Asam Garam Kehidupan: Kita siapa...?

Nuffnang

Pages

13 Apr 2015

Kita siapa...?

Tolong benci diri sendiri, mampu? Mengarut je. Patutnya diri sendiri nak kena sayang, kena jaga, kena belai, dapat gaji beli suppliment, barang mekap, hand bag, baju, kasut baru, baru betul...BETUL KE?

Ok..bacalah dulu..jangan cepat buat penilaian.
Macam ni..tolong bencikan diri,tolong cabutkan rasa sombong, rasa diri hebat, rasa berkuasa, rasa istimewa.

Kena ingat selalu, dalam diri kita ni Allah berikan benda busuk dan kotor supaya kita dapat rasa diri kita ni hina, kita hamba, takde lebihnya kita dari orang lain, PM ke kita, bergelar Dato' ke, kaya raya hingga tandas pun bersalut emas, apa yang keluar dari jalan belakang tu sama je dengan orang lain, busuk, jijik..kita sendiri tak sanggup nak tengok,apatah lagi nak pegang..

Siapa yang tidak bencikan dirinya dia bukan hamba Allah, bukan pengikut Rasulullah...
Siapa yang tidak boleh terima teguran, dia bukan hamba Allah, bukan pengikut Rasulullah..
Siapa yang sombong, rasa diri hebat, berkuasa...dia bukan hmba Allah, bukan pengikut Rasulullah...

Bukan mudah untuk kekalkan rasa hamba, sebab dalam hati kita ni ada nafsu yang sentiasa jadi penghalang...
Sebab tu kena kenang, kena ingat selalu...yang kita ni tidak ada lebih atau kurangnya dari orang lain...walau siapa pun kita...

Sebab kita hanyalah HAMBA..

9 comments:

  1. ... jadilah kita semua ini hambaNya yg semampu boleh berbuat apa yg diperintah tinggal yg dilarang. Tak payah susah-susah nak mengumpat hal org yg akhirnya menjerumus diri sendiri. Baik-buruk kita semuanya tercatat sempurna. Sentiasa terbuka minda menerima yg baik. Husnuzon dalam banyak tindakan. Biar tinggi mana pun akhirnya ke bawah tanah sana juga tempat kita sementara menanti hari perhitungan.. takut pulak kakak ni Azi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak selalu dapat ingat kzakie. Yang lagha tu lagi banyak rasanya..:(

      Delete
  2. siapalah kita.hanya hamba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah saya beli semua yang di atas setiap kali gaji hehe..jimat jimat..baju setahun sekali pun susah beli..

      Delete
    2. contoh..in shaa Allah yang singgah kat sini semuanya baik-baik..aminnn

      Delete
  3. betul tu kak, memang betul...

    ReplyDelete
  4. Moga sifat hamba tu akan terus ada dlm diri ini. Moga Allah titipkan kekuatan dlm menghadapi apa jua dugaanNya...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign