Asam Garam Kehidupan: Ramadhan lapan belas.

Nuffnang

Pages

6 Jul 2015

Ramadhan lapan belas.

Ahad...cari jubah untuk Muhammad Hilman masuk kelas tahfiz. Masa kosong sebelah pagi biarlah dia isi dengan sebaik mungkin, memang agak lewat. Bukan taknak masukkan dari awal tahun aritu, tapi baru jumpa tahfiz separuh masa, kebanyakkan tahfiz yang ada tu untuk sepenuh masa. Jadi dari tak masukkan lansung, agak lewat pun masih tak terlewat rasanya dalam menuntut ilmu.

Hari ni berbuka puasa kat rumah SIL di Nilai. Dapatlah jumpa MIL kejap, dah lama tak jumpa sebab suami selalu balik sorang je ke Rembau, tak bawak kitorang, bukan taknak ikut, tapi tau jelah anak-anak saya tu, kang bergaduh, kang berlari ke depan, ke belakang....pening kepala MIL saya tu. Tambah plak memang kesihatannya tambah merosot kebelakangan ni.

Sedih kan, sayu rasa hati sebab Ramadhan dah makin beransur pergi...

5 comments:

  1. Cepatnya berlalu Ramadan.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. Terasa kejap benar Ramadhan bertamu..

    ReplyDelete
  3. wah nampaknya menyelerakan nih...

    ReplyDelete
  4. Hi hi...rezeki bln pose

    ReplyDelete
  5. Kakak ada sedih ada suka.
    Sedih nak tinggalkan ramadhan sebab tak tahu boleh jumpa lagi atau tak tahun depan (dah tua ni Azi)
    Suka sebab tak lama lagi akan berjumpa ramai keluarga semua.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign