Asam Garam Kehidupan: Ramadhan lima.

Nuffnang

Pages

23 Jun 2015

Ramadhan lima.

Ramadhan ku biasa saje semalam. Maklum saja aku pun orang awam, orang biasa... bukan orang soleh yang mampu berpuasa hati dan rohnya, yang berpuasa kerana mencari Tuhannya, bukan kerana mengejar fadhilat semata.
Aku berpuasa semata-mata kerana menunaikan Rukun Islam, aku belum mampu memperhambakan diri sepenuhnya kepada Tuhanku. Kerana itu akhlakku masih tidak berubah, mazmumah masih beraja di hati. Sungguh aku sedih sebenarnya. Ramadhanku berlalu begitu saja, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Aku tahu tujuan ibadah itu adalah untuk mencari Tuhanku...bukan kerana mengejar syurga atau fadhilat yang dijanjikan. Kerana mencari syurga atau fadhilat itu ertinya aku cuma memperbesarkan nikmat Tuhanku, sedangkan sepatutnya aku hanya membesarkan Tuhanku, soal fadhilat atau ganjaran tu adalah hak Tuhanku. Aku tahu kalau aku mengejar fadhilat semata, samalah aku dengan anak kecil yang dijanjikan hadiah wang jika berpuasa penuh.
Sepatutnya aku mencari Tuhanku kerana jika mencari Tuhanku, dan aku mendapat Tuhanku, syurga dan fadhilatNya kudapat sama...jika aku beribadah kerana mengejar ganjaran yang dijanjikan belum tentu aku dapat...apatah lagi mendapat Tuhanku...

Jadi apa yang aku dapat....?

7 comments:

  1. sama-sama kita memperbaiki diri dari semasa ke semasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul farah..kerana kita ni hamva yg sentiasa lalai dan terlupa...

      Delete
  2. Batui jugak apa yg akak sampaikan ni...kadangkala dok perasan jugak..time bulan posa ni la dok nampak muka2 yg tak pernah jemaah kat masjid ada..bila dah habis posa..muka2 yang muncul hanya di bulan puasa ni hilang ntah kemana bersama-sama perginya ramadhan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Yang penting kita berpuasa seikhlasnya dan sebaiknya. Tentang ganjaran pahala, kita serahkan kpd Allah.
    Moga2 Ramadhan kali ini lebih mengakrabkan kita dengan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Betul tu...tentang ganjaran tu adalah hak Allah, jika kita ikhlas in shaa Allah ada..

      Delete
  4. macam mana nak mencari Tuhan dalam Ramadhan kak..apa perasaan tu..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign