, bila berpuasa dapat tunggu waktu berbuka sama-sama, kemudian tarawih di surau, malam-malam di bulan puasa meriah la sangat. Tu yang tambah buatkan mereka seronok berpuasa.

Lain orang lain caranya kan. Takde salahnya kalau nak bagi duit atau hadiah, cuma pada saya jangan sampai anak-anak berpuasa kerana nak dapatkan ganjaran hadiah atau duit semata....

18sx dari Umar Zikri.

Anak-anak saya lima orang, empat orang membesar tanpa saya sempat mengikuti perkembangan, mahupun tanpa dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Selama 10 tahun saya sibuk menguruskan bisnes tadika dan tadika saya, dengan bermacam hal yang nak difikir dan disettlekan. Saya ajar mereka berdikari sebab saya tak guna khidmat pembantu rumah pun. Kemudian kami memutuskan untuk tinggal juga di rumah sendiri kat Semenyih, rumah ni masa tu dah beli dari tahun 2002, kami duduk hujung tahun 2011. Setahun sebelum pindah tu saya jual bisnes tu kat sorang kawan.  Tak larat nak mantain jauh-jauh ni.

Jauhnya saya melalut..

Xceli, nak cerita ni je..

Si Umar Zikri ni, si bungsu nilah yang saya dapat ikut perkembangan dia dari kecil, camane bila kami solat berjemaah dia akan ikut sejak umur dia 2 tahun lagi. masa tu dia tak pandai kacau lagi. sekarang ni suka kacau terutama kalau abangnya Iman dan kakaknya Ibi solat. Masa tu dia akan cuba lipat sejadah, cuba bawak dan simpan dalam bilik, bila lipatan sejadah tu terbarai, dia cuba lipat balik, tak dapat lipat, dia suruh abah atau ibu yang lipat, terbarai lagi, lipat lagi, sampai menangis-nangis sebab tak dapat letak sejadah tu dengan cantik tersusun.

masa umur dia empat tahun dia suka tanya camni.. camane ikan tidur, camane kuda tidur, kenape ikan tak lemas dalam air dan banyak lagi yang saya tak berape ingat dah.

Sekarang ni nak tau dia tanya apa...

" Ibu, kenape  't....k' orang pempuan besar?"
" Sebab orang perempuan nanti ada anak, dia kena bagi susu kat anak dia."
" Ooo, ada susu 'eee' dalam 't....k' die..?

Suatu hari yang lain dia tanya camni plak..

" Ibu, kenape 'p........g' orang pemepuan besar?"
" Sebab orang perempuan ramai anak." ...sebenarnya saya tak tau nak jawab camane..tapi nak marah pun tak boleh..
" Tapi orang perempuan bukannya mengandung kat 'p.......g'"  hu hu..saya takleh nak jawab dah.

Dan yang ni yang terbaru. Kakak dia Ibi marah dia supaya jangan makan coklat dari goody bag kenduri sebab saya belum sempat makan lagi. Masa ni dalam kereta otw nak balik rumah dah.
" Baby, jangan makan lagi, ibu belum makan lagi, kalau makan siap ye.."
" BB memang dah siap la, ada kepala, ada mata, ada mulut, ada tangan, ada rambut, ada gigi, ada lidah, ada kaki, ada 'k....e', ....

Adusss..abah yang jarang nak gelak pun boleh tergelak.
Anak-anakku, permata hatiku, moga dewasamu membagiakan
ibu dengan akhlak mulia, menjadi insan soleh dan solehah.

14 Jun 2014

30 persiapan menyambut Ramadhan.

Dalam dua minggu lagi, In Shaa Allah, umat islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut kedatangan bulan yang sangat-sangat dinantikan, bulan penuh barakah, penuh rahmat, penuh pahala yang dilipat-gandakan, tapi tak wajar rasanya bagi kita kalau Ramadhan ini kita sambut untuk mengaut fadhilatnya semata-mata, sebaiknya kita raikan Ramadhan ini dengan penuh rasa kehambaan, bersyukur kepadaNya kerana diizinkan kita menyambut Ramadhan setahun lagi, agar bertambah rasa taqwa kita, tambah tawadhuk, tambah cinta kepadaNya, tambah rasa bersyukur yang akan terus mendorong kita ke arah kebaikan, In shaa Allah.

Semalam saya sempat dengar satu ceramah di IKIM yang menyebut antaranya...marilah kita sama-sama raikan ramadhan seolah-olah kita tiada ilmu tentangnya, dan kita buka kembali, cari, gali kembali ilmu-ilmu tentang Ramadhan, jadi jom kita.....

1)    Segera bertaubat dari semua dosa dengan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, meninggalkan perbuatan dosa tersebut, dan bertekad untuk tidak akan mengulanginya kembali pada masa yang akan datang.

2)     Bertaubat atas kelalaian kita menghayati Ramadhan yang lalu. Kita akui kita gagal dalam membesarkan Ramadhan sedangkan ianya adalah ‘hadiah’ Allah untuk mendorong kita memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan amal taqwa. Menyesallah atas kesilapan kita di tahun-tahun sebelum ini dan berazamlah dengan sebenar-benar azam pada tahun ini.

3)    Memperbanyak doa agar diberi umur panjang sehingga dapat bertemu bulan Ramadhan. Cemaskan hati kita takut-takut Allah tidak izinkan kita menyambut Ramadhan pada tahun ini. Jika itu berlaku habislah peluang kita mendapatkan kelebihan Ramadhan yang begitu banyak daripada Allah SWT.

4)    Memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban agar terbiasa secara jasmani dan rohani. Ada beberapa cara puasa sunat yang dianjurkan di bulan Sya’ban, iaitu: Puasa Isnin-Khamis setiap minggu ditambah puasa tiga hari (13,14 dan 15 Sya’ban) atau puasa Daud (selang sehari) atau puasa sepanjang Sya’ban.

5)    Mengakrabkan diri dengan Al-Qur’an dengan cara membaca Al-Quran secara istiqamah ditambah membaca tafsir atau terjemahan demi melakukan tadabbur terhadap isi Al-Qur’an. Amalan membaca Al-Quran sangat dituntut kerana Al-Quran akan menerangi rumah kita di dunia dan menerangi kehidupan kita di alam barzakh.

6)    Meresapi kelazatan solat malam dengan melakukan sekurang-kurangnya dua rakaat tahajud dan tiga rakaat witir di akhir malam.
 
7)    Meresapi kelazatan zikrullah dengan menjaga zikir setelah solat dan mengingati Allah sepanjang masa di waktu pagi dan petang, di waktu siang dan  malam.

8)    Mempelajari hukum-hukum fekah puasa Ramadhan secara lengkap, samada dengan mengikuti kuliah-kuliah pengajian atau dengan membaca bab puasa dalam kitab-kitab agama terutama mengenai persoalan Fardhu Ain.

9)    Mempelajari rahsia-rahsia, hikmah-hikmah, dan amalan-amalan yang dianjurkan atau harus dilaksanakan di bulan Ramadhan, dengan membaca buku-buku yang membahas hal itu. 

10)  Mendekati para ulamak dan ahli agama yang beramal dengan ilmu, yang ikhlas dalam menyebarkan ajaran Al-Quran. Carilah ulamak yang dalam diri dan keluarganya ada ciri-ciri yang boleh kita ikuti dan contohi. Mendekati mereka mendapat pertunjuk. Ilmu yang diajarinya adalah ilmu yang diberkati. Insya Allah kita akan mudah mengamalkan ilmu yang diajarkannya.

11)   Mempelajari buku-buku mengenai akhlak dan sejarah Rasulullah SAW dan salafus soleh yang membantu menyiapkan jiwa untuk menyambut bulan Ramadhan.

12)   Mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an sebagai persiapan bacaan dalam solat Tarawikh, baik bagi calon imam maupun orang yang solat tarawih sendirian di akhir malam.

13)   Menyiapkan anak-anak dan isteri-isteri untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan mengingatkan para isteri untuk mengqada puasa. Menjelaskan hukum-hakam berkaitan fardhu puasa kepada mereka dan mengajak mereka untuk terus mendekatkan diri dengan Allah SWT.

14)   Membiasakan ahli keluarga untuk menjaga solat lima waktu, solat-solat sunnat dan solat malam (tahajud dan witir) dan membaca Al-Qur’an.

15)   Mengawal ahli keluarga agar tidak melakukan hal-hal yang melalaikan hati mereka seperti menonton TV, berada di pusat-pusat membeli belah, mendengar muzik yang melalaikan dan kegiatan-kegiatan lain yang tidak membawa manfaat di akhirat.
 
16)   Berusaha membanyakkan sedekah di bulan ini dan bulan Ramadhan. Bayarlah zakat fitrah sebaik masuk bulan Ramadhan untuk memudahkan agihannya kepada pihak yang memerlukan sebelum tibanya hari raya.
 
17)   Berusaha menghiburkan anak-anak yatim, fakir miskin, janda-janda, warga emas, para pelajar agama dan para guru agama (yang ikhlas tidak mengambil upah) dengan mengambil berat keperluan mereka. Jika perlu, hiburkann hati mereka supaya dekat dengan Allah - berilah tarbiyah, nasihat dan peringatan, berilah juga kasih sayang, bantulah makan minum, pakaian, kemudahan-kemudahan yang bersesuaian dan apa jua persiapan untuk mereka berhari raya.

18)   Berazam untuk membuka lembaran hidup baru kita dengan Allah SWT iaitu sebuah lembaran putih yang penuh dengan amal ketaatan dan bertekad untuk tidak lagi terjebak dengan perbuatan yang keji dan maksiat. Jadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dalam hidup kita.

19)   Memastikan hari-hari kita di bulan Ramadhan adalah hari-hari yang penuh dengan  terbinanya pelbagai rasa hamba - tidak seperti hari-hari kebiasaan kita di bulan lain yang penuh dengan kesombongan, kelalaian dan kemaksiatan. Ramadhan sepatutnya sangat membantu wujudnya rasa hamba di dalam hati kerana lapar dahaga itu adalah situasi biasa orang-orang susah, fakir dan hina. Jadilah hamba sehina-hina hamba di sisi Allah dengan merasakan tidak layaknya kita berlaku sombong selama ini. Hamba Allah tetaplah hina walaupun menjadi raja di atas muka bumi. Menjadi hamba itulah kemuliaan di sisi Allah. Sombong dan takabbur itulah kehinaan dan sebesar-besar kejahatan di sisi Allah.

20)   Meramaikan masjid dengan melakukan solat lima waktu secara berjama’ah di masjid terdekat dan menghidupkan ibadah-ibadah sunnat yang telah lama kita tinggalkan seperti: bertahan di masjid selepas solat Fardhu Subuh sampai terbitnya matahari untuk berzikir, iktikaf, sembahyang sunat Isyrak, Dhuha, tilawah Al-Qur’an dan sebagainya.

21)   Berusaha untuk hadir di masjid sebelum azan dikumandangkan. Maksudnya hendaklah bersegera ke masjid untuk mendapatkan saf awal; menunggu masuknya waktu dengan mengerjakan solat sunnat dan niat iktikaf dan lain-lain.

21)   Membersihkan puasa dari hal-hal yang merosakkan pahalanya, seperti bertengkar, senda gurau dan perbuatan-perbuatan yang melalaikan yang sekadar untuk mengisi waktu tanpa membawa manfaat akhirat sedikit pun (main ‘game’, menonton rancangan tv yang melalaikan, main catur dan lain-lain).

22)   Menjaga dan membiasakan diri dengan sifat mahmudah (terpuji) seperti sikap lapang dada, bertolak ansur, bekerjasama, bertolong bantu, penyabar, pemaaf dan sebagainya.

23)   Beramal soleh di bulan Ramadhan dan membanyakkan azam. Seperti; berazam untuk bertaubat, azam membuka lembaran hidup baru dengan Allah, azam memperbaiki akhlak, azam untuk berpuasa ikhlas karena Allah semata-mata, azam hendak mengkhatamkan Al-Qur’an, azam ingin solat tarawikh dengan penuh dan witir, azam membanyakkan amalan sunat, azam mencari ilmu, berazam membantu dan menolong sesama muslim yang memerlukan, azam memperjuangkan agama Allah dan lain-lain.
 

24)   Mengekang hawa nafsu dari kebiasaan-kebiasaan buruk dan keinginan hidup mewah, boros, kikir, dan hanya tertumpu untuk menikmati makanan-minuman yang lazat ketika berbuka dan sahur atau menyiapkan pakaian untuk berhari raya dan sebagainya

25)   Membiasakan lisan untuk mengatakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat; mencegahnya dari mengucapkan perkataan-perkataan keji, maksiat, mengumpat, mengadu domba dan perkataan-perkataan yang membawa kecelakaan di akhirat

26)   Mencegah hawa nafsu dari keinginan untuk melampiaskan kemarahan, kesombongan, penghinaan sesama manusia, kemaksiatan dan kezaliman

27)   Membiasakan diri untuk hidup sederhana, tenang, sabar dan redha dengan segala kesusahan dan kesulitan yang ditimpakan Allah.

28)   Berusaha meninggalkan budaya kehidupan yang melalaikan selama ini.

29)   Melakukan muhasabah / koreksi diri secara berterusan agar diri terus dapat diperbaiki terutama dari sudut amal ibadah, penghayatan rasa hati dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW

30)   Berusaha untuk berkasih sayang dengan saudara seagama tanpa mengira latar belakang dan darjat keturunan atau pangkat kebesaran. Juga berusaha membaiki hubungan sesama muslim. Jika renggang hendaklah dieratkan. Jika bermasalah hendaklah diselesaikan. Jika bermasam muka mestilah segera bermaaf-maafan. Mulakan hidup baru yang bebas dari ‘virus’ kebencian atau ketidaksenangan hati sesama muslim.

Wallahu a’lam

http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2014/06/syaban-bulan-latihan-bertemu-ramadhan.html

12 Jun 2014

Bacalah-keluhan hati seorang suami.

Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?” keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
“Bukan aku tidak cinta, tetapi tolonglah berhias diri,”tambahnya lagi.
“Mengapa? Teruji sangatkah?”
“Apa tidaknya… di pejabat aku berdepan dengan berbagai-bagai wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian.”
“Kau menjaga pandangan?”
“Bukan sahaja pandangan tetapi penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tidak tahu.”
“Ya, Iman kita sering teruji,” balas saya, seakan-akan menumpang keluhannya.
“Yang aku hairan tu, isteri aku ni bukan tidak cantik, cantik. Tapi entahlah, sekarang ni semakin hilang moodnya untuk menjaga diri.”
“Kita dah semakin berusia. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini,” pujuk saya untuk meredakannya.
“Tetapi itu bukan alasan untuk dia tidak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian itu.”
Saya senyum. ‘Bantuan’ yang dimaksudkannya membawa pelbagai tafsiran.
“Kau yang mesti mulakan dulu, insya-Allah isteri akan mengikut nanti,” cadang saya.
“Ya, aku dah mulakan. Mudah-mudahan dia dapat ‘signal’ tu…”
“Amin.”

Saya termenung memikirkan ’masalah kecil’ yang kekadang boleh mencetuskan masalah besar itu. Sepanjang pergaulan saya telah ramai suami yang saya temui mengeluh tentang sikap isteri yang malas berhias.

“Apa guna, kita dah tua.”
“Alah, awak ni tumpu ibadat lah.”
“Dah tua buat cara tua.”

Itulah antara alasan yang kerap kita dengar daripada para isteri. Ramai suami yang baik, tidak memilih jalan singkat dan jahat untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan perempuan simpanan, pelacuran dan sebagainya. Ada juga yang ingin mencari jalan baik ( seperti poligami) tetapi tidak berapa berani berdepan dengan isteri. Ada juga yang terus memendam rasa seperti sahabat rapat saya itu.

“Tak berani poligami?” Dia menggeleng kepala.
“Tak ada calon ke?” saya mengusik lagi.
“Ramai…”

Memang saya lihat pada usia awal 40-an dia tambah segak dan bergaya.
“Habis kenapa?” Dia diam. Saya renung wajah sahabat saya yang begitu akrab sejak dahulu. Dia memang lelaki baik, berakhlak dan begitu rapi menjaga ibadah-ibadah khusus dan sunat.

“Aku sayang isteri aku. Sangat sayang. Aku tidak mahu hatinya terguris atau tercalar. Aku kenal dia. Walaupun mungkin dia tidak memberontak, tetapi kalau aku berpoligami dia pasti terluka.”
“Kau sudah berterus terang dengannya?”
“Tentang apa, tentang poligami?”
“Bukanlah. Tapi tentang sikapnya yang malas berhias dan bersolek tu?”
“Aku takut melukakannya.”
“Tak mengapalah kalau begitu, biar kau terluka, jangan dia terluka,” saya berkata dengan nada sinis.

Dia faham maksud saya. “Aku sedang mencari jalan berterus-terang,” dia mengaku juga akhirnya. “Tak payah susah-susah. Katakan padanya dia cantik, tetapi kalau berhias lebih cantik…”
“Lagi?”
“Katakan kepadanya, berhias itu ibadah bagi seorang isteri. Jadi, bila kita yakin berhias itu ibadah, tak kiralah dia telah tua ke atau masih muda, cantik atau buruk, dia kena berhias. Dapat pahala, walaupun tak jadi cantik, atau tak jadi muda semua,” saya senyum.

Kemudian ketawa. Pada masa yang sama saya teringat apa yang dipaparkan oleh media massa bagaimana ‘ayam-ayam’ tua (pelacur-pelacur tua) yang terus cuba menghias diri untuk menarik pelanggan-pelanggan mereka. Mereka ini berhias untuk membuat dosa. Lalu apa salahnya isteri-isteri yang sudah berusia terus berhias bagi menarik hati suami mereka, berhias untuk mendapat pahala? Salahkah?

Mencari kecantikan isteri, bukan isteri yang cantik 
“Kita para suami pun banyak juga salahnya,” kata saya.
“Kita tak berhias?”
“Itu satu daripadanya. Tapi ada yang lebih salah daripada itu,” tambah saya lagi.
“Salah bagaimana?”
“Salah kita kerana kita masih mencari isteri yang cantik bukan kecantikan isteri!” 
“Dalam makna kata-kata kau tu…”
“Tak juga. Sepatutnya, pada usia-usia begini fokus kita lebih kepada kecantikan isteri. Di mana kecantikan sejati mereka selama ini.”
“Pada aku tak susah. Pada hati mereka. Pada jasa dan budi yang selama ini dicurahkan untuk kita demi membina sebuah keluarga.”
“Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”
“Kau telah luahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Itulah yang aku maksudkan tadi, aku tak sanggup berpoligami kerana terlalu kasihkannya.”
“Kasih ke kasihan?” saya menguji.
“Kasihan tak bertahan lama. Tetapi aku bertahan bertahun-tahun. Aku kasih, bukan kasihan.”
Tongkat ‘muhasabah diri’ vs tongkat Ali
“Relaks, aku bergurau. Tetapi ada benarnya kalau isteri katakan bahawa kita telah tua.”
“Maksud kau?”
“Bila kita sedar kita telah tua, kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah! Bukan masanya untuk berlalai-lalai lagi.”
” Ya, aku teringat kisah Imam Safie. Ketika usianya mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa? Kau tahu apa jawabnya?”

Saya diam. “Beliau berkata, aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah di penghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.”

Saya diam. Terus termenung. Imam Safie, tak silap saya wafat pada usia awal 50-an. Tepat sungguh firasatnya. Insya-Allah, jalannya menuju Allah sentiasa diredhai. “Kalau kita seserius Imam Safie, insya-Allah, kita boleh hadapi masalah isteri tidak berhias ini. Kita akan cari kecantikannya yang abadi untuk sama-sama memecut jalan menuju Ilahi…” tegas sahabat saya itu.

“Kita tidak akan lagi diganggu-gugat oleh godaan kecantikan dari luar yang menguji Iman. Kita juga tidak akan dikecewakan oleh pudarnya satu kecantikan dari dalam yang mengganggu kesetiaan.”
“Ya, kalau kita baik, isteri pun akan baik. Bila hati baik, kita akan cantik selama-lamanya!”


http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

Sabar Dengan Kerenahnya... ( Buat para suami )

Tidak semua lelaki memperolehi isteri yang benar-benar sesuai dengan jiwa dan peribadinya. Ada yang dapat isteri taat, pandai mengurus rumahtangga, mendengar kata, senag ditegur dan kuat beragama. Namun ada yang diuji dengan isteri yang cerewet, suka melawan, degil, suka memerintah dan tidak taat beragama.

Baik atau tidak nialain seorang isteri itu terletak pada sejauh mana ketaatannya pada Allah dan suami. Firman Allah:
" Wanita yang solehah ialah yang taat kepada suami, menjaga kehormatan pada waktu suami tidak ada di rumah, sebagaimana Allah telah memelihara dirinya."

*  Seorang suami hendaklah sentiasa menjaga dan memelihara perhubungan baik dengan isterinya. Firman Allah:
" Dan bergaullah dengan mereka secara patut."
                                                                                  ( An Nisa- 19 )

Apa yang dimaksudkan bergaul secara patut ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakiti fizikal, mental atau perasaan mereka, dan juga menanggung segala kesusahan yang ditimpakan oleh mereka.
           Rasulullah bersabda:
" Barang siapa yangbersabar atas akhlak buruk isterinya,dianugerahkan pahala seumpama yang dianugerahkan kepada Nabi Ayub as."

*  Rasulullah juga selalu memperingatkan umatnya agar menjaga dan mendidik kaum wanita mereka dengan betul. Dalam khutbahnya semasa haji wada' Baginda bersabda:
    " Kaum wanita adalah makhluk yang lemah di sampingmu, mereka tidak berkuasa. Kamu telah ambil mereka dengan suatu amanah daripada Allah, Dan telah dihalalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah."

*  Suami hendaklah sentiasa bersabar dengan kerenah isteri akibat kerendahan akal mereka. Dan inilah sikap yang diambil oleh para Rasul, nabi dan sahabat terhadap isteri masing-masing.
Selain dari Nabi Ayub, nabi Yunus juga mempunyai isteri yang selalu menyakiti dan memaki hamun Baginda. Apabila hal ini ditanyakan oleh kaumnya, baginda bersabda;
" Janganlah kamu hairan, kerana aku telah bermohon kepada Allah dengan berkata, ' Janganlah Engkau seksa aku di Akhirat, tetapi segerakanlah ia semasa di dunia ini lagi.

Lalu Allah berfirman:

" Sesungguhnya seksaan untukmu ialah anak gadis si anu yang akan menjadi isterimu."
( Masya Allah...malunya bila disamakan kerenah jahat seorang isteri sama dengan seksaan di Akhirat, saya takutttt...kalau saya tergolong di dalam isteri yang banyak kerenah, yang sangat menyusahkan suami....)

*  Dalam menghadapi kerenah dan kesusahan daripada isteri masing-masing, suami hendaklah berusaha melembutkan hati isteri dengan bergurau senda, memuji-muji dan bermain-main dengannya. Rasulullah juga bergurau dan berhibur dengan para isteri baginda sesuai dengan tafraf fikiran mereka. Baginda bersabda:

" Orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah yang paling berakhlak dan lemah-lembut dengan isterinya."
( Riwayat At Tarmizi dan An Nasai daripada Abu Hurairah )

suami yang ideal hanya Rasulullah- ihsan google


11 Jun 2014

Jadilah orang yang dicintai Allah.

  Telah  mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Mutsanna dia berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad dia berkata; telah menceritakan kepada Syu'bah Dari Qatadah dia berkata; aku mendengar Anas menceritakan dari Ubadah, dari Nabi SAW bersabda: " Barangsiapa senang berjumpa dengan Allah,Allah pun senang berjumpa dengannya dan barangsiapa yang benci berjumpa dengan Allah, Allah pun benci berjumpa dengannya."

Hadis  riwayat An Nasa'i.

Perbaikilah solat kita.

10 Jun 2014

Mahu ku buang sedih ini jauh-jauh...

Kakak, ibu masih dalam mood sedih sebab kakak dah balik asrama. Rasa kejap sangat kakak kat rumah. Ibu tak puas lagi nak marah, gurau, borak-borak dengan kakak sambil kakak tolong ibu masak. Rasa macam taknak bagi kakak balik asrama. Ibu nak nangis ni...

Ibu nak ucapkan terimakasih sebab kakak rajin tolong make-upkan blog ibu. Ibu ni bukan pandai sangat. Kakak cakap, " ibu explore je.." tapi terus-terang ibu tak berani, takut tak jadi, nanti janggal kawan-kawan blogger ibu tengok. Jadi ibu lebih rela tunggu kakak balik, baru ibu berani ubah apa patut kat blog ibu nih, terimakasih tau...

Kakak makanlah ubat homopati yang kita amik aritu sampai habis yea. Kakak dengar kan apa yang Doktor Hasan 'baca' bila tengok tangan kakak. Jangan culas makan ubat tu. Ibu doakan sungguh-sungguh supaya Allah sembuhkan penyakit kakak.

Malam tadi ( malam kakak balik asrama ) Nadhrah nangis sungguh-sungguh kat dalam bilik. Sedih sangat dia bila kakak dah balik asrama.

Ibu tulis ni bukan nak bagi kakak sedih atau lemah jiwa, cuma sebagai luahan rasa seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan anaknya. Tengok blog kakak pun ibu jadi sedih...

Kadang-kadang fikiran ibu melayang jauh, fikir lepas SPM ni tentu kakak akan pergi jauh juga, untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan, rasa macam sekejap benar kakak dah nak melangkah ke alam dewasa dan tinggalkan ibu. Tapi ibu akur...kakak ada masa depan yang harus diperjuangkan.

Dan harapan ibu yang benar-benar tulus, walau di mana jua kakak berada JANGAN lupakan ALLAH dan RASUL, peganglah dua ini dengan sesungguh hati, tanpa berbelah-bagi. Tiada makna yang indah jika kakak berjaya tanpa berpegang teguh kepada yang haq ini.

Ingat sungguh-sungguh dalam hati kakak.

9 Jun 2014

Adat vs syara'

Ubat kencing manis

Saya suka berborak dengan orang tua. Mereka biasanya tak sombong. Lagipun orang tua biasanya banyak Ilmu dan petua, In shaa Allah dapat kalau pandai korek.
Duduk-duduk sementara menunggu suami datang sehabis shopping barang dapur minggu ni, saya sempat berborak dengan sorang makcik. Tapi saya penyakitnya selalu terlupa tanya nama bila borak dengan orang
.
Macam-macam cerita makcik ni, slang campur-campur Kedah, Penang, Terengganu, sebabnya makcik ni lahir kat Penang, besar kat Kedah pastu kawen dengan orang Terengganu, duduk Terengganu lebih kurang 20 tahun,...ooo...padanlah.

Makcik cerita dia ada kencing manis, mata kataraks, doktor tak bagi buat operation. Tapi kencing manis dia terkawal..ubatnya..dia minum air rebusan bendi. Kalau luka takla melarat, kata makcik.

Satu lagi amalkan makan buah belimbing, elok untuk kencing manis dan darah tinggi. Tapi kalau ada sakit buah pinggang jangan amalkan makan belimbing ni. Pantang.

Tu la ilmu yang saya dapat, saya coretkan di sini, mana tau satu hari di hari-hari tua saya nanti ( ingat sakit, ingat mati..isk, isk ) saya diuji dengan sakit kencing manis ni, saya boleh amalkan petua ni.


8 Jun 2014

cerita kosong, cerita berisi...

pukul 4 pagi, dah takleh tidur. plak tu tengah 'cuti', nak paksa mata pejam balik, susahnya, so..apalagi bukak blog, BW dan buatlah entri apa patut.

Semalam pun dah puas berjalan dari pagi hingga ke malam..ke Bangi kat klinik homopati Doktor Hasan ( cubalah, kawan-kawan akan kagum bila Doktor Hasan ni dapat 'baca' penyakit dengan tengok tangan je, tepat plak tu, dan takla semahal klinik biasa, manala tau serasi ubatnya, ni nombor teponnya- 0389267831 ), dari Bangi kami ke Shah Alam, ada dua jemputan kawen ( nanti ada masa In Shaa Allah gambarnya menyusul ), sempat singgah kat perpustaan negeri, alamak..tutup plak, sempena hari keputeraan Agung, camane boleh tak ingat, patutla sunyi je. Kesian juga kat anak-anak, terutama kakak yang beria benar nak ke sana. Malamnya konon nak singgah kat I-city, tengok penuh semacam je parking, tak jadila singgah, nasib baik anak-anak tak merajuk, mungkin dah penat kot.

Jadi..nak cerita apa lagi nih..

Oh ye..esok ada jemputan kawen anak Doktor Hasan, rumahnya di Sungai Serai kat daerah Langat. Manala tau kot-kot terserempak dengan DMFK sebab diorang ni berkawan baik.

untuk renungan kita bersama, ini sebuah cerita pendek tentang tawakkal...

Saidina Umar ra pernah menolak untuk masuk ke tempat yang terkena wabak taun. Lalu sahabat-sahabat yang berpendapat tiada salahnya untuk masuk ke tempat itu dan bertawakkal kepada allah bertanya, " Adakah kita lari dari taqdir Allah taala?"

Umar menjawab, " Benar, kita lari dari taqdir Allah kepada taqdir Allah."

In Shaa Allah ibu doakan Umar Zikri suatu hari memiliki peribadi seteguh dan seberani Saidina Umar ra..

Ihsan google.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign