Asam Garam Kehidupan: Cara mudah menanam pokok orkid..

Nuffnang

Pages

25 Jul 2015

Cara mudah menanam pokok orkid..

Mai, mai peminat orkid. Mai nak habaq mai satu cara mudah kalo nak tanam orkid. Tapi ni bagi orang yang ada kawasan luas, pastu siap tanam pokok-pokok lain, macam pokok rambutan ke, pokok jambu pun boleh kot, janji ada dahan dan rendang..

Ni saya dapat masa pi beraya kat rumah salah sorang saudara dekat sebelah suami kat rembau. Seronok pi rumah dia. Ada kawasan yang luas, ditanam plak dengan berbagai pokok buah-buahan...rambutan, manggis...kalo sayalah ada tanah luas macam tu, ermmmm.....naik somak je kot...hi hi..

Oppsss...ke laut plak..
Macam ni, kakak ni memang jenis tangan sejuk kot. Apa ditanam menjadi dan hidup subur je. Jadi bila orkid-orkid tu dah membiak berakar-akar penuh pasu, dia potong dengan akar-akar dan pakukan je kat dahan pokok rambutan yang sudah dipotong macam ni....haaaaa....senang kan. Tapi saya tak sure cara ni sesuai tak dengan berbagai jenis orkid. Yang saya tengok tu orkid jenis bunga halus warna kuning tu. Yang lain tu ada yang ditanam atas tanah, tapi letaklah sabut kelapa, arang, pasu pecah, cantik subur je, cuma saya tak snap gambarnya.

2 comments:

  1. Emmmm....okje layan jer apa jenis bunga pun tp nak menanam tu mcm belum sampai seru jer hihi.....
    Tp kalau cenggitu punya cara, mcm senang jer ek NA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi orkid mmg tumbuh menumpang kt pokok kan dlm hutan tu, jadi mmg betui la caranya akk tu menanam....kan?
      Saya ada gak menanam pokok bunga tapi bukan orkid la.
      Ish..ish mak oii, kalo menanam ni kuar gak peluh sesikit, yelah kena siram., kena gembur, kena sapu daun yg gugur, haaaa...ada gak xsesaisnya, ye tak.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign