Asam Garam Kehidupan: July 2015

Nuffnang

Pages

29 Jul 2015

Jika berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia...

" Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu ( dalam menegakkan agama Allah ) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh ( hawa nafsu ) dan teguhlah kamu ( dalam barisan perjuangan ) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat kemenangan."
( Ali Imran : 200 )

Satu hari datang pada Yazid Bustami ( seorang wali Allah ) seorang temannya untuk mengadu.
" Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan. batin seperti yang engkau ceritakan."

Yazid Bustami pun memintas, " kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun sekalipun, engkau pasti tidak dapat menemukannya."

" Kenapa?" Tanya temannya.

Jawab Yazid " Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah."

Temannya itu lantas bertanya " katakanlah kepadaku apakah ubatnya?"

" Ada ubatnya, tapi engkau tidak akan sanggup melakukannya," kata Yazid Bustami.
Setelah dipaksa oleh temannya itu Yazid pun berkata...
"  Pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa diisi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, laungkanlah begini, setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan dapat sebiji buah kenari...selanjutnya pergilah ke tempat persidangan kadi, hakim dan  ahli hukum, katakanlah kepada mereka: Selamatkanlah jiwaku..."

Mendengarnya teman itu lantas berkata " Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain."

Yazid berkata, " Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi."

Begitulah beratnya hati yang di dalamnya bersarang penyakit hati iaitu mazmumah, ibadah yang banyak pun tidak menjamin keselamatan hati, malah makin menjauhkan kita dengan Allah. Penyakit hati tidak akan sembuh melainkan dengan satu jalan sahaja iaitu MUJAHADATUNNAFSI dan ia amatlah berat...tapi ingatlah selalu firmanNya...
" Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan- jalan Kami itu. "
( Al- Ankabut:  69 ).

25 Jul 2015

Cara mudah menanam pokok orkid..

Mai, mai peminat orkid. Mai nak habaq mai satu cara mudah kalo nak tanam orkid. Tapi ni bagi orang yang ada kawasan luas, pastu siap tanam pokok-pokok lain, macam pokok rambutan ke, pokok jambu pun boleh kot, janji ada dahan dan rendang..

Ni saya dapat masa pi beraya kat rumah salah sorang saudara dekat sebelah suami kat rembau. Seronok pi rumah dia. Ada kawasan yang luas, ditanam plak dengan berbagai pokok buah-buahan...rambutan, manggis...kalo sayalah ada tanah luas macam tu, ermmmm.....naik somak je kot...hi hi..

Oppsss...ke laut plak..
Macam ni, kakak ni memang jenis tangan sejuk kot. Apa ditanam menjadi dan hidup subur je. Jadi bila orkid-orkid tu dah membiak berakar-akar penuh pasu, dia potong dengan akar-akar dan pakukan je kat dahan pokok rambutan yang sudah dipotong macam ni....haaaaa....senang kan. Tapi saya tak sure cara ni sesuai tak dengan berbagai jenis orkid. Yang saya tengok tu orkid jenis bunga halus warna kuning tu. Yang lain tu ada yang ditanam atas tanah, tapi letaklah sabut kelapa, arang, pasu pecah, cantik subur je, cuma saya tak snap gambarnya.

23 Jul 2015

Syawal ke-3...manis, manisss..

Nilah nikmatnya beraya di kampung. Orang lain tibai kuih raya, saya...rembat rambutan, ha ha.
Pokoknya rendah-rendah, capai ngan tangan je, cheh...terbayang plak makan buah dalam syurga yang buahnya boleh petik-petik macam tu aje, aduhaiii...nikmat sungguh..Alhamdulillah..
Saya kalo jumpa rambutan hilang malu. Orang dah ke dalam, saya masih kat luar, capai masuk mulut, capai masuk mulut. Sampai tuan rumah semawe bawak balik, pucuk dicita ulam mendatangla..

Anak-anak pun xcited, al maklum kat bandar mana bole nak petik-petik ngan tangan camtu, semua main rm, rm aje...

Alhamdulillah...negaraku makmur dengan rezeki yang melimpah...maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan...? Ar-Rahman.

Syawal kedua- eksiden!!

Saya, sorang adik ipar dengan mak mentua je tinggal kat rumah pagi tu. Dua orang kakak ipar dah lama ke pasar cari ayam dan beberapa barang lain sebab mak mentua nak buat kenduri kecil sebelah malam tu. Abah and anak-anak pun sibuk bersiap nak pi berayo. Hajat aty nak yo ngikut, tapi mike nak siapkan apa patut hajat tu terpaksa dibatalkan. Jap tadi dalam kul 10 gitu, kakak ipar tepon suruh gorengkan mihun sebungkuih untuk sarapan.

Tengah dok layan bihun atas dapur tetiba......srrrrreeeeeeeeeeetttttt...dummmm...bunyi brek ditekan kuat, panjang dan jauh pastu diikuti dentuman kuat..

Hati pun macam meletup sama. Terus meluru keluar sebab larling and anak-anak baru sangat start enjin kete keluar. Ya Allahhhhhh...suami aku ke..?

Alhamdulillah...lega, bukan suami dan anak-anak. Tapi suami along( kira pangkat anak sedara kepada larling saya )..

Jelas sungguh si Nazri tu tergamam. Sungguh pun dia takde apa-apa, pucat lesi mukanya. Orang yang melanggar kete dia tu pun bukan main eksyen dan garang salahkan si Nazri kononnya kawan tu tak bagi signal nak masuk lorong kampung kitorang tu. Yang si Nazri agaknya dah tergamam tu dia terdiam jelah. Padahal suami saya nampak Nazri memang bagi signal sebab tu highway Pedas Linggi tu, mana bole tak bagi signal.  Orang tu yang salah dia bawak laju semacam nak ngelak sebuah lagi kete sampai hentam belakang kete Nazri. Nazri sebenarnya dah masuk separuh sebab tu bumper je kena.
Bila bawak balai baru nak ngaku salah. Padahal sebelum tu eksyen kemain lagi marah orang skeeping BI lagi.

Dalam dok leka memerati tu..ya Allah...mihun aku...!??

Hu hu...mihun kira halal lagi la walau ada rasa hangit. Tapi kuali mak mentuo den...

" padanla ontok yo bilo tanyo apo hangit ni, kosan ee koli hanguih.."
" Jejongkeh dan golak"

21 Jul 2015

Syawal ke-5...Surprise!!

Ni excited punya pasal...akak tangguh dulu entri syawal ke-2 dan ke-3, and up dulu entri yang ni sebagai penghargaan khusus buat seorang adik kesayangan..JM..terimakasih sesangat kerana masih simpan akak dalam ingatan JM. Akak tu bukan taknak ziarah blog jm, tapi sekarang ni suami akak dah tak langgan broadband, dia pun dah ada phone canggih, so dia selalu on9 kat phone je, pc tu dah jadi tempat main game anak-anak jelah. Akak pun selalu on9 kat phone gak, update entri kat phone, baca berita kat phone, tapi tak bestla sebab skrin kecik, tu yang jadi ada sikittt malas nak bw, he he..
JM...tq tau, tq bebanyak sebab bagi surprise dari Korea lagi, akak suuuuuuka sangat dengan benda-benda comey cenggini. Tapi akak terkilan gak ni, jm dah bagi akak 3 kali, tapi akak tak balas satu hapa pun lagi, malu pun ada gak ni. Tapi akak berazam suatu hari nanti akak nak bagi jm sesuatu, in shaa Allah....
Nanti jm contact akak yea..whatsapp 0189010340, akak malas nak bukak email.
Tak lupa tq juga untuk kad raya tu, panjang umur tahun depan in shaa Allah akak balas.

Dan rasa belum terlambat kot akak nak ucapkan Salam syawal, moga bertambah makmur hidup jm di hari- hari mendatang di samping keluarga tersayang, dan maaf zahir batin sekiranya akak ada salah silap kat jm yea..
Sekali lagi, terimakasih yang tidak terhingga dari akak.

17 Jul 2015

Hari- hari terakhir Ramadhan 1436H.

27 Ramadhan- kakak sampai.
28 Ramadhan- abang sampai.
Semua berkumpul. Berbuka puasa lebih meriah rasanya. Anak yang kecik tiga orang kebawah mula ajak balik kampung. Nak balik Terengganu. Yelah..rasanya kat lorong rumah kami ni tinggal kami je belum balik last ramadhan tu, sunyi sepi je, rasa macam duk kat tanah kubur, Tok Adi je takde...Tunggu hari ni, 1 syawal baru nak balik Rembau.
Malamnya  sempatlah abah layan diorang main bunga api.

Misi masak juadah raya bermula selepas zohor 29 Ramadhan. Buat nasi dagang, gulai ikan tongkol, gulai ayam, nasi impit Adabi dan kuah kacang. Lepas subuh sambung sikit lagi yang tak selesai.

Cadang nak ikut gi solat sunat Aidil Fitri. Tapi hajat tak kesampaian, hu hu. Juadah dah selesai masak, tapi dah berpeluh-peluh, tak selesa sungguh. Nak mandi lagi sekali dah tak sempat sebab suami dah siap nak pergi.

Faris dan Fairus adik yang duk kat Kelang tu sempatlah datang jamah juadah raya.

Lepas solat jumaat, petang syawal pertama kami bertolak balik Rembau. Bawak balik nasi dagang, nasi impit kuah kacang. Tapi sodeh raso ati den..my kakak ipar, my adik ipar, MIL sumo dah konyang pi berayo, dorang tak layan pun juadah yang den bawak tu, hu hu...anak-anak plak dah jumpo lomang ngan ghondang pun dah tak pandang nasi dagang den tu, lagi bergando kesedihan ati den, hu hu...

Sekian adonyo..

Tunggu ek...nanti ado cito ngori pado rayo keduo..

14 Jul 2015

Ramadhan dua puluh tujuh- sessi bagi duit raya.

Jumlah dalam sampul? Rahsia..hi hi..
Cuma agak terkilan sebab dah ramai yang mula bercuti dari semalam lagi. Memang kat tadika ke, sekolah rendah ke dah tak ramai yang datang. Memasing dah hilang mood belajar, excited nak beraya je dah.

Apapun saya nak amik kesempatan yang ada ni..nak ucapkan salam syawal buat semua kengkawan yang dikasihi..kzakie, knor, Okje, JM, ciksiti...maafla sekadar menyebut beberapa nama...tapi saya sayang semua yang sudi berkunjung ke sini. Ampun maaf zahir batin sekiranya terkasar bahasa..terselit nista yang tak disengaja...moga syawal yang tiba membawa bahagia kepada semua..

13 Jul 2015

Ramadhan dua puluh enam...rintihan hamba di akhir Ramadhan.

Ramadhan siap-siap tu dah nak pergi ke? Ye...dah nak pergi. Nak pergi mana? Nak tinggal saya ke? Sedihnya...kalau kamu sedih, saya lagi sedih. Kalau Ramadhan sedih, Ramadhan tak payahla pergi. Kalau Ramadhan pergi, dari mana saya nak dapatkan kekuatan nak hadapi 11 bulan lagi ni? Saya tak mampu...saya tak percaya saya boleh hadapi nafsu tanpa Ramadhan. Kalau Ramadhan kena pergi juga, tolonglah...tolong tinggalkan sebanyak- banyaknya kekuatan untuk jadi bekalan diri saya. Saya nak dapatkan rasa-rasa yang sepatutnya ada dalam hati seorang hamba. Saya nak dapatkan kematian yang berjaya. Oh Tuhan...kalaulah bukan kerana hari raya itu untuk meraikan kemenangan orang-orang yang bertaqwa, saya taknak raya. Saya tak layak berhari raya kerana saya belum bertaqwa..saya tak sanggup nak raya. Apalah ertinya raya kalau ianya bermaksud saya kehilangan Ramadhan yang saya cintai yang saya rindui...sedangkan saya cukup tau Ramadhan hadapan belum tentu dapat saya temui...Ramadhan...ada baki beberapa hari lagi untuk kita. Kita duduklah sama-sama ye. Biar nanti banyaknya kenangan antara kita. Biar nanti bila Ramadhan dah tak ada, hati saya kekal bersama Tuhannya... Pn Khaulah Asaari.

~~~ ku mengira detik demi detik yang berlalu, terasa makin sayu untuk berpisah denganmu, tapi aku tak berdaya menahan langkahmu yang kian deras meninggalkanku sedang aku makin lelah dan payah, masih berperang dengan mazmumah yang ganas bersarang di dadaku, lalu aku mengharap agar panjang umurku untuk bersamamu lagi~~~

Ramadhan dua puluh lima.

Baca entri IM pasal kuih raya, tergerak hati plak nak bercerita juga versi saya.keh..keh..
Saya tahun ni memang tak buat kuih raya. Awalnya cadang nak buat cuti rabu, khamis ni, tapi bila semut dah melata ( entri ramadhan dua puluh empat ) saya rasa lebih selamat tak buat, kang tak pasal-pasal saya uli kuih raya dengan semut-semut sekali, haaaa....baru jadi biskut sarang semut betul.

Rupanya larling saya ada dapat hamper raya dari suplier baja di Jabatan Pertanian tu, katanya adalah dalam lima hamper, semuanya atas nama dia. Tapi semua diagih-agihkan kat staf bawah dia, dia cuma ambil kurma dan kacang cerdik tu, saya...." Laaaaaaaaa...( panjang laa saya ) kenapa abang tak amik sebekas dua, takkan camtu jadi syubahat kot ( pandai je saya jatuhkan hukum, hi hi ). Pastu saya siap pesan kalo ada lagi hamper sila bawak balik satu dua bekas, boleh tak?

Jadi saya pun cari biskut raya Ikhwan, saya nak promosi ni, murah je, halalan toiyiban, guna pure butter lagi, dahla murah, saya jamin pasti sedapp, haaa..diorang buat biskut raya ni pasal haritu heboh  biskut raya yang masuk berkontena- kontena dari China tu. So kalu kengkawan nak order, boleh lagi, mana tau last-last minit ni dapat lagi murah. Ada nombor tepon kat bawah tu untuk dihubungi yea. Saya pun dah beli, betul..tak mahal, antara rm23 ke rm25 je..murah lagilah tu kan, sebab guna pure butter. Saya rasa biskut raya Ikhwan je yang masih kekalkan harga tu, kalu dari tempat lain dah cecah rm28, rm30 kan, lebih pada harga tu pun ada.
So...apa lagi...cepat pegi beli ( sila baca macam iklan terlajak laris yea, hi hi )

12 Jul 2015

Ramadhan dua puluh empat.

Sudah tiga hari kukerjakan semut-semut hitam yang gigitannya boleh tahan juga pedihnya. Habis dihurungnya rak pinggan, pinggan kotor yang tak sempat basuh lepas sahur, melata atas lantai,....aduh, nak masak pun tak senang,  pedih sana-sini kena gigit. Mana datangnya? Datangnya dari rumah kosong paling tepi, rumahku selang tiga buah rumah dari situ. Rumah yang betul-betul bersebelahan pun kosong juga sebab tuannya dah pindah ke Terengganu.
Yang buat aku makin geram sebab dah berapa kali kubasuh lantai dapur, hilang kejap, eh....tengok-tengok ada lagi. Pagi tadi seluruh dapur kubersihkan. Lap dinding, cuci dinding kabinet, siram lubang sinki dengan air panas, pun sama...lega kejap, tengok- tengok nak masak buka petang tadi ada lagi dia datang buat highway masuk dari bawah pintu dapur. Mati akal ku dibuatnya. Sembur dengan penyembur serai wangi afy hanif pun dah tak jalan. Tiga hari je habis sebotol guna untuk spray dia saja, akhirnya aku plak yang tak tahan dengan bau penyembur serai wangi tu.
Ada racun semut yang bentuk hablur warna biru tu, pun tak jalan, tak mau dia makan, tau agaknya racun..
Naik bingung kepala otak aku dibuat dek makhluk Allah yang halus ni...
Apa lagi aku nak buat yea....

~~Ramadhan..makin laju larianmu meninggalkan aku...aku lelah...tak berdaya mengejarmu...Syawal...maaf...aku tidak bersedia menyambutmu...hadirmu tiada erti bahagia buatku...~~

10 Jul 2015

Ramadhan dua puluh tiga.

Dari subuh tadi aku terfikir-fikir betapa bertuahnya dia. Orangnya sangat sederhana. Wajahnya sentiasa tersenyum. Sangat gigih berjuang sepenuh masa bersama jemaah sebagai staf di bakeri Ikhwan di Country Home, Rawang. Bagaimana kukatakan gigih, masanya, tidur baringnya lebih banyak di bakeri itu berbanding di kediamannya. Dan boleh dikatakan bakeri itu sangat berjaya kerana usaha gigihnya itu.
Khabarnya dia diserang stroke dan menjalani pembedahan di kepalanya minggu lepas. Subuh tadi dari aplikasi whatsapp kuterima khabar kematiannya pukul 3.10 pagi jumaat. Masya Allah....indah sungguh saat pemergiannya dalam bulan Ramadhan di subuh Jumaat. ...
Sebenarnya ada dua tiga pemergian kawan-kawan jemaah berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ini...indah kan? ' kepulangan' di bulan pengampunan...semoga aku direzekikan juga 'kepulangan' ku ke kampung halamanku di dalam bulan berkat suatu hari nanti.....
Al Fatihah untuk mak long bakeri...

Ramadhan dua puluh dua.

Dah akhir-akhir Ramadhan terasa agak lesu badan tu. Kalau duduk je mesti nak terlelap. Jadi nak elakkan terlelap saya gagahkan diri bangun menyapu, siram pokok bunga...tu kalau kat rumah. Kalau kat tadika, saya sibukkan diri dengan berjalan ke sana ke mari, ke depan ke belakang, dalam kelas tu nyanyi, suruh budak- budak tu baca kuat-kuat, hilangla ngantuknya.
Budak-budak ni pun pandai jugak bila dah banyak baca, baca menulis, mulalah  buat muka lembik, saya kesianlah plak bila masing- masing bagitau ..." Penatla ticer..."
Sebenarnya kami ajar puasa sekerat hari, pagi 'sahur' dulu dalam kul 9...berbuka dalam kul 4. Tapi ada yang larat puasa penuh..terpulanglah sebab mak ayahnya nak macam tu.

Tapi masa mengaji iqra saya kalah, saya selalu terlelap, memang tak tahan ngantuknya...sampai.." Ticer, saya ngaji sampai mana ni? "
Ha ha ha...pensil yang saya pegang ni pun terlepas..

8 Jul 2015

.Ramadhan dua puluh satu...Antara peristiwa penting berlaku di bulan Ramadhan

OMulia sungguh, berkat sungguh, bulan rahmat, bulan pengampunan. Sehingga nabi pernah bersabda..." Sekiranya umatku mengetahui apa-apa kebaikan di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka menginginkan agar semua tahun itu menjadi Ramadhan"

Tercatit dalam sejarah beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Suhuf atau lembaran-lembaran nabi Ibrahim as diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan. Kitab Taurat diturunkan pada malam keenam bulan Ramadhan tujuh ratus tahun sesudah suhuf nabi Ibrahim. Kitab Zabur diturunkan pada malam kedua belas bulan Ramadhan lima ratus tahun sesudah kitab Taurat. Kitab Injil diturunkan pada malam kelapan belas bulan Ramadhan selepas seribu dua ratun turunnya kitab Zabur. Al Quran pula diturunkan pada malam kedua puluh tujuh Ramadhan sesudah enam ratus dua puluh diturunkan kitab Injil.

Kukongsikan ilmu di atas bersama teman alamayaku, ilmu yang kuperolehi sewaktu mengisi masa senggang sementara menunggu isya. Moga ada manfaatnya.

7 Jul 2015

Ramadhan dua puluh.

Sudah masuk 2/3 Ramadhan. Menjelang 10 malam terakhir yang Allah janjikan di dalamnya ada satu malam yang pahala amalannya ibarat beribadah seribu bulan. Beruntunglah sesiapa yang beroleh malam itu. Sesiapa saja berhak berusaha mendapatkannya..jadi jangan sia-siakan peluang yang ada..mana tau kan...ada rezeki kita...

Ramadhan sembilan belas.

Izin kukongsikan di sini sebuah kisah yang pilu untuk tatapan dan iktibar kita bersama. Moga jadi muhasabah diri...
Suatu hari anak khalifah Umar Al Khattab ra pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan.

Di antara mereka mengatakan " Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan baju budak ini..." Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuatkan hatinya teramat sedih...

Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam khalifah Umar Al khattab memang sangat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah ( pemimpin negara ), tampalan di bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu...

Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal.
Kerana ketiadaan wang, pergilah Saidina Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut. Kerana tidak bertemu dengan bendahari Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut...
" kepada bendahari Baitulmal yang saya hormati...
Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. In shaa Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..."

Tuan bendahari tidak segera mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada khalifah. Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Tuan bendahari menjawab surat khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan..
" Kepada Amirul Mukminin Umar Al Khattab.
Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.
Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?
Seandainya ajal menjemput tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah swt?
Wassalam"

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal itu, khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya hari raya, Saidina Umar ra melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis.

" Mengapa engkau menangis wahai ayahku?" Tanya anaknya.
Saidina Umar menjawab.
Saidina Umar menjawab...."" Aku bimbang hatimu sedih di hari raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal  itu."
Kemudian anaknya berkata.." Seharusnya  yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya."
" Sesungguhnya aku berharap Allah azza wa jalla memberikan redhaNya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku."

Semakin deras air mata Saidina Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

......berapa pasang bajumu, baju anakmu, dan bagaimana Ramadhanku...dan aku....

6 Jul 2015

Ramadhan lapan belas.

Ahad...cari jubah untuk Muhammad Hilman masuk kelas tahfiz. Masa kosong sebelah pagi biarlah dia isi dengan sebaik mungkin, memang agak lewat. Bukan taknak masukkan dari awal tahun aritu, tapi baru jumpa tahfiz separuh masa, kebanyakkan tahfiz yang ada tu untuk sepenuh masa. Jadi dari tak masukkan lansung, agak lewat pun masih tak terlewat rasanya dalam menuntut ilmu.

Hari ni berbuka puasa kat rumah SIL di Nilai. Dapatlah jumpa MIL kejap, dah lama tak jumpa sebab suami selalu balik sorang je ke Rembau, tak bawak kitorang, bukan taknak ikut, tapi tau jelah anak-anak saya tu, kang bergaduh, kang berlari ke depan, ke belakang....pening kepala MIL saya tu. Tambah plak memang kesihatannya tambah merosot kebelakangan ni.

Sedih kan, sayu rasa hati sebab Ramadhan dah makin beransur pergi...

5 Jul 2015

Ramadhan tujuh belas.

Sabtu..17 Ramadhan...nuzul Quran.Alhamdulillah..syukur ada di kalangan kengkawan yang dah khatam tu, tahniah. Ramadhan kini ibarat mentari yang kian berlabuh di ufuk timur, namun sedikit lagi kesempatan yang ada ni dapat kita manfaatkan sepenuhnya agar kita mendapat Ramadhan fil barakah, lebih utama kita dikurniakan sedikit rasa kehambaan hasil dari mujahadah sebulan Ramadhan ini.

Semalam Allah beri rezeki berbuka puasa dengan juadah arab. Seorang kawan suami belanja kami. Daging kambingnya sedap betul. Tak bau hamis cam biasa orang melayu masak. Ni snap curi-curi ni, dah selesai, tinggal sikit-sikit lagi. Yang bestnya kalau tak habis makan boleh suruh bungkus bawak balik. Ok la rasanya tak mahal sangat, satu kepala dewasa rm45, kanak- kanak rm25. Sapa yang nak try, bolelah cari restoran ni, Restoran Al  Rawsha namanya, di shah Alam seksyen 7.

4 Jul 2015

Ramadhan enam belas

Jumaat...sebenarnya saya berazam untuk Ramadhan 1436H ni saya nak buat catatan penuh sebulan Ramadhan.
Jadi walau takde benda special pun yang berlaku saya tetap juga nak buat catatan..
Anak- anak dah 'hint2' bila ibu nak buat kuih raya. Alaa...ibu taknak pikirlah, tunggulah ada orang sedekah ke, orang bagi hamper kat abah ke, tak pun belilah kerepek-kerepek yang berlambak malam raya nanti. Raya lambat lagi. Pikir macamana nak manfaatkan Ramadhan yang masih bersisa ni..

Rasulullah pernah bersabda ramai orang yang berpuasa baginya tiada pahala melainkan lapar dan dahaga.....

Fikir-fikirkanlah..

3 Jul 2015

Ramadhan lima belas.

Pagi tadi tak ke sekolah. Alhamdulillah abah bole bawak bincang, abah amik cuti dan bawak Umar Zikri ke klinik sekali lagi. Kali ni amik ubat sebab sedut gas semalam tak berkesan pun. ( harap kengkawan abaikan bantal buruk Umar Zikri tu yea)
Baju pun tak bertukar, tak mandi..

Gambar si gegirl comey tu...dah termalu dia, saya suka sangat dengan budak ni sebab dia suka gelak, kena marah pun dia boleh gelak juga. Jari dia tutup parut hitam kecil kat tepi bibir tu,  saya tanya kena apa tu...jawapan dia konsisten je walaupun saya dah tanya banyak kali...katanya..." Polis tangkap Dania, pastu polis tembak..." Ha ha ha.. Tinggi betul imaginasi si kecil 4 tahun ni.

Dah separuh fasa Ramadhan kulalui...entahla...usahkan menambah amalan lahir, amalan batin pun jauh sekali..kenapalah aku ni Tuhan..tahun demi tahun Kau beri aku peluang untuk overhaul diriku di detik Ramadhan begini, tapi tahun demi tahun aku mensia-siakan peluang itu....ampunkan hambaMu ini Tuhan...

1 Jul 2015

Ramadhan empat belas.

Antara lima beradik dia yang paling teruk asmanya. Kalau batuk je janganlah tunggu sehari dua, terus kasi ubat In shaa Allah tak melarat. Tapi kalau stok ubat batuknya dah habis, alamatnya melaratlah jadi asma. Semalam batuknya baru takat 'angin'2 je, bangun pagi tadi dah jadi 'ribut'...
Bawak klinik sekali sedut gas kena rm30. Dah naik harga yea..tak silap dua tiga bulan lepas baru rm25..hrmmm...apa nak dikata..demi kesihatan anak, pejam mata je.
Ni tertidur atas meja dalam kelas sementara tunggu nak balik. Aduihh...basahlah kain di jemuran, hujan selepas zohor, tak sempat sampai rumah lagi.
Maghrib tadi selepas berbuka puasa ( baru belajar puasa, puasa takat yang dia mampu )...nak tergelak pun ada bila dia tanya..." Ibu, tak larat..boleh tak solat sambil duduk?"
Alhamdulillah...anak ibu Umar Zikri dalam usia 6 tahun dalam sakit pun masih ingat nak solat.

Ramadhan tigabelas.

Selasa..memang konfem tak balik Terengganu. Malam raya spend night kat rumah dengan semua anak dan harapnya adik yang dua orang tu dapat datang bermalam raya, jadi esoktu bolehla ziarah makam bonda. Last pegi aritu sebelum puasa..dah bersih kukerjakan rumput- rumput yang meliar..Bukan sengaja tunggu raya, baru nak jenguk pusara bonda, tapi tunggu adik-adik sebab rasanya dah lama diorang tak ke sana. Sadis juga, padahal memasing duduk area KL je...
Tengahari baru balik Rembau, raya hari jumaat kan..hari sabtu petang balik rumah semula.

Wadah untuk diisi sepanjang Ramadhan.
Sambungan dari entri Ramadhan sembilan.
Hanya hadiah-hadiah yang mahal saja yang mendapat balas hadiah dari Allah. Antaranya:
1. Wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba, rasa diri lemah, berlapang dada...
2.  Wadah sembahyang diisi dengan rasa kehambaan, rasa dilihat, rasa hina, tawadhuk, khusyuk...
3.  Wadah membaca Al Quran diisi dengan ilmu, pengajaran, keinsafan, terasa kebesaran Tuhan, rahmat dan kasih-sayangNya...
4.  Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisi dengan mensucikan Tuhan, memuja, membesarkan Tuhan, penyerahan diri, baik sangka, membesarkan Akhirat...

Jadi, kita boleh nilai Ramadhan kita.
...rasanya sungguh susah mendapat balasan hadiah dari Tuhan kerana bulan Ramadhan kita isi dengan pesta makanan, borak- borak kosong, kerisauan tentang baju raya, perabut baru atau pun tidur-tidur sahaja...

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign