Asam Garam Kehidupan: Kehidupanku dalam Al Arqam.

Nuffnang

Pages

29 Mar 2015

Kehidupanku dalam Al Arqam.

Post kali ni saya tulis khusus bagi menjawab pertanyaan sahabat saya Hainom OKje dalam post saya sebelum ni..."cerita mencari suami lagi". Kalau saya kata Al Arqam terpesong atau tak terpesong rasanya cam tak adil kan, so harap kengkawan buatlah penilaian sendiri. In Shaa Allah segala yang saya ceritakan tiada tokok tambah, kalau berubah pun mungkin tahun atau tempat sebab ceritanya dah lama, adalah yang saya lupa.

Ceritanya cenggini. Satu hari tu adalah sorang remaja berserban datang jual majalah Al arqam kat area rumah mak saya. Mak beli satu majalah wanita tak silap majalah Muslimah nama dia. Nipis je. Saya awalnya tak pandang pun majalah tu, Al maklum tengah remaja trang tang-tang. Entah camane satu hari tergerak hati nak baca. Ye..Dari situlah ceritanya, isi majalah itu begitu menyentuh hati. Saya seakan tersedar dari mimpi. Saya baca lagi berulang-ulang, dari kulit ke kulit...dan saya minta Mak saya beli lagi kalau ada diorang datang jual.

Dari situ saya mula membuat perubahan diri, saya mula lebih baik terhadap mak, saya jaga solat, jaga aurat, kalau dulu keluar keliling kampung tak pakai tudung pun, solat tu solat, tapi saya mula solat di awal waktu, mula lebih beradap dengan mak.

Satu hari diorang buat pameran bertema " Islam adalah cara hidup" di dewan apa entah, dah tak ingat dah, di tengah bandar Kuala Terengganu. Saya pegi dengan sorang kawan yang sama-sama tengah tunggu result stpm.

Dalam dewan tu yang sangat menarik minat saya ialah wajah tenang dan bersih para remaja berserban dan berjubah, para muslimahnya sangat sopan dan lemah-lembut, wajahnya terselindung di balik purdah hitam. Dalam dewan tu diselubungi wangian atar, ramainya orang datang. Dalam saya dengan kawan dok melewar-lewar tu, datang sorang pemuda berserban menyapa..."kak, kenapa dok pusing-pusing je, jom ikut saya dengar penerangan".... dalam hati saya kata.." Eishhh, orang ni aku muda lagi panggil aku kakak". Yele..waktu tu masih bebudak kan, tak paham kenapa dipanggil begitu, sebab kalau jalan-jalan pusing  bandar tu pakwe yang menyapa panggil.." dik, dik nak ke mana tu" atau " dik, abang ikut bole, amboi comey nya adik ni" waktu tu konon marah, tapi dalam hati suka, ermmm...

Hati saya makin tertarik pada Al arqam. Tiap bulan tak miss beli majalah diorang. Dalam salah satu majalah saya jumpa offer kursus perguruan peringkat tadika. Jeng..jeng...jeng..saya sambung nanti yek...in shaa Allah...

8 comments:

  1. baru syok baca..dah stop,

    p/s saya pernah ikut grup ni masa awal pengajian di salah satu cawangan itm (la uitm). itu pun kawan2 ajak. ada pengangkutan disediakan (1986). namun bila dapat offer maktab, saya tak berpeluang pergi lagi.

    ReplyDelete
  2. Trmkasih Sudi baca Dan komen, nak tulis bebanyak kang saya plak yg pening sbb nk ingat balik byk peristiwa yg berlaku, hi hi

    ReplyDelete
  3. Dulu dulu pun akak join gak grup ni skli dua. Majalah diarang tu mmg akak beli. Akak sayang geng geng ni. Tapi masa tak mengizinkan...akak akui majalah nilah yg mengubah peribadi akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...majalah diorg mmg sangat mendidik..lain dr yg lain.. Sbb tu ramai yg bole membuat perubahan diri..
      Diorg masih aktif bergerak..terbaru jump nasyid dirt Generasi Harapan dah keluarkan album terbaru

      Delete
  4. Memang seronok baca pengalaman awak NA....
    Pandai rupanya awak bercerita yek....ada bakat jadi penulis novel ni hihi....

    Sebelum terlambat, okje nak ucap Happy Bezday jugak, maklumlah selang sehari katanya hihi....moga kerahmatan dan keberkatan milik awak ye NA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kits tulis tu khas utk awak baca tau...tq sudi baca. Dulu ada gak berangan nak jadi penulis novel..hi hi

      Kita tak sambut pun..Al maklum dah kilauan ni ( pinjam okje pya istilah..halalkan tau ) gigil je nk ingat umur sendiri..hu hu.

      Delete
  5. Sy juga ada collection majalah Muslimah ni. Dan ada satu lagi majalah lain. Sy juga pernah sesekali mengikuti majlis2 diorang selama setahun. Pernah jugak menghadiri majlis perkahwinan diorang. Mmg benar.. ia memberi kesan perubahan pada diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majalah diorg ada byk...antaranya mukminah, an nasihah, utk lelaki ada Al munir, Dunia baru, saya pun masih simpan, segala isinya masih releven utk dibaca

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign