Asam Garam Kehidupan: Ramadhan tujuh.

Nuffnang

Pages

25 Jun 2015

Ramadhan tujuh.

Malam tadi dan malam sebelumnya saya dan suami berbincang tentang tempat nak balik raya. Awal lagi? Ha ah kan. Tapi benda ni timbul sebab anak-anak dah mula bertanya. Saya tak kisah pun nak balik mana. Kampung suami kat Rembau ke atau kampung arwah ma kat Terengganu. No hal.
Cuma sejak ma takde tahun 2011 dan mak mentua pun tak berapa sihat sekarang ni, raya tu tak jadi hal pada kami, cuma anak-anakla.

Balik Rembau memang seronok buat anak-anak sebab meriah dengan ramainya sepupu sebaya. Kalo di Terengganu cuma ada anak cik lie yang paling besar pun baru darjah dua. Tapi nak balik Rembau suami bimbang naik darah mak mentua dengan ramai dan bisingnya bila dah terkumpul ramai tu.

Ada satu lagi pilihan. Balik raya rumah abah dan makcik di Pahang. Hu hu...ini lagi tak best, sebab tak biasa, tak kenal, tak rapat lansung...

Aduhaiii....kesian engkorang ya anak-anak...

Tak pun kita raya kat BCH jelah, raya dengan kengkawan jemaah, ermmmm...abah pulak malu sebab dah lama tak tunjuk muka kat kawan-kawan jemaah..
Hu hu hu...

~~Tanda ibadah tidak berkesan.~~
Ketentuan dan takdir Allah kita tidak suka.
UjianNya kita benci menerimanya.
Masa depan kita bimbang sahaja.
Dapat nikmat bertambah tamaknya.
Bila dinasihati dimarahi pula.
Ketika memberi mengaku ikhlas.
Inilah antara tandanya
Ibadah tidak memberi kesan
Kerana ibadah itu tiada rohnya.
Lalu apa yang hendak
Dipersembahkan kepada Tuhan..?

4 comments:

  1. Balik Rembau ajelah Nor kalau ramai meriah sikit. Jgn takut mak tak naik darah sebaliknya happy bila dikelilingi anak-cucu.

    Dimana duduk diri kakak dlm menjalankan ibadah kakak berserah pada Allah
    Buat selagi mampu dan moga amal-ibadah diterima olehNya.

    ReplyDelete
  2. Mmg tingin nk balik rembau' tapi suami pun nmpk berat hati, saya ikut je apa yg dia kata.
    Kak, kita beribadah dgn tujuan mencari cintaNya ye, kita buru cintaNya yg kekal abadi-..

    ReplyDelete
  3. raya kat memana pon sama je bila kita dah berusia ni kan he he he

    ReplyDelete
  4. Betul ciksiti, raya ni ank2 yg seronok, kita tumpang seronok tengok diorang seronok je, he he

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign