Asam Garam Kehidupan: Hati ibu dah mula gundah-gulana lagi..

Nuffnang

Pages

26 May 2015

Hati ibu dah mula gundah-gulana lagi..

Tinggal beberapa hari je lagi kakak akan pergi tinggalkan ibu, abah, adik-adik...hati ibu mula kacau-bilau lagi, macam-macam benda datang dalam fikiran ibu. Yelah...ibu mana tak risau kan, fikir anak nak pergi jauh, walaupun UIA Gambang tu taklah sejauh SESTER Kuala Terengganu dulu, dan tu pun bukanlah kakak sambung belajar luar negeri pun, tapi hati ibu ni tetaplah gundah gulana..."alahai kesiannya nanti nak makan kena beli, nak beli pun kena bajet, kalau tak tak cukup plak duitnya, nak beli tu, nak beli ni, takkan nak makan roti pagi, petang, malam...alahai"

Tu pun ada je lagi benda tak selesai, dah beli kasut, tak boleh kasut warna cerah plak, habih...camano tu? Berlubang besarlah poket abah bulan ni.

Sebulan ni adik-adik aman sejahtera duk rumah, takyah bangun kul 5.15 pagi cam selalu, walaupun hari-hari makan tengaharinya spesel menu " tolo mato kobau" takpun "tolo dadar" tapi takla adik-adik tu merungut plak. Kalau ada lauk lebih malam dipanaskanlah bagi adik-adik tu makan. Rice cooker kecik dah ko, masak nasi cara manual selalulah hangit, pun adik-adik tak merungut...

Ibu trylah juga nak penuhi request kakak nak makan itu, ini. Melangit tau perasaan ibu ni bila dipuji ibu masak terrrbaikkk, kalah chef wan, makanlah..takyah puji-puji do, setiap ibu kan adalah pakar masak terbaik buat anak-anak, tak caye tanya kakak, ki ki ki..

In shaa Allah...ibu akan sentiasa doakan yang baik-baik buat 5 orang anak ibu, berjaya di dunia, lebih lagi di Akhirat, jadi anak-anak yang berbakti.... tak perlulah nak pasang eskalator dari tingkat atas ke bawah macam kakak cakap tu. Cuma ibu rasa di hari tua ibu nanti ibu nak sambung belajar di pondok ustaz kazim, boleh?

10 comments:

  1. mula2 jer perasaan tu..normal utk semua ibu2...
    anak buah knor juga dpt UIA tpi kat gombak jer..dkt sgt dgn rmh knor...diorg duk kepong jer...
    semoga semuanya mudah urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu kan, ni pun sbb kakak dah duk 5 bln kt rumah, tu yg buat ibu filing lebih tu.
      Tulah..bestnya dpt yg dekat, nk jengok pun senang..ermmm..nk wat camane dh rezrki kakak belajar jauh kot

      Delete
  2. bagus lah anak akak...hebat...
    semoga dipermudahkan segala urusan pengajiannya, Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nhhas atas doanya, dan atas kunjungan juga.

      Delete
  3. good luck kakak! biasalah tu kak NA,doa yang baik-baik. InshaAllah, semuanya baik sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sal, in shaa Allah kan..dan tq atas kunjungannya, tadi akk gi rumah sal, tapi biasalah guna phone kekadang tkleh nk tinggalkan komen

      Delete
  4. Siapa pun ibu nak yg terbaik buat anak-anak Azi. Kita tak mampu nak bantu dia belajar selain doa. Lainnya dia kena usaha sendiri. Sedih berjauhan itu lumrah biasa. Adik-adik jadikan kak long mentor. moga cemerlang juga

    ps: Muka Kak Long betul-betul dah muka Azi kan.. anak ibu ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kzakie, kalau nk tau dia dgn adik2 dia cengil semacam, tapi bolela harap tolong ajar math kt rumah.
      ps..ye ke...mcm tak je

      Delete
  5. Comeh comeynya anak awak NA.......putih putih....
    Alah mula mula mmg gitu NA, nanti lelama ok ....relax ar hihi....

    ReplyDelete
  6. Lhoo...yg kecik2 tu bukan ank kita, tu budak tadika, si kakak tu cuti spm baru ni dia asisten ticer kat tadika yg kita ngajar tu, ..
    Yg sadisnya dag takde teman gadoh kat rumah, nnt tkde teman borak lagi sbb abah eh tak suka borak2, hu hu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign