Asam Garam Kehidupan: Keajaiban Allah di sekolah tahfiz.

Nuffnang

Pages

12 Jan 2015

Keajaiban Allah di sekolah tahfiz.

[ 11.31pm, 4/1/2015] UUM: Ghazilani: sahabat-sahabat.....saya nak kongsikan sedikit cerita tentang pengalaman menghantar bantuan ke tempat mangsa-mangsa banjir, sabtu ( 3/1/2015 )
Saya bersama sahabat2 dari Terengganu yang mrmbawa 1 loi bekalan barang pergi ke Dabong untuk mrnghntr bantuan ke sebuh pondok yang ada di situ.  Kami memilih lokasi tersebut kerana mendapat maklumat dri ustaz Nazry yang menguruskan msdrasah anak-anak yatim dan pusat tahfiz  bahawa ada satu pondok di pedalaman yang terlibat dengan banjir dan mungkin memerlukan bantuan kerana jauh dari jalan besar. Kedudukan pondok di tepi sungai juga memugkinkan kemusnahan teruk dialami, dan kami  tidak mendapat maklumat lanjut kerana tidak dapat berhubung dengan orang-orang di situ.

Terimakasih saya ucapkan kpd sahabat2 lain di Machang yang sudi menghulur bantuan untuk mrndapatkan bekalan tambahan dan mengisi barang2 ke atas lori sebelum kami bertolak pergi.
Dalam banyak2 tempat yang saya pergi untuk menghulurkan bantuan...pengalaman ini agak luar biasa kerana segala2nya dipermudahkan Allh SWT. Ini sangat berbeza dengan pengalaman saya membantu mangsa2 di tempat lain.

Walaupun kami tidak mengetahui lokasi pondok yang kami tuju tetapi kami seolah-olah dipimpin untuk sampai ke sana..setelah bertanya kpda beberapa orang.
Pondok yang kami tuju itu digelar Madrasatul Tarbiah Aulad...berada di kampung Sg kenerong, Stong, Dabong dan diuruskan oleh seorang ustaz yng digelar Pak Teh Din.

Setelah masuk ke kawasan Dabong...kami melihat kemusnhan yang sangat teruk di sepanjang perjalanan. Bila masuk ke jalan kecil untuk menuju ke madrasatul tarbiah aulad itu...saya membayangkan kemusnahan yang lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai.

( 11.31pm 4/1/2015 ) UUM- Ghazailani : madrastul tarbiah ini berada di laluan air utama di bawah stesen hidro TNB Sg Kenerong, Stong, Dabong. Apabila stesen hidro itu melepaskan air yang sudah begitu banyak...terjadilah gelombang rasaksa yang begitu deras merempoh kawasan  adrasah tersebut.
Jadi masa 'palo air' ( kepala air )  turun dari bukit ke sini dengan lajunya dengan tingginya, dengan arus yang ganas menggila...segala2nya yang ada di sekitar kawasan ini dirempuh dengan begitu ganas ( mengikut cerita Pak teh Din-pemilik pondok itu sendiri )
Mereka yang berada di dalm pondok tersebut terlalu takut melihat kedaan demikian. Pak teh Din sendiri tidak pernah melihat keadaan begini seumur hidupnya.

Maka mereka ramai2 solat di madrasah yang sedang teruk dihempap air..lalu berdoa ( saya catitkan sebahagian shj )

" Ya Allah, ya Tuhanku..sesungguhnya aku ini berada dalam rumahMu dan aku mengajar dan menyebar agamaMu..dan mereka2 yang ada di sini adalah orang2 yang belajar ilmuMu. Hanya pondok inilah tempat berlindung yang kami ada..yang kami bina dengan jerih payah hasil dari hamba2 Mu yang bersedekah di jalanMu..dan kami semua adalah hambaMu yang dhaif..

Dan sesungguhnya air hujan itu juga hambaMu..dan air sungai itu juga hambaMu...maka Engkau arahkanlah mereka ituke tempat lain dengan kudratMu..."
( kemudian Pak teh Din membaca beberapa ayat Al quran lalu diaminkan doa tersebut )

Di sinilah Allah menunjukkan kekuasaanNya. Aliran arus sungai yang terlalu laju dengan keadaan ganas menggila itu BERALIH DAN MENGALIR KE ARAH LAIN...!!
Masya Allah..Subhanallah...

Akhirnya kawasan pondok itu mengalami kerosakan yang sangat minima berbanding keadaan arus sungai yang merempuh kawasan ini...
( semasa kami di sana kami lihat sendiri arus sungai yang terlalu deras walaupun air sungai sudah agak cetek )

Inilah yang saya dan sahabat2 sebutkan berlaku keajaiban di tempat ini..

Dan satu lagi ingin saya sebutkan ..kawasan persekitaran pondok ini sangat cantik, dan kami rasakan satu ketenangan yang luar biasa sepanjang erada di sini..

( 11. 33pm, 4/1/2015 ) UUM- Ghazailani...dan untuk pengetahuan sahabat2...Pak teh Din ada menanam pohon2 pisang beberapa ekar untuk dijual bagi menampung ekonomi pondok...dan dengan kekeuasaaan Allah ..tiada satu pun pohon2 pisangnya tumbang atau mati, Masya Allah...
Sungai yang dimaksudkan
sukarelawan bersama ahli pondok.
Kawasan pondok yang terselamat dari bencana banjir.

15 comments:

  1. Allahuakbar! Speechless kakak dibuatnya Azie.
    Apa lagi nak dikatakan dgn kekuasaan Allah ini.
    Kena buka mata hati kita, cuba banyangkan kalau air itu merempuh rumah yg macam itu kakak rasa sekali lalu aje dah hilang entah ke mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saat itu tentu hati dan seluruh pergantungan mereka hanya pada Allah SWT, Maha Suci Allah..pasti Dia membela mereka yang berjuang dan membela agamaNya..

      Delete
  2. subhanallah
    cantik pemandangan..rasa mcm nak duduk kat sana jugalah..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...

    Put ur trust on Allah...
    Berdoalah... nescaya Allah perkenankan...

    •Surah Al Baqarah ;
    Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Ayat 45)

    Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
    (Ayat 153)

    •SurahAl-Hajj;
    Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat. (Ayat 77)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akbar...Allah lah sebaik-baik tempat mengadu, terimakasih atas perkongsian terjemahan ayat-ayat suci tu.

      Delete
  4. Subahanallah..rasa terharu benar2 menakjubkan..sungguh Alla itu maha mendengar orng2 yang beriman...Allahu Akbar..ya Allah Etuza bersyukur sangat dapat teman blog seperti tuan blog laman ini..selalu kongsi sesuatu yang menggembirakan hal Zat Mu ya Allah. Minta kongsi doa ya nak nak copy..Subahanllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan cikgu...apa salahnya berkonsi sesuatu yang bermanfaat, saham yang diperpanjangkan..

      Delete
  5. pondok tu ke yang tak rosak tu..sepertinya dalam keadaan elok seolah tiada apa yang berlaku..AllahuAkhbar...maha suci Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cikgu, itulah kawasan pondok yang dimaksudkan, kedudukannya sangat hampir dengan sungai tu kan..

      Delete
  6. Alhamdulillah, Amazing NA.

    ReplyDelete
  7. ya..kuasa Allah yang tak terucap dengan luahan kata-kata.

    ReplyDelete
  8. Masyaallah.... doanya didengar Allah....
    Mmg cantik tempat ni NA, rasa damai jer moga mudahlah anak anak tahfiz kita belajar dgn izinNya.

    Insyaallah ..... jalan yg baik akan mudahlah dpt pertolongan Allah

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah, doa org2 yg tulus berjuang di jalanNya takkan dibiarkan.

    ReplyDelete
  10. itulah semua dari Allah..Allaha bedar dan semua itu adalah kehendaknya..Allah hu Akhbar

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign