Asam Garam Kehidupan: Esok balik Terengganu jap.

Nuffnang

Pages

15 Jan 2015

Esok balik Terengganu jap.

Assalamualaikum kawan-kawan alamayaku yang sangat kukasihi, didoakan anda semua sentiasa mendapat rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah walau di mana anda berada. Allahummasolli ala saidina Muhammad..

Esok kami bercadang nak balik Terengganu. Nampaknya anak-anak terpaksa memonteng sekolah hingga hari isnin, saya pun amik cuti juga jumaat dan isnin tu. Apa? Oo..kenapa tak balik masa cuti sekolah ritu? Nak balik, tapi takut tersangkut tengah jalan, sebab masa tu masih hujan, dan sesetengah tempat cam Kemaman tu takleh lalu sebab banjir.

Tak taula apa jadi dengan baju-baju kakak dalam satu beg besar tu. Mak sedara cakap dia tak larat nak angkat bawak naik tingkat atas rumah. Tenggelam dalam air pasang. Air pasang naik 10 malam berturut-turut. Kesian kakak. Baju dalam beg tu semua baru-baru. Saya dah beberapa kali bebel kat en. abah ..." Bah, kenapa tak bawak naik atas beg tu, letak dalam stor dapur Ma tu, memangla tenggelam.." Sat lagi bila datang rasa terkilan tu saya bebel lagi..." Bah, sayang baju kakak dalam beg tu, rasanya sume rosak tu, kenapala tak bawak naik atas..". En. abah awalnya menjawab juga..." Mana abang tau air nak pasang.." Tapi bila dah banyak kali kena bebel dia dah tak kuasa menjawab.

Masa amik kakak dari asrama SESTER Kuala Terengganu tu, barang-barang dia je dah penuh satu Exora. Jadi masa nak balik KL tu, barang-barang kakak ditinggalkan separuh kat rumah arwah mak. Tak muat nak bawak balik semua. Ingatkan suami angkat semua bawak naik tingkat atas, rupanya beg baju kakak tu disimpan dalam stor dapur arwah mak. Stor tu memang dah kosong, tu la kot disimpannya beg kakak kat dalam tu.

Kalau ikut apa yang mak sedara cerita banyak yang nak kena kemas. Yela...saya takleh nak harapkan mak sedara buat semua. Dia dah tak larat juga. Mesin basuh, dapur, peti sejuk, almari pinggan semua tenggelam. Almari pinggan kena buang sebab dah kembang berendam air. Bilik air mak sedara tak larat nak basuh, jadi banyak jugala kerjanya.

Seingat saya sejak empangan Kenyir dibina dah jarang air pasang malam, cuma setahun dua ni ada balik air pasang ni, dan tahun lepas paling teruk, sampai 10 malam berturut-turut. Pukul 5 petang dah start naik, pagi surut, mak sedara cuci juga apa yang dia larat, sebab kalau biar lagi tebal lumpur tu, lagi susah nak cuci, jadi siang cuci, malam air pasang, cuci lagi esoknya..cam tula berturut-turut 10 malam.
Ruang tamu arwah Ma, air pasang hingga tingginya sampai ke singki tu,
kalau ikut cerita mak sedara, jadi almari pinggan ma tu ( sebelah tv ) memang almari lama,
mana tak kembang terendam air .

Harap-harap dapat settle dalam masa dua hari tu, sabtu dan ahad. Isnin balik sini semula. In shaa Allah.

7 comments:

  1. Allahuakbar
    sedihnya baca.. bju kakak tu, klu lma kna air boleh reput juga ye.
    tkpelh klu ada rezeki adalh nti..
    bygknlh mak saudara tu betapa penatnya... haiii..
    kna byk sabar ye. kna kt btg hidung knor ni entah le.. knor biasa bnjir2 ni.. tpi suami dgn anak2 tk pernah lalui lgsung..

    ReplyDelete
  2. kesiannya...takpelah, pesan kat kakak, redha jerlah baju-baju tu.semoga dipermudahkan urusan ye

    ReplyDelete
  3. have a safe journey kak..semoga dpermudahkan insyaAllah

    ReplyDelete
  4. kesian baju kakak..tapi tak apa la..dugaan tu..
    harap semuanya cepat diselesaikan dn semoga perjalanan acik sekeluarga dipermudahkan ya..insyaaAllaah

    ReplyDelete
  5. Allahurobbi... memang kena baliklah Azie. Ambil masa terluang tak apa sessi baru mula sekolah masih boleh catch-up lagi. Bantu rumah mak tu lagi penting. Baju kakak yg dah terendam tu cuci balik bersih-bersih harap-harap bolehlah guna lagi..

    Doa kakak moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin..

    ReplyDelete
  6. knor, Sal, Ciksiti, nana dan kzakie..terimakasih atas doa kalian baju kakak tu terkilannya sbb ingat kalu dia sambung belajar nanti, takyahla nak sedia banyak sangat, tau jela belanja ke IPT bukannya sikit..entahla..dah tertulis camtu, redha jelah..

    ReplyDelete
  7. Semoga selamat dalam perjalanan kak azie...bial sebut tentang bersih rumah berlumpur tu JM pernah alaminya semasa pegi misi banjir ke PAsir Mas tu..penat usah cakap lah..itu gotong royong sebuah rumah dalam 20 orang..ambil masa 2 hari bagi sebuah rumah..faham2 jelah bak akak tu berlumpur habis melekat pada semua brg termasuk pinggan mangguk. Perlu angkut lagi barang2 yg perlu di buang termasuk perabut yg x boleh di gunakan lagi kerana tenggelam air. So mmg JM akan kepenatan mangsa banjir tu

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign