Asam Garam Kehidupan: Akupun belum bersedia...

Nuffnang

Pages

2 Jun 2015

Akupun belum bersedia...

Perhatikan sehelai daun kuning yang jatuh, melayang perlahan jatuh ke bumi...terdampar, dipijak, dihenyak, disepak...tanpa perasan mahupun perasaan..atau jatuh ke dasar longkang, adakah yang sudi mengutipnya, kemudian diletak penuh sopan ke perdu pohonannya, ku aju pertanyaan sekali lagi kepadamu, adakah yang sudi mengutipnya...?
Tapi sekurangnya daun kering itu semasa hayat hijaunya dia tak pernah melupakan tasbih kepada Sang Penciptanya....
Dan sang daun kering itu masih bernilai sebagai baja di penghujung riwayatnya...

Sedang kita, yang berjasad segar, wangi, mahupun sudah kerepot dimamah usia...masihkah bernilai bila terdampar layu tanpa nyawa?
Ermmm...sekurangnya masih ada yang menangisi, benar...tapi untuk berapa lama? Setahun, dua tahun..sepuluh tahun, sekadar itu sajalah...tangisan, kerinduan bakal surut ditelan waktu.....

Jadi apakah yang menjadi nilai sekujur jasad yang layu tanpa nyawa....
Yang selamat hanyalah yang pulang dengan membawa sekeping hati dipenuhi rasa takut Allah...rindu nabi.
Yang selamat hanyalah yang pulang membawa penuh amal ikhlas.
Yang selamat hanyalah yang pulang dengan membawa redha di atas setiap ketentuanNya..
Yang selamat itu hanyalah yang pulang dengan cukup persediaan..
Lalu mari kita tanya ke dalam hati kita, sudah adakah itu semua jika dijemput pulang masa dan ketika ini...?
Terus-terang, aku juga belum cukup persediaan untuk pulang...
Lalu mahu kutangisi kebodohanku...
Jadi bagaimana mahu kuyakini keselamatanku...?

16 comments:

  1. Sama-sama kita perbaiki diri..yaya pun terlalu banyak kelemahan.. kitab baru telah dibuka..semoga catatan malaikat baik2 sahaja tentang kita...Insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersangka baik kan, moga Allah membenarkan sangka baik kita di samping kita terus berusaha memperbaiki diri.
      Akk dah berkunjung ke rumah yaya, cuma blm sempat nk update blog yaya ke side bar akk.
      Apapun terimakasih atas persahabatan.

      Delete
  2. in shaa Allah kak..in shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.. Moga Allah Yang Maha Baik sentiasa sudi menerima taubat2 kita.

      Delete
  3. Mmg hidup kita ni, ialah sentiasa kena buat persiapan..24jam, takde rehat.
    Moga kita dapat rehat yg sebenar bila kita mati kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu DZ, ada org kata bila ingat mati jadi mundur, salah tu...ingat mati tu membuatkan kita sentiasa berusaha menambah amalan yg dgnnya kita berubah ke arah kebaikan dan seterusnya berkemajuan juga. Ingat mati bukan semestinya ddk di tikar sejadah sahaja.

      Delete
  4. In Shaa Allah, sama-sama kita perbaiki diri kita...

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah....tq farah atas kunjungannya.

    ReplyDelete
  6. Berpenat2 didunia berehat2 di akhirat..
    Syurga itu mahal harganya

    ReplyDelete
  7. Syurga itu maharnya darah dan air mata...

    ReplyDelete
  8. "sang daun kering itu masih bernilai sebagai baja di penghujung riwayatnya" ayat yang menyentuh hati :) artikel yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trmkasih sudi menghayati dan sudi berkunjung

      Delete
  9. Alahai NA......tetiba insaf sekejap......
    Sesungguhnya murahnya harga sekujur jasad yg telah pergi. Walaupun ditangisi pada mulanya tp akan dilupakan ......Hanya amalan yg menjadi peneman dan bekalan huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpela insap sekejap pun, dari tak insap2 lansung.
      Peringatan utk saya khusus 15 shaaban..

      Delete
    2. Takpela insap sekejap pun, Alhamdulillah, dari tak insap2 lansung..kann

      Delete
  10. ohh...bila tanya sudah bersedia ke belum..ofcoz belum...byk lagi kurang...hari2 erlu tambah dan perkemaskan lagi amalan..in shaa allah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign