Asam Garam Kehidupan: Ramadhan dua puluh empat.

Nuffnang

Pages

12 Jul 2015

Ramadhan dua puluh empat.

Sudah tiga hari kukerjakan semut-semut hitam yang gigitannya boleh tahan juga pedihnya. Habis dihurungnya rak pinggan, pinggan kotor yang tak sempat basuh lepas sahur, melata atas lantai,....aduh, nak masak pun tak senang,  pedih sana-sini kena gigit. Mana datangnya? Datangnya dari rumah kosong paling tepi, rumahku selang tiga buah rumah dari situ. Rumah yang betul-betul bersebelahan pun kosong juga sebab tuannya dah pindah ke Terengganu.
Yang buat aku makin geram sebab dah berapa kali kubasuh lantai dapur, hilang kejap, eh....tengok-tengok ada lagi. Pagi tadi seluruh dapur kubersihkan. Lap dinding, cuci dinding kabinet, siram lubang sinki dengan air panas, pun sama...lega kejap, tengok- tengok nak masak buka petang tadi ada lagi dia datang buat highway masuk dari bawah pintu dapur. Mati akal ku dibuatnya. Sembur dengan penyembur serai wangi afy hanif pun dah tak jalan. Tiga hari je habis sebotol guna untuk spray dia saja, akhirnya aku plak yang tak tahan dengan bau penyembur serai wangi tu.
Ada racun semut yang bentuk hablur warna biru tu, pun tak jalan, tak mau dia makan, tau agaknya racun..
Naik bingung kepala otak aku dibuat dek makhluk Allah yang halus ni...
Apa lagi aku nak buat yea....

~~Ramadhan..makin laju larianmu meninggalkan aku...aku lelah...tak berdaya mengejarmu...Syawal...maaf...aku tidak bersedia menyambutmu...hadirmu tiada erti bahagia buatku...~~

6 comments:

  1. AnonymousJuly 12, 2015

    Akak pernah alami situasi macam ni. Dekat sebulan masalah tak selesai. Last last panggil pestcontrol. Dia org bubuh sejenis gel. Alhamdulillah okay dah. Kita boleh beli gel tu kt pestcontrol company. Cubalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kak, trmkasih kerana bagi idea

      Delete
  2. Teori saya ialah jika tidak ada bau makanan di merata, semut tak datang. Sebab itu kalau karpet saya ada semut halus, selepas vakum saya akan mop di atasnya.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa betul juga sbb pggn mangkuk sahur tu mmg tk sempat basuh sbb kuar rmh pun pukul 6 pagi...tapi tulah saya dh operasi seluruh dapur pun dia ttp dtg

    ReplyDelete
  4. Masalah yang sama sering menggerumuni ruang dapur di rumah..sampai dh malas nak pikiaq...mcm2 dh buat kak ooi...last sekali biaq ja highway depa depan mata..kot depa dok sibuk balik kg rasanya musim perayaan ni..huhu

    ReplyDelete
  5. Hu hu...dia buat highway balik kg yea...masalahnya dia mengetit tu pedih juga, tu yg naik geram dibuatnya.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign