Asam Garam Kehidupan: November 2014

Nuffnang

Pages

30 Nov 2014

Segmen pencarian bloggers dan bloglist IKON GRATIFYING by Etuza.

http://madey09.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloggers-bloglist-ikon.html
Alamak!! tinggal hari ni dan esok je lagi bagi sape-sape nak join
segmen cikgu rajin ni, sape lagi kalau bukan cikgu Etuza kita.

Sila klik SINI untuk lebih jelas lagi. Sila, sila..meriahkan
segmen cikgu rajin, he he.

28 Nov 2014

Jom minum ABC di kafe Ikhwan PutraJaya

Dengan motto Bersih, suci, halal- menawarkan khidmat sarapan pagi antara juadahnya nasi lemak berlauk, meehoon, spegetti lasagnia, nasi goreng, mee goreng, mee tiew , lontong, laksa dan berbagai lagi. Tapi masa kami datang ni, sarapannya dah habisss..
Makan tengahari dengan juadah antaranya-siakap stim, patin masak tempoyak, ikan sambal dan hrmmmm...tengokla sendiri, semuanya membuka selera.
Kami singgah minum ABC...aduhai...nyamannya panas-panas camni.( jangan pedulikan muka orang yang tengah excited nak minum ABC tu yek, buruk sesangattt)
Istimewa Nasi ayam Hainan yang harganya rm6 sahaja. Oye..ABC ni rm 3 je tau, sedappp..
Alamatnya- no70, Jalan Presint Diplomat, wilayah persekutuan PutraJaya.
Datang, jangan tak datang..
ABC-rm3 sahaja.
Siakap stim
Aneka pilihan lain
Ikan sambal membuka selera.
Patin masak tempoyak, kesukaan orang Pahang cam UA, he he
Air sirap dalam bekas ni, percuma saja tau.

26 Nov 2014

Pegi kosong, balik sarat.

Selalu macam nilah, hala balik kampung kosong jerr, hala balik KL sarat sampai ke bumbung.

25 Nov 2014

Bersepah kan..?

Agaknya dah takde mood nak ngemas, dok menghitung hari bila nak habis exam, dah tak sabar nak balik rumah, kakak..oh..kakak.

Sekali adap jer..

Sarapan pagi dengan nasi goreng. Mak sedara balik dari kelas pengajian bawak kuih-kuih. Pukul 11.30 dah mengadu lapar lagi. Masya Allah..tapi anak-anak saya ni memang camni, balik kampung je, selera makannya bukan main lagi, asyik lapar je. Ibu belum nak start masak lagi. Baru nak rehat, selesai mengemas rumah tokma.

Ibu pun dari semalam dah mengidam nak makan keropok lekor fresh goreng dan rebus, abah bagi rm10, dengan diteman by tok cik diorang, pergi beli keropok lekor yang kedainya tak jauh pun dari rumah, haaaa...sape tak pernah dengar keropok lekor Losong tu, tak taula nk cakap apa...
Kawasan Losong ni memang dah digazetkan sebagai kawasan industri keropok lekor. Ada lagi tempat lain, macam di Seberang Takir dan Marang, tapi Losong ni yang sinonim sangat dengan keropok lekor. Sebut Losong je, orang kan ingat keropok lekor.

.Bawak balik panas berasap lagi, tuang sos yang manis pekat tu, ermmmm...nikmat sungguh. Sekali hadap, selesai..

Oye...nampak tak kopiah yang Umar Zikri pakai tu, Alhamdulillah, tertinggal di rumah pak sedara masa beraya aritu, dah jumpa balik.

24 Nov 2014

Buah tangan dri Makkah.

Tasbih buah kokka untuk saya. Bau buah ni lemak-lemak, tak tau nak terangkan macamane. Saya ada terbaca antaranya rendam dalam air berkumur-kumur  untuk buat ubat sakit gigi.

Buah kokka, makcik beli katanya untuk guna buat urut-urut kt tapak kaki ke, sengal-sengal kat badan. Buah ni hanya terdapat di Yaman.

23 Nov 2014

Jadi balik akhirnya.

Kesian plak kat kakak, takpelah..lagipun Alhamdulillah sehari dua ni cuaca nampak ok, langit cerah, hujan pun tak turun. Otw balik Terengganu, mohon doa dari kawan-kawan semua, agar kami semua selamat sampai ke destinasi.

21 Nov 2014

Nak balik ke tak?

Kami bercadang nak balik ke Kuala Terengganu 24/11 ni. Kakak last SPM 25/11, dah tak sabar-sabar nak honey-moon kat rumah. Kami pun belum jumpa mak sedara yang baru balik dari Makkah aritu. Mana tau kot-kot ada buah tangan dari Makkah untuk kami, air zam-zam ke, buah kurma ke, cukup dah.
Tapi bila dapat gambar wasap dari kawan-kawan situasi banjir kat sana, bimbang pulak nak balik. Buatnya tersangkut tengah banjir, aduhaiii.  Mak sedara bagitau kat phone pagi tadi di Dungun pun banjir. Gambar wasap yang kawan kirim tu kat Gong Badak, yang jalan runtuh tu kat Batu Rakit. Memang tak melibatkan bandar Kuala Terengganu, tapi tetap bimbang juga. Lagipun kat sana bila musim hujan cenggini hujannya tak berenti, 'hujang bbegheek' kata orang Terengganu, kesian kzakie tak faham, ha ha ha..maksudnya hujan tak sudah-sudah, hujannya kadang tu tak lebat sangat tapi berpanjangan satu hari. Cuacanya sentiasa mendung. Kalau di Selangor ni, hujan-hujan pun still ada matahari sebelah pagi, hujannya terus lebat dan ada berentinya. Tapi kat Selangor selalu ada banjir kilat terutama kat kajang.
Mungkin kakak kena balik naik bas kot. Barang-barang tinggalkan kat rumah tokma dulu. Bawak balik baju-baju je dulu.
Alhamdulillah Ya Allah..apapun ketentuanMu itulah yang terbaik buat kami, kerana Engkau Maha Mengetahui...

Kisah benar-Surat seorang suami yang membongkar kesilapan isterinya.



Pengakuan Suami Curang, Apa yang Tidak Kena pada Isterinya?


[Sinar Harian] PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang
Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab
Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.

Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...

Dunia menipu.,

Dunia yang menipu itu ialah perkara yang sangat diingini oleh nafsu. Setiap orang walau siapa pun dia, memang mempunyai keinginan dan kecintaan pada kesenangan dan keindahan duniawi ini.

Mereka ingin memilikinya dan yakin bahawa di dunialah ada kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sebenar. Maka berlumba-lumba dan berkejar-kejarlah mereka untuk mendapatkan sama ada harta, pangkat, nama, kemasyhuran, kecantikan dan lain-lain.

Berjuang dan berkorbanlah manusia dengan apa cara sekalipun untuk tujuan tadi, iaitu kecintaan dan kegilaan dunia yang dianggap sumber kebahagiaan yang kekal abadi. Apakah yang manusia dapat dari dunia yang dikejarnya?

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian........

20 Nov 2014

Rally formula-e di Putra Jaya.

Antara persiapan yang dibuat sempena rally yang akan berlansung sabtu dan ahad ni. Ni gambar yang sempat saya snap di hadapan bangunan jpn putra jaya. Berminat nak datang? Jemput, jemput.

Psssst: disebabkan rally ni kitorang terpaksa pusing jauh untuk sampai ke jpn, rasa cam tak patut je event camni buat kat kawasan pejabat pentadbiran yang berurusan dengan kepentingan orang awam, padahal banyak lagi tempat lain di putra jaya ni yang tak melibatkan orang awam dan pentadbiran, hrmmmm...entah le.
oye..terlupa la nak bagi tau harga tiket bagi sesapa yang nak
duduk kat kerusi biru ni..tak mahal..antara rm50 dan rm70 jerrrr.

Erkk..satu lagi minta mahap la kengkawan yek..kualiti gambarnya kureng
memuaskan..

19 Nov 2014

Gagahkan diri.

Tak larat. Demam urat kot, habis sengal-sengal seluruh badan. Panadol pun dah berapa kali telan, kejap je kesannya, pastu datang sejuk menggigil dan kepala berdenyut balik.

Hari ni gagahkan diri ke tadika. Banyak perkara nak kena disettlekan sebelum cuti sekolah panjang bermula. Umar Zikri pun masih kurang sihat, tinggalkan dengan abah. Abah cuti hari ni sebab dia pun demam.

Banyak dosa ni, Allah nak bersihkan dosa-dosa tu, dan masa sakit macam nilah kena banyak berdoa, In shaa Allah makbul.

Tiba-tiba terasa mcm nak makan nasi bambu, cam sedap je. Tapi kat Sungkai, Felda Sg.Kelah sana nun, nak ke abah bawak...hrmmmmm.

17 Nov 2014

Mengalah..

Nampaknya terpaksa telan juga benda alah ni. Bimbang esok takleh bangun...

Sakit itu penghapusan dosa.
Sakit itu tanda kasih-sayangNya.
Sakit itu peningkatan darjat di sisiNya.

....lagipun memang dah lama tak sakit, wajarlah diuji sedikit...
ni fakta menakutkan yang saya terima di wasap..panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia.
Ia akan merosakkan organ hati dan akan tinggal dalam tubuh manusiaselama sekurang-kurangnya lima tahun.
Panadol ni adalah sejenis painkiller, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya
pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan.

Alhamdulillah..makan sebiji tadi terus berpeluh, denyut-denyut kepala pun dah mula kurang.

Selesai sudah...

Alhamdulillah, selesai sudah dua task yang menyebabkan saya sibuk sari dua ni, semalam hari keluarga tadika/taska tempat kerja saya dan pagi ni walaupun punyalah saya kena amik masa yang panjang untuk jawab soalan kuiz di PENCARIAN ANUGERAH TROPI 2014 BY ETUZA dan saya tak dapat jawab penuh pun soalan-soalan tu, tapi at least saya rasa lega sebab dah tunaikan hutang pada cikgu etuza, haaa..cikgu..hutang tau.






Pasal majlis semalam tu, sorila sebab belum sempat masukkan semua gambar dalam pc..tapi Alhamdulillah..berjalan lancar walaupun ada juga cacatnya. Cuma yang saya terkilan Umar Zikri demam..dah jenuh dia berlatih untuk sukaneka tu dan punyalah dia dok tanya selalu bila nak gi dewan, bila nak gi dewan..tup-tup hari sabtu tu badan dia dah mula dedar, dan semalam dia dah demam betul-betul, hari ni pun masih demam, so..saya kena amik cuti, kesian plak nak bawak dia seharian di tadika. Sebab saya kalau dah kat sana, sibuknya tak payah nak cakap la. Pastu dia kalau dah jumpa kawan mainnya nanti tak macam orang demam.

In shaa Allah nanti saya tunjukkan gambar-gambar hari keluarga tu di mana saya sibuk dengan bahagian protokol merangkap deejay bidan terjun..ha ha ha..
ni gambar lama..saya yang pegang pembesar suara, sori
tunjuk gambar lama dulu yea.

15 Nov 2014

PENCARIAN ANUGERAH TROPI 2014 BY ETUZA.

Sebenarnya saya tak tau cara nak copy banner ni., cuma nak jadi rezeki, tiba-tiba terklik camane entah, baru dapat copy banner kat bawah tu.

Sebenarnya saya malu nak tanya UA caranya, hi hi..( malu nak ngaku tak pandai )

Sebenarnya saya sibok bebeno sari dua ni dengan majlis hari keluarga di tadika. Ni pun pepegi lepas subuh terus online, haaa..demi seorang sahabat tau..

Tapi...haaaa..sayang UA..demi dia tau..dia dah tag kita plak tu, demi UA yang baik hati, sibuk pun,
susah nak buka blog ni sebab UA kata tulisan jadi berombak-ombak buat dia pening, tapi
dia still sudi datang ke rumah saya yang tak sepertinya ini, terharu sangat..

Tapi tula, ahad 16/11 ni memang tak dapat nak online macam yang cikgu Etuza suruh tu, sebab pagi-pagi lagi saya dah bertolak ke dewan tempat berlansungnya majlis hari keluarga untuk buat last preparation.

Tapi..tak kesahla..asalkan dah memenuhi undangan UA yang dikasihi.
Dan awal-awal lagi nak ucapkan tahniah kepada siapa yang menang anugerah ni nanti..tahniah..
tahniah..tahniah.

o ye..untuk syarat-syarat yang lain bole la rujuk kat blog cikgu ETUZA yang teramatlah rajin tu, 
selalu suka kasi-kasi hadiah tu, ha ha..kasi jek sikit..

14 Nov 2014

Jom beramal.

13 Nov 2014

Kem Motivasi ala madrasah.

Bagaimana nak tahu anak anda sudah pandai menipu anda? Bagaimana mahu memantau pergerakan dan pergaulan anak remaja anda semasa anda tiada di rumah? Mengapa anak anda tidak mahu berkongsi masalahnya dengan anda? Apa akan berlaku jika rakan atau teman anak anda mula mengajak anak anda keluar tanpa pengetahuan anda?

Kuncinya ialah pada didikan dan tarbiyah untuk anak anda. Bagaimana proses tarbiyah ini boleh dilakukan oleh ibubapa yang sibuk. Bahkan ada ibubapa merasakan diri mereka tidak mampu menjadi pendidik yang baik untuk anak-anak mereka.... Semuanya perlukan jawapan.

Untuk itu anda perlu berusaha hadir mengikuti sesi taklimat khas untuk ibubapa. Semua yang datang menghantar anak mereka bagi mengikuti KEM MOTIVASI ALA MADRASAH di Puchong pada 8 Disember nanti akan berpeluang mendapatkan jawapan serta teknik yang perlu dilakukan. Banyak pendekatan rohaniah dan lahiriah yang hanya akan diketahui daripada tokoh-tokoh yang terbukti telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Mereka akan menceritakan pengalaman mereka. 

Inilah yang akan kami kongsikan bersama para ibubapa nanti. Selamat datang ke KEM MOTIVASI ALA MADRASAH..

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan

Anjuran      : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814 / 019-6226183)
Tempat  KEM  : Sek. Men. Islam Zadut Taqwa   (Rumah Amal Limpahan Kasih - RALK)
                          Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor

Tarikh              : 8 Hingga13 Disember 2014 (Isnin - Sabtu)
Umur Peserta : 10 - 13 tahun / 14 - 16 tahun / 17 tahun dan ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI      : Ust Haji Johari: 019-6226183   / Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200    

Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:
1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
            - Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK
           
2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
            - Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk

3. Hafalan Doa dan surah-surah utama  dalam Al-Quran
            - Kaedah tasmik harian selama 6 hari.

4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai - Tazkirah yang diutamakan; tidak rasmi

5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran - Proses “RECALL” / muhasabah diri

6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
            - Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.

7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
            - Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.

8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) -  Senaman berirama nasyid

9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) -  Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program

10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
            - Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama

11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
            - Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama

12. Ekspedisi khas dan rehlah dengan bas ke Putrajaya dan Lembah Kelang
            - Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi
           
13. Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
            - Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran
              membina kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.

14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
            - Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.

15. Program taklimat khas untuk ibubapa
            - Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH
              dan apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.

________________________________________________________________________________
SUMBANGAN (6HARI 5 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang hanya RM500)
AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: 562777220661
            

SEGMEN: Blokwalking by Syahirah Valiant.

Dah lama tak join segmen..hari ni free..banyak masa nak BW
pastu jumpa segmen adik Shahirah ni..JOM..sape lagi nak join.

Saya dah bermula, hi hi.

Alhamdulillah, hari ni free sikit, so bole jalan puas-puas ke rumah kengkawan, hiii.
Aritu saya ada sebut  Nak meniaga tepi jalan je rasanya, Alhamdulillah..sebenarnya saya dah bermula.
Tapi bukanlah kat tepi jalan macam yang saya cakap tu, sebab larling tak kasi. Well..dia takut bini dia ni kena ngurat kot..ha ha ha..
Saya buat kuih, namanya woh puk samba, he he.
Apa ke pelik namanya tu, mana ada pelik, orang Teganu mesti tau punya. Ni kuih tradisi Terengganu, sedappp.
Apa? Nak resepi? Tunjuk gambar? Heee..sori lupa la nak snap gambar. Lagi pun baru dua kali buat. Saya hantar kat satu kedai di JPN Putra Jaya, Kedai Madah namanya. Buat pun sikit-sikit je, first time buat adala 25 biji, habis, walaupun keras sikit, al maklum baru nak buat semula, setelah sekian lama tak buat. Then second try semalam, ok la..lembut, saya hantar 30 biji, pun habis. Alhamdulillah.
Sebenarnya selain buat kuih tu, saya ada buat aiskrim Malaysia, bawak ke KAFA. Budak-budak suka, cuma sekarang ni musim hujan, slow sikit la. Saya buat tu guna air tapis, tak main la guna air paip. Kita nak rezeki yang berkat je.

In shaa Allah, saya akan bagi resepi dan gambar woh puk sambal tu. Tapi hari ni kita tengok gambar google dulu yea.
Ni gambar google je. Bentuk nya macam nilah, tapi ni inti
kelapa manis tu, saya guna inti ikan.


Jika engkau kaya..atau miskin..

Kiranya gedung besar itu milikmu, berbahagialah engkau. Kedudukanmu tinggi di mata masyarakat. Engkau dipuji dan dimuliakan. Engkau punya tempat dalam majlis. Tetapi...sekiranya kemiskinan melingkari hidupmu, lapangkanlah hatimu. Jangan kau gusar dengan kemiskinan. sekurang-kurangnya engkau telah terpelihara dari satu penyakit jiwa yang sering menyerang si kaya iaitu kesombongan dan tamak haloba.

Jadikanlah dirimu si miskin yang redha. Contohilah Fatimah. puteri Rasulullah. Fikiranmu bebas dari memikirkan harta sedangkan si kaya kerisauan kalau hartanya hilang. Lupakah si kaya pada Nabi Sulaiman? Perbendaharaan dunia di tangannya tapi dia tidak cinta dunia. Bagi si miskin jauhilah sikap meminta-minta. Biarlah kau miskin harta asal kaya jiwa.

Kemiskinan adalah nikmat. Tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati atau dengki. Sabda Rasulullah.."Hai orang-orang fakir yang mukmin, sukakah saya beritakan padamu khabar gembira? Sesungguhnya orang fakir yang mukmin akan masuk syurga sebelum orang kaya kira-kira setengah hari  ( iaitu lima ratus tahun )"

...1 syawal 1435H- terlepas dari lensa kamera saya ( al maklum tak berapa nak peka ), saya menyaksikan satu keluarga yang tanpa rasa malu naik motosikal yang ada kotak barang di tepi untuk meraikan syawal....

..saat menaip entri ni, tengah terngiang-ngiang plak lagu..".kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga, semua aku belanja.." Wow...betul ke bole macam tu...?.

motosikal macam nilah yang saya maksudkan, tapi tempat letak barang tu dikeluarkan supaya
mudah duduk di dalam kotak-ihsan google-http://aboypunye.blogspot.com/2010/06/abg-si-penjaja-buah-potong.html

12 Nov 2014

Lepas lelah jap.

Sebaik habis latihan sukaneka untuk hari keluarga 16/11 nanti, duduk mengadap sliding door, sementara menunggu masuk waktu zohor, duduk sambil terfikir-fikir angka 6.7 juta lambakan pekerja asing, hrmmmmm...mana tak jadi macam tu, kat Putra Jaya ni sja bersepah warga Bangla, kerja diorang..sapu sampah, potong rumput, siram pokok, dah siap kerja diorang siap santai-santai bawah teduhan pokok. Nak tanya ni..ada ke warga tempatan nak buat kerja tu semua? So..nak salahkan siapa....?? Fikir-fikirkan, bak kata DMFK.

11 Nov 2014

Pantun 2 kerat Umar Zikri.

Suka sangat buka peti sejuk duduk depan peti. Tiru upin, ipin la tuh, sebab suka sangat dengan katun tu. Macam pagi ni ( saya cuti hari ni, lega sikit dari stress dengn kertas peksa budak dan buku-buku latihan diorang tu ), habis je mandi belum sempat pakai baju dah duduk depan peti sejuk, mana saya tak bengang.

" apa hal ni, pagi-pagi dah duduk depan peti, tak tau sejuk ke? Belum pakai baju pun lagi"

Nak tau apa dia jawab? Dia jawab dengan pantuuuun,  pantun dua kerat macam jarjit kot, spontan je keluar dari mulut dia.

Pagi-pagi bukak peti
Tak solat, rugi.

Terus tak jadi nak marah...

10 Nov 2014

Sibuk ngalahkan PM kot, he he..

Salam sejahtera wahai para sahabat alamaya kesayanganku. Rindunya nak jenjalan ke rumah kawan-kawan, menjamu minda dan hati dengan buah tangan dari kawan-kawan, tapikan..sibuk bebeno la dah dekat-dekat nak cuti sekolah ni. Ni pun update kat tab je, manalah tahu kot ada kengkawan yang tersesat ke sini, at least adala juga buah tanban ( amik kau, typo habiss. nak tulis tangan sebenarnya ) terbaru untuk dijamu walaupun ala-ala kopi dan biskut tawar je, he he...

Tengah sibuk dengan kertas peksa akhir tahun KAFA dan 'merait' buku-buku ni. Dan yang paling mendebarkan sebab minggu depan 16/11 kami nak buat majlis akhir tahun merangkap sekali hari keluarga tadika, KAFA dan taska tempat kerja saya tu. So...memang baaaanyak sangat kerja nak settle sebelum hari tu, saya plak ditugaskan di bahagian protokol dan hadiah, urusan mencari hadiah semua di bahu saya, balut serahla kat anak buah.
siapkan goody bag dulu.

Jadikan kawan-kawan, andai ku menyepikan diri ( cewah, keh, keh) bukanla aku melupakan kalian espeseli kzakie, knor, sal, UA, fair baby pose ( sekadar menyebut beberapa nama ), in shaa Allah lepas lega dan settle semua nanti kita bercerita panjang.

9 Nov 2014

Hayati dia..untuk mencintai dia..

Pernah Saidina Umar Al Khattab ra berziarah ke rumah Baginda, merasa terharu kerana menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma. Nampak bekas jalur tikar di tubuh Baginda yang mulia.

Di dalam rumah Baginda yang penuh barokah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Maka menangislah Saidina Umar dihadapan Baginda SAW, lalu Baginda bertanya," Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"

" Aku melihar para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur di atas tikar seperti ini,"

" Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku, kita lebih memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia," begitulah jawaban seorang hamba pilihan Tuhan. Luluhlah hati Saidina Umar mendengar jawaban daripada Rasulullah SAW itu.

Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau mengekalkan rasa kehambaannya tetapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya pada Tuhan. Lantaran itulah Baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.

Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius memperhambakan diri pada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.

Bagaimana sikap orang serius dengan Tuhan? Antaranya ialah dalam keadaan apapun, hati sentiasa cemas dan bimbang terhadap Tuhan. Kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan dirasakan belum berbuat. Kalau berjaya dalam sesuatu tugas atau kerja, dirasakan bukan dari dia, tapi milik Tuhannya.

Di dalam diri tanamkan rasa kurang, rasa lemah, rasa tidak mampu, sehingga dari situ lahirlah benih-benih cinta terhadap Tuhan. Cinta Tuhan itu sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan.

7 Nov 2014

Berebut kasih...

Sejam juga (dari pukul 12 hingga pukul 1 tengahari ) kami terpaksa mengadap drama 'real life' tadi. Drama apa? Drama perebutan kasih antara bekas suami isteri terhadap anak mereka yang berumur lima tahun. Si ibu telah mendapat hak penjagaan yang sah. Bekas suaminya telah berkahwin lain tapi belum ada anak dengan isteri barunya. Si ayah dapat perintah mahkamah boleh bersama anaknya selama enam hari saja dalam sebulan.
Pernah kami biarkan anak itu ikut ayahnya sebelum ni. Bila siibu dapat tahu dia marah juga, dan minta kami jangan benarkan anaknya ikut si ayah kalau si ayah datang untuk ambil anak itu.
Tadi depan kami mereka bertekak. Si ayah tetap nak ambik anaknya dengan alasan dia ada hak juga, dan terpaksa ambil pada masa tu sebab dia kerja shif dan tak boleh keluar lagi. Ibunya tak benarkan dengan alasan ayahnya dah ambil anak tu minggu lepas, dan anaknya masih ada kelas membaca sebelah petang.
Lagipun sepatutnya anak tu diambil dari tangan dia, bukan main ambil dari taska macam tu. Aduh! Pening kepala saya. Dua-dua taknak mengalah, saling salah-menyalah, saling tuduh-menuduh...taknak mendengar mereka saling membuka aib lebih jauh, saya tinggalkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka tu.
Akhirnya si ayah mengalah. Tapi si ibu bawak anaktu ke pejabat dengan janji nak hantar semula anaknya dalam pukul 2.30 untuk kelas bacaan, tapi baru je sampai dalam 3.30 tadi....

Kesian si anak, jadi mangsa, tersepit di tengah krisis ibu dan ayah. Padahal sepatutnya hal kecil macam ni boleh diselesaikan dengan tolak-ansur dan hikmah. Jadi takdelah anak mereka jadi mangsa keadaan. Kalau dok asyik berdendam dan saling menyalahkan, kita bimbang anak tadi membesar jadi individu yang tak stabil jiwanya.

Amalanku...

Aku tidak harap dengan amalanku
Walaupun aku berusaha mengerjakannya
Aku cuba bermujahadah
Melaksanakan apa yang disuruh
Meninggalkan yang ditegah
Namun yang disuruh tidak sempurna
Yang ditegah terbuat juga
Begitu lemahnya aku
Bertungkus lumus aku bermujahadah
Melaksanakan apa yang diperintah
Meninggalkan yang ditegah
Tidak mampu aku menyempurnakannya
Aduh..lemahnya aku
Aku kecewa
Aku sedih selalu
Katalah kalau bukan dengan rahmatMu Tuhan
Atau bukan dengan kemaafanMu
Aku hampir putus asa
Tak semestinya rahmatMu yang ku tunggu
Setidaknya kemaafanMu
Yang kupinta
Aku inikan hambaMu
Kalau bukn belas kasihMu
Siapa lagi yang akan mengasihi aku
Semurni dan seagung kasihMu...

5 Nov 2014

Tanya diri, kenal diri...

Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?
Pernahkah susah hati terlewat mengerjkannya?
Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?
Pernahkah terasa berdosa tidak beradab mengadap Tuhan?
Jawapannya ada pada diri kita sendiri...
Setiap orang boleh menilai dirinya.
Tanyalah diri, kita akan dapat jawapannya.
Bila dapat jawapannya kita akan kenal diri sendiri.
Kalau kita kenal diri sendiri
Kita tidak akan nampak kejahatan orang lain.
Itulah antara soalan yang patut ditanya pada diri sendiri.
Fikirkanlah lagi, tanyalah lagi.
Tentu kita ada jawapannya.
Inilah salah satu cara menilai diri sendiri.
Lebih-lebih lagi jika kita hendak membaiki diri.
Tetapi berapa ramaikah yang memilih jalan ini?

ERTI MEMBAIKI DIRI.

1.  Membaiki diri ertinya membetulkan sembahyang.
2.  Membaki diri ertinya  membakar mazmumah.
3.  Membaiki diri ertinya membina mahmudah.
4.  Membaiki diri ertinya menyakitkan nafsu.
5.  Membaiki diri ertinya mengorbankan perasaan.
6.  Membaiki diri ertinya membuat kemajuan.
7.  Membaiki diri ertinya membina kasih-sayang.
8.  Membaiki diri ertinya menjadi abid di malam hari.
9.  Membaiki diri ertinya singa di siang hari.
10. Membaiki diri ertinya menajamkan rasa kehambaan.
11. Membaiki diri ertinya menajamkan rasa bertuhan.
12. Membaiki diri ertinya memerangi super zalim pada diri sendiri
       kerana tidak mempedulikan Tuhan.
13. Membaiki diri ertinya meningkatkan ibadah pada Tuhan.
14. Membaiki diri ertinya memperbanyak khidmat kepada Tuhan.
15. Membaiki diri ertinya melupakan kesalahan kawan.

Inilah pendinding api neraka.

Diriwayatkan seorang pemuda yang sedang bermusafir telah sampai ke kota Madinah dalam keadaan lapar yang amat sangat. Dia mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah rumah, kalau-kalau di situ ada rezeki untuknya.

Dengan penuh harapan dia mengetuk pintu sebuah rumah. Sebaik saja terkuak, keluarlah Rasulullah menjawab salamnya. Rupanya itu rumah Rasulullah SAW. Baginda lantas bertanyakan hajat pemuda itu. Apabila Baginda mengetahuinya, Baginda terus masuk ke dalam dan mengambil dua keping roti. Sesudah menerima pemberian Rasulullah itu, pemuda itu terus berlalu.

Siti Aisyah yang memerhatikan kejadian itu merasa hairan kerana lazimnya Baginda melayan tetamunya dan menjemputnya masuk ke rumah, tapi kali ini pemuda itu hanya dilayan di luar. Siti Aisyah memberanikan diri bertanya, " Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak menjemput tetamu itu masuk?"

Baginda lantas menjawab, " Aku dikhabarkan oleh Jibril bahawa pemuda itu termasuk ahli neraka, jadi dia melarang aku menjemput pemuda itu masuk."

Berbalik kepada pemuda itu tadi, setelah mendapat roti pemberian Rasulullah, dia terus menyambung perjalanannya. Bekalan itu disimpan separuh. Sedang dia berjalan di padang pasir yang kering kontang, tiba-tiba dia mendengar tangisan kanak-kanak. Dia mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemulah dia dengan seorang ibu bersama anaknya yang tidak henti-henti menangis.

Melihatkan keadaan yang sangat mengharukan itu, pemuda itu bertanya, " Wahai ibu, mengapakah anak ini menangis?"

" Aku janda yang kematian suami, anakku ini sudah berhari-hari tidak makan dan sekarang aku sedang mencari-cari kalau-kalau ada secebis roti untuk makanannya hari ini."

" Nah, ini ada bekalan roti yang diberikan Rasulullah kepadaku. Aku juga memerlukannya, tapi aku rasa kamu berdua lebih memerlukannya,"

Berita mengenai pemuda tersebut sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda gembira sehingga terukir senyuman di bibirnya. Perubahan pada raut wajah Rasulullah disedari oleh Aisyah lalu dia pun bertanya, " Wahai kekasih Allah, apakah telah datang kepadamu perkhabaran dari Allah?"

" Ya Aisyah, sesungguhnya aku diberitahu oleh Jibril bahawa pemuda yang datang ke mari tempohari telah ditukarkan menjadi ahli syurga disebabkan sifat pemurahnya."

Sifat pemurah membawa manusia untuk dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Sebaliknya orang yang kikir atau kedekut akan jauh dari Allah malah tidak akan disenangi sesama manusia. Rasulullah SAW bersabda:

" Orang bodoh yang pemurah itu lebih Allah kasihi daripada orang alim tetapi kikir, dan penyakit yang paling merbahaya ialah kikir. "

Sabda Baginda lagi: " Kemurahan itu adalah daripada kemurahan Allah Taala. Maka bersifat pemurahlah kamu, nescaya Allah bermurah kepadamu. Ketahuilah bahawa Allah Azzawajalla menjadikan sifat pemurah. Lalu Ia menjadikannya dalam bentuk seorang lelaki. Dan dijadikannya kepala orang itu sebatang pokok kayu yang baik. Dahan-dahannya diikatkan dengan dahan Sidratul Muntaha. Sebahagian dahannya dikulaikan ke dunia. Maka barang siapa yang bergantung dengan suatu dahan daripadanya, nescaya dimasukkan orang itu ke syurga. Ketahuilah sifat pemurah itu serengah daripada iman dan iman itu dalam syurga.

Allah menjadikan sifat kikir ( kedekut ) dari kemarahanNya. DijadikanNya kepala kekikiran itu melekat pada pokok zaqum lalu dikulaikan sebahagian dahannya ke dunia. Maka siapa yang bergantung satu dahan daripadanya, nescaya dia dimasukkan ke neraka. Ketahuilah bahawa kikir itu daripada kufur dan kufur itu di dalam neraka."

Marilah kita jadikan sifat pemurah itu pakaian peribadi kita. Mudah-mudahan ia menjadi pendinding dari azab neraka yang maha pedih.

ihsan google.





3 Nov 2014

Boleh terima tak...?

Hoiii, nak ke mana tu haa? Masukkk!!! Kau ingat aku ni batang kayu ke haaa!!! Biadap sangat dengan orang tua, keluar!!! Jangan belajar kat sini, berambusss, ambik beg ni!!

Agak-agak kalau kengkawan sebagai ibubapa mendengar luahan kemarahan begini dari mulut seorang guru bergelar ustaz, bagaimana perasaan kengkawan?

Terus-terang saya katakan saya takkan dapat menerima kata-kata begini dihamburkan terhadap anak saya, walaupun katalah anak saya nakal sekalipun ( Alhamdulillah, anak saya takdelah nakal melampau )

Sebenarnya kata-kata seorang guru terhadap muridnya makbul seperti doa sorang ibu terhadap anaknya. Memang tak dapat disangkal kadang-kadang kita hilang sabar dengan kenakalan anak-anak murid. Tapi... kalau anak murid anda nakal, ganas, tidak mendengar kata, susah didisiplinkan, koreksilah diri sendiri... suluhlah ke dalam diri sendiri, apakah kita seorang yang taat pada Allah? Guru yang baik, maka akan baik juga murid-muridnya.

Siapa guru sebenarnya?
Kecintaan dan takutnya pada Tuhan membuatkan anak-anak muridnya amat menyayanginya, bila bersamanya anak-anak muridnya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayahnya sendiri, ada pertautan hati yang cukup kuat. Diamnya melambangkan kewibawaan yang membuatkan anak-anak muridnya semakin menghormatinya.

p/s: maaf ye para cikgu, sebenarnya saya menulis entri ni setelah anak saya balik sekolah, dengan sungguh2 mengadu ada kawannya kena marah, sampai dia boleh ajuk gaya dan nada suara cikgu yang sedang marah itu. Saya tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapapun, ampun maaf banyak-banyak.


Image result for gambar cikgu sedang marah
ihsan google

Selamat menempuh SPM kakak.

Hari ni 3/11-satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup kakak, bukan kakak saja, tapi semua pelajar yang berumur 17 tahun, hari ni start SPM kertas 1 dan 2, aduhh!!! Mesti bergelora habis dada kakak kan?Ibu? Ibu cool je, tengah masak sagu pelangi ni ha, buat juadah buka puasa petang karang.

Alaa, chillax la kakak, paper BM je pun hari ni, senang tu, ibu yakin kakak boleh!!! Kakak kan dah usaha study siang-malam, selebihnya serah kat Allah. Ibu nak nasihat ni, jangan sampai over confident,  takut nanti soalan-soalan mudah kakak jawab ikut mudah juga, ingatt...apapun, kena baaaanyak merintih-rintih dan mengadu pada Allah.

Ibu tak putus doa, jika sekiranya ilmu yang kakak dapat hari ni dapat dimanfaatkan untuk membangunkan ummah masa akan datang, ibu doakan kakak berjaya dengan cemerlang. Kalau kakak lulus cemerlang nanti, ibu pasti sangat abahla orang yang paling happy, ibu of coz la happy jugak, cuma jadi sedih sebab terfikir-fikir, lepasni pasti kakak akan melangkah lebih jauh, tinggalkan ibu lebih lama...

Eishhh..apala ibu ni, nak buatkan kakak runsing ke? Tak, ibu akan restu apa je yang kakak nak buat, as long benda tu tak melanggar syariat, dan kakak kena selalu jaga adab sebagai sorang muslimah, tu aje.

Kat sini ibu nak ambil kesempatan juga untuk ucapkan Selamat menempuh peperiksaan SPM buat anak-anak kawan alamaya ibu, semoga dikurnia ketenangan hati untuk menjawab semua soalan dan semuanya lulus cemerlang, aminnn.

1 Nov 2014

Telur bangau..mata kerbau..


Baru selesai buat ic muhammad hilman,  di jpn putra jaya, Masya Allah..laparrr.
Timbullah borak-borak pasal makan.
" Abah, abah pandai masak apa?"  tanya umar zikri
" Masak air." Jawb abah
" Abah pandai masak telur bangau" Nadhrah hannani menyampuk.
" Takla, telur mata kebau" muhammad hilman menyanggah.
"Telur bangau"  nadhrah tetap mempertahankan 'kebenaran' nya
" Telur mata kebau la."  Ada la seminit dua juga diorang bertekak.

" Bah, telur apa bah?" Tanya kat abah sebab tak puas hati. Ibu dah puas gelak, abah biasalah, senyum panjang dan ketawa sejuring je dia.
" Telur bangau" jawab abah, mengusik..
" Haa, tula tak percaya,"  nadhrah rasa menang.
" Bu, bu, telur apa bu?" Iman masih tak puas hati.
" Telur mata kebau" jawaban ibu mematikan pergaduhan diorang.

Akhirnya makan kat warung masjid kajang, malas nak pusing jauh sebab dah lapar sangat,lepas ni nak gi hadiah pereksa budak tadika di mydin kajang...

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign