Asam Garam Kehidupan: Rutin bermula semula.

Nuffnang

Pages

15 Jun 2015

Rutin bermula semula.

Cuti sekolah 2 minggu, ermmm...rileks sungguh, eshhh...saya kerja, tak cuti..ada je budak day care, tapi tak ramai, tak sampai 10 orang pun. So saya lebih banyak buat kerja saya, menceriakan suasana tadika. Alhamdulillah lukisan yang dah tertangguh 3 bulan tu akhirrrnya...akhirnya berjaya saya siapkan dengan beberapa lukisan lain, uk aloh...macamla banyak sangat, ngehh..

Hari ni cam biasa bangun kul 4 pagi juga, tahajud yang tak khusyuk serakaat dua, turun siapkan apa patut, azan je terus solat, tak sempat nak berlama-lama di sejadah, dalam kul 5.55 terus hantar dua orang anak ke rumah pengasuh. Hermmm...kesian korang yea, tapi inilah tuntutan hidup, tambah lagi, ibu rasa ibu kena bantu abah topap belanja belajar kakak, kurang-kurang kakak perlu rm500 untuk keperluan belajar dia, itupun rasanya tak cukup selagi belum dapat elaun belajar tu, yang katanya tahun depan baru dapat. Inilah pengorbanan kita sekeluarga bagi kelansungan hidup seterusnya.
Semoga ada nilai ibadah di sisi Dia...

Cuti sekolah kul 6.30 baru keluar rumah. Jalan raya lengang je. Ni keluar kul 6 kereta dah berderet. Kesian abah nak menempoh jam, pin..pon sana- sini. Sampai pejabat dah 7.30 terus masuk kerja. Balik kul 4.30 pun kena tempoh jam jugak terutama kat pekan Semenyih tu, aduihhh...lenguh lutut tekan clutch, suh tukar kete auto ( sebab ibu pun nak try bawak, ki ki ) abah kata tak pikap, ala bah....yang sebenarnya nak save minyak kan, macamlah ibu tak tau..

Ni sementara menunggu bebudak tadika sampai, sempatlah update kat tepon je, jadilah daripada takde, kot ada yang tertunggu- tunggu nak baca saya merapu, ha ha ha..

Nak ambik kesempatan juga ni, nak ucapkan selamat meraikan Ramadhan Al Mubarak, semalam sempatlah kemas, hias rumah sikit-sikit. Sunat tau nak sambut Ramadhan. Orang kita ni terbalik, kalau nak raya time tulah hias rumah bagai nak rak, sepatutnya nak sambut Ramadhan la kita hias rumah sebab banyak sangat keberkatan yang Allah nak beri masuk ke rumah kita di bulan yang mulia ni. So...jom kita pakat tukar tradisi ni, moga makin seronok kita nak sambut Ramadhan yang dirindui.

Opss...kena berenti dulu, dah ting-tong loceng tanda ada budak dah sampai..so...ilal liqa'...maas salamah...

3 comments:

  1. Tak sabarnya nak puasa!
    Nice entry :)

    ReplyDelete
  2. Kan...tak sabar menunggu, moga kita mendapat roh puasa, bukan puasa yg semata2 menahan lapar dan dahaga, tq atas kunjungannya.

    ReplyDelete
  3. Memang rindu pun nak baca cerita kengkawan cuma tulah....sejak kebelakangan ni hp suka betul hang tu yg tak dapat nak bw dengan jayanya hihi.....
    Sama ler kita berkejar kejar pepagi cuma bezanya okje taklah sesibuk awak NA...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign