Asam Garam Kehidupan: Selamat menempuh alam baru Muhammad Hilman

Nuffnang

Pages

13 Jan 2015

Selamat menempuh alam baru Muhammad Hilman

Hari ni ibu cuti, jadi dapatlah tangkap gambar Muhammad Hilman bepakaian sekolah menengah. Alhamdulillah, seorang lagi anakku menempuh alam baru, alam sekolah menengah. Banyak sungguh pesan ibu...dan yang ibu tekan sangat-sangat supaya pandai pilih kawan.

 Muhammad Hilman ni tak sebijak kakak dan abang, kakak walaupun tak sebijak abang, tapi kakak lebihnya rajin, sebab tu kakak berjaya. Yang abang pulak, yang ibu ingat sangat..suka study last minit, masa nak upsr dulu, dua minggu lagi menjelang pereksa, baru abang serius study, bawak semua buku, timbun depan tv, study la konon, tapi yelah...kelebihan Allah bagi kat abang, dia tak study banyak tapi dia pick up belajar dalam kelas..

Tapi Muhammad Hilman, takde semua tu..tapi ibu yakin..Dan ibu dokan suatu hari pasti ada jalan untuk Muhammad Hilman.

11 comments:

  1. setiap anak-anak itu berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing...tak per kak, pasti ada kelebihan hilman yang tersendiri yang boleh digilap dan diasah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya farah, akak akur tu, dalam setandan kelapa tak semuanya elok, sorang anak walau camane pun tetap dalam doa seorang ibu
      p/s: tq farah berkunjung kat sini dan komen

      Delete
  2. Betul tu kak..masuk sekolah menengah cabaran berganda sebab taulah jiwa remaja . Semoga maju jaya Hilman..ingat pesan ibu tu, hati2 pilih kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak risau sangat sebenarnya, taulah kelas belakang2 ni, budak2nya agak nakal, cikgu pun kurang bagi perhatian, cuma setiap hari akak tak lekang pesan kat dia, benda yg sama je.
      tq Sal atas kunjungan dan komen. In shaa Allah akak balas kunjung.

      Delete
  3. in shaa Allah
    kitalh yg mndoakan anak2..
    sebut jer yg baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya knor, kata2 yg baik tu saya yakin satu doa juga.

      Delete
  4. Peperiksaan UPSR dan PT3 tahun 2014 pada kakaklah Azie tak boleh dijadikan kayu ukur kebijaksanaan anak-anak. Kesian mereka bagaikan 'terkena' tapi kita pasrahlah moga anak-anak menjadi 'manusia' berjaya dari yang berjaya... cemerlang dunia & akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga tu, cuma anak saya yg ni kak, mmg tak menjadi dari segi pelajarannya, cuma saya belum nampak kecenderungannya yg lain, adalah dia minat sikit2 melukis komik, mana tahu satu hari bole buat komik islamik sendiri kan, doa ibu tu..

      Delete
  5. biasanya perempuan mmg cepat matang/pandai ,lelaki bukan nak kata tak pandai, cuma ada sebahgian boleh balance antara akedemik n kemahiran..
    adik Hilman,masih muda lagi..,tak apa cik..acik boleh pupuk/ajar dia lagi..banyak masa dan peluang..
    dia mungkin lambat sikit,tapi insyaaAllah boleh ke depan..cuma perlukan masa..

    haa..ni dia suka melukis,senang buatlah mind map ke atau lukisan/guna kaedah seni utk bagi hafal formula/point2 penting..

    ReplyDelete
  6. Ohhh ini Muhammad Hilman.....biasalah tu NA...setiap anak mmg berbeza. Terlebih kat sana terkurang kat sini....Apa pun sebagai ibu kita mmg sentiasa mendoakan kejayaan mrreka ...Tak gitu NA? Hihi....moga mereka cemerlang didunia dan akhirat.....

    ReplyDelete
  7. doa ibu sangat mustajab kak Azie so jgn putus doa semuanya dari Allah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign