Asam Garam Kehidupan: Kalau terpercik cili...

Nuffnang

Pages

7 Feb 2015

Kalau terpercik cili...

Ni kisah minggu lepas.Nak kongsi sebab rasanya petua ni amat berguna kepada para suri/sura rumah semua. He he.

Al kisahnya, bila dah balik kija lambat, masak dinner lauk ringkas-ringkas jelah. ( cuma nak share juga nih, Alhamdulillah saya dibenarkan balik awal kira2 kul 2.30 petang, dalam kul 3 sampailah ke rumah ) Kadang goreng ikan, sup sayur, kadang asam rebus ikan, sayur campur, ataupun kadang ikan bakar dengan bayam tumis air. Ha'ah..kami lebih suka makan ikan dari ayam, terutama abahnya, kalau lauk ayam dia tak layan, ayam injek lah, ayam terlebih hormonlah..

Jadi bila lauk ringkas camtu, nak kasi pedas kenalah buat sambal, dan sambal yang paling mudah he he, tumbuk cili, perah limau kasturi, tuang kicap, dah cukup mengancam dah tu bagi kitorang. Malam tu saya bakar ikn cencaru, nak cicah dengan sambal tulah. Dalam dok kelam-kabut menumbuk cili, tetiba..." adoii, pedih, tolong ibu, tolong ibu" semua pakat meluru, bila saya menjerit sambil membasuh muka kat sinki.Bukan makin hilang, tapi makin merebak pedih dan panasnya. 

" amik ais ibu, letak kat situ" kata kakak.

Ais takde, tak buat. Amikla cawan yang berisi lebihan santan yang dah beku. Alhamdulillah...bila dah lekapkn agak lama kat tempat terpercik cili tu, rasa pijar tu hilang. Anak saya Muhammd Hilman pun siap buatkn ais kot lain kali ibu terpercik cili.

Bila tanya kakak, mana dia dapat petua tu, katanya dia terpikir sendiri je. Tapi memang menjadi tau kengkawan, sebab baru semalam terpercik cili kat jari plak, letak ais, dalam tak berapa lama rasa pijar tu pun hilang.

13 comments:

  1. Alhamdulillah anak-anak tolong, bole ambik petua kakak. aunty biasa ambik tisu biar serap ditisu. kalau basuh dulu pun ok. Ikan lagi bagus NA, miss u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oOo, petua yg bagus juga tu Fair, nnt bole cuba kan, tq

      Delete
  2. sama macm abah..jarang makan ayam..huhu..
    oh.. saya ada terbaca petua hilangkan pijar panas cili guna air basuhan beras..
    tapi tak pernah la buat lagi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..satu lagi petua yg bole dicuba.tq2x,

      Delete
  3. tip yg bgus.... tq kakak..
    mmg mengelabahlhkn terpercik cili...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cuma terpercik tepi mata, tapi pijarnya masuk gak ke mata.

      Delete
  4. sis JM pun x suka ayam..lebih kepada ikan tapi adik katu mah ni suka mkn ayam jadinya terpaksa lah juga masak ayam..

    petua terkena cili letak ais tu pertama kali dgr..bagus si kakak bagi idea nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss.salah...bukan sis JM...JM pun s suka mkn ayam hihihihi...

      Delete
    2. Mmg ikan mahal sikit, tapi muak pe makan ayam hari2, lagipun ayam cucuk kan,
      yelah sis JM..ehh..JM, he he

      Delete
  5. adoih semalam anak2 makan mi bandung..mengikut je apa maknya makan diorang pun sibuk nak makan.alih2 kuahnya terpercik masuk mata. lepas tu tenyeh pulak mata dengan tangan yg ada kesan kuah comot2 bertambahlah damage..last2 dua2 menangis sambil basuh mata kat sinki. yang tak tahannya dalam duk pedih mata tu sambung lagi makan mi bandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha, abis tu tak try gosok dgn ais ikut petua akak bagi tu..

      sedap sangatla tu mama masak, sampai makan juga dlm dok pedih-pedih mata tu.

      Delete
  6. Oh yer....bolehlah try lepas ni kalau pijar kena cili. Lama dah tak menumbuk NA.....blend jer senang! Cepat! Hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua biji je mak oii, tak baloi nak masuk blender, dah berterbangan serata blender jenuh plak nak ngumpulnya, he he

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign