Asam Garam Kehidupan: Ramadhan tiga.

Nuffnang

Pages

20 Jun 2015

Ramadhan tiga.

Kakak nak beli laptop. Semalam naik bas pukul 6 petang dari Kuantan. Turun kat Pekeliling. Abah berbuka puasa di Masjid Negara. Malas nak ulang-alik. Tunggu-tunggu sampai pukul 12 malam tak sampai lagi. Abah kata pukul 1 malam baru sampai rumah. Saya dah di alam mimpi.

Al kisah beras habis. Saya tak perasan. Nak masak berbuka semalam baru sedar. Subuh puasa ketiga tadi kami bersahur dengan cekodok jer...

Kesian anak-anak. Pukul 11 pagi dah pedih perut lapar. Umar Zikri takdelah puasa hari ni. Tapi excited dapat berjalan ke The Mines ikut abah cari laptop kakak lapar pun tak jadi hal.

Hari ni kakak minta ibu masak kari daging, ikan masak kicap dan sayur campur. Bubur jagung pun sempatlah buat, pencuci mulut kata orang yea. Abah balik terawih suka makan kuih, pencuci mulut camtu. Kalo ibu dah cukup dengan makan nasi masa berbuka tu, kalau nak rasa pun cukup semulut dua je. Seronok tengok kakak bertambah-tambah dua tiga kali. Makanlah kakak. Kat kolej kadang berbuka dengan telur mata kerbau jer..kesian..

Malam ni nak masak sambal bilis campur kacang dan tempe, masak kering-kering buat bekal kakak. Tahanlah dua tiga hari kot. Esok kakak naik bas pukul 2.30 petang. Ada kawan kakak, anak tunggal. Tinggal dekat-dekat je dengan rumah kami, berambil-berantar..ibu abah tak mampu buat camtu kakak. Takpelah kakak, bersusah-susah sikit. Berdikari.

.".....Hu hu...bilalah agaknya aku dapat ikut cara berbuka puasa macam Rasulullah...makan tamar dan minum air, terus solat maghrib dulu. Sedari aku mula belajar berpuasa, dewasa hinggalah berkawen pun, di rumah keluarga mentua pun bila berbuka mesti terus makan berat..
Suami pun memang jenis terus nak makan nasi berlauk bila berbuka. Bagi aku pula, selesai berbuka  terus solat maghrib tunggu isya' dan terawih sekali. Dah takde nak fikir makan-makan lagi dah. Itu yang mudah bagi aku.
Tapi aku tau cara aku tu salah. Entah bila aku dapat ikut cara betul yang Rasulullah ajar tu...sedih juga ni.."

2 comments:

  1. hihihi... boleh kak...
    kuat kan keazaman,
    ambik wuduk, bawak kurma ngn segelas air - buka puasa atas sejadah.
    solat maghrib dan boleh p makan.

    boleh makan bertenang sikit.
    kalau mkn berat terus, nnt perut meragam, dengan isi rumah yang bukan seorang, nak Q toilet.
    nnt mesti lambat solat maghrib.

    ReplyDelete
  2. Ha ah kan, betul gak tu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign