Asam Garam Kehidupan: Kot nak baca, bacalah, he he..

Nuffnang

Pages

9 Jan 2015

Kot nak baca, bacalah, he he..

Salam jumaat kengkawan, semoga semuanya mendapat keampunan Allah, kasih-sayang dan rahmatNya sentiasa.

Saya masih berpeluang bekerja di tempat kerja lama dulu, ebuah tadika di pr 18, putra jaya. Masih menumpang seorang kawan, kak Faridah Saad. Tinggal agak jauh, jadi saya kena keluar dengan suami, turun di sebuah stesen bas, dan tunggu kak Faridah di situ. Nanti dah bukak sekolah suami kena keluar sebelum subuh, sebab subuh pun masuk lewat, jadi saya turun di sebuah masjid, solat subuh di situ, lepas tu yunggu kak Faridah di situ.

Nak balik, saya tak balik dengan kak Faridah, sebab suami dia selalunya ada OT sampai pukul 6. Jadi balik saya dihantar oleh sorang kawan di tadika, saya turun di sebuah stesen petronas, solat asar di sana, dan tunggu suami yang sampai kekira pukul 5.30 petang di situ.

Mak aiii...susahnya.

Tak. Perkara yang kita suka buat, ibarat dah jadi darah daging kita, in shaa Allah tak menjadi satu kesusahan. Saya ni dah 20 tahun bersama dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ni. Kenapa tak cari tadika berhampiran? ( mungkin ada kengkawan yang tanya macam ni kan)
Susah saya terangkan di sini, kengkawan tak kan faham...cuma apa yang dapat saya katakan, duit bukan segalanya.

Ataupun kalau ada yang bertanya ..." aikkkk, balik pun sampai berantar..?"  Laaaa, saya takde transpot sendiri, kenalah diambil, dihantar. Lagipun mereka nak gunakan cikgu berpengalaman macam saya, sebab tu mereka sanggup hantar saya balik. Lagipun saya suka, sebab saya cuma kerja 3 hari je, he he..

Oklah kengkawan, takat ni dulu untuk hari ni,  in shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi.

10 comments:

  1. Sebelum di serang ahmar, ibu_suri juga bekerja di tadika. Tadika milik NGO kami sendiri. Kerja kerana minat bebudak. kerja kerana ingin membuat amal kerana Allah.

    Banyak bezanya kerja kerana hati berbanding kerana duit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, lM pandai, dunia saya dunia bersama ahli syurga, hebat kan.

      Delete
  2. kadang-kadang susah nak bagi orang lain faham kan kak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, takyah faham, cuma kasi crita saja..hi hi

      Delete
  3. nor baca pun rasa macam penat jer..masa di luar mcm agak lama jer..tapi apa2 pun ada jalannya in shaa Allah.
    lazimkan solat dhuha Allah lapangkan semuanya yg susah jadi mudah..yg lmbat jadi cpt.
    knor doakan semua baik2 saja..

    ReplyDelete
  4. Subahanallah terkesan juga kelangsungan kerja Nor azimah ni..ada infor duit bukan segala-galanya ..maknanya Cigu Nor azi ni berkemampuan ..bayak saving ..kita andaikan begitu ya. Syukran..Dah jadi rutin maka biasa dah ..mujur 3 kali seminggu ya..jika begitu boleh buat kerja lain dalam araund 4 hari seminggu..so cikgu nor azi ..buat lah perniagaan ya..join lah dengan Etuza...pergi ke amoghdazali263@gmail.com,,datang respon kat sana ya..usah risau lah..tahniah semangat mendidik yang tak luntur...

    ReplyDelete
  5. tajuk blog asam garam kehidupan..so cerita cgu pun banyak asam garam kehidupan ni..

    ReplyDelete
  6. Mereka yang terlibat dengan kanak2 adalah seorang yang penyayang dan penyabar...

    Tahniah Norazimah..

    ReplyDelete
  7. berbakti menabur jasa selagi bernafas ya cik.. (saya guna panggilan acik la ya..hehehe)
    kalau dah minat, duit dpt berapa ja pun tak kisah,asalkan kita boleh puaskan hati kita dgn kerja yg kita betul2 minat..

    ReplyDelete
  8. 20 tahun dalam duni pendidikan kanak2? mmg byk pengalaman kak Azie tu..dah berapa tahun berkhidmat di tadika pr18 tu kak

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign