Asam Garam Kehidupan: Inilah sebab hati menjadi mati.

Nuffnang

Pages

25 May 2015

Inilah sebab hati menjadi mati.

Orang yang mati hatinya atau buta jiwanya bukan sahaja merosakkan diri sendiri, malahan melibatkan orang sekelilingnya bahkan lebih parah dia merosakkan agama. Antara perkara yang menyebabkan matinya hati ialah:
1.  Mata tidak dikawal dari melihat kemungkaran.

2.  Telinga diguna bagi mendengar perkara lucah, umpatan dan benda-benda lagha.

3.  Hati suka mengkhayalkan perkara-perkara maksiat.

4.  Makan dan minum dari sumber yang tidak halal atau syubhah.

5.  Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita lebih lagi kerana ia boleh meransang nafsu haiwan kepada manusia.

Dari ransangan nafsu yang jahat boleh merosakkan jiwa. Jiwa rosak melahirkan sifat-sifat mazmumah yang tidak mampu dikontrol lagi. Akan bermaharaja pula berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran di tengah masyarakat. Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat manusia....

Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia di dunia...di Akhirat diseret pula ke neraka...wal' iyazubillah...

5 comments:

  1. hari2 kita kena bersihkan hati..
    kena hilangkan tompok2 hitam di hati..

    ReplyDelete
  2. Yelah mana boleh qu puteh je, kenalah bagi ubat putihkan hati juga

    ReplyDelete
  3. hehe..terbaik lah kak!

    ReplyDelete
  4. Ingatkan bila hati sudah hitam hihi....
    Moga kita masih mampu mengawal nafsu hasutan iblis durjana tu NA...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign