Asam Garam Kehidupan: Baby tau nombor telepon Allah.

Nuffnang

Pages

4 Aug 2015

Baby tau nombor telepon Allah.

Ni cerita lepas maghrib semalam. Sambil duduk-duduk menunggu Isya...minggu ni Alhamdulillah Allah rezekikan saya dan larling saya berpuasa 6..barula dapat dua hari je sebenarnya. Hajat hati tu nak buat terus sampai hari jumaat dan sari lagi sambung hari Isnin depannya. ..In shaa Allah panjang umur dan ada kesihatan yang mengizinkan. Hari sabtu ada kenduri arwah suami kak Ani meninggal sebelum puasa aritu. Kak Ani ni my SIL. Hari ahad plak cadang nak masak nasi dagang, Nhhas...jadi datang tak?

Anak- anak pun pakat 'berbuka' sama, so sesama lepak menunggu Isya..
" Bah, bb tau nombor telepon Allah"
" Ishh..mengarut je baby ni.." marah si kakak nadhrah.
" Ye, bb taula..belajar kat sekolah.."
" Hrmmm...camane nombor eh?" tanya si abah.
" Tapi bb tak ingatla,"
Kami pakat gelak.
" Nombornya 24434," saya mengingatkan.
" Oo..tulah dia, baru bb ingat, ibu ajar kalau kita solat tu kita bercakap-cakap dengan Allah.."

Alhamdulillah...

7 comments:

  1. bijak...:)
    dan mmg saya pernah dgr tazkirah ustaz pasal no telefon tu

    ReplyDelete
  2. Kena biasakan ank2 dgn ilmu mcm ni, supaya hati mereka terpaut dengan Allah...

    ReplyDelete
  3. Bijak2.. 5 angka = 5 waktu bermula subuh, muhasabah untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. Bijak2.. 5 angka = 5 waktu bermula subuh, muhasabah untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. Bijak2.. 5 angka = 5 waktu bermula subuh, muhasabah untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. Cuti raya haritu aku pulang dgn membawa satu azam baru; aku nak belajar masak dgn ibu di dapur. Sama macam semua anak perempuan yg lain. Aku nak tolong dia. Aku tak sanggup tengok dia sakit lutut mcm orang tua. Petang tu tanpa hiraukan lelah lepas 4 jam duduk dlm bas, aku sahut seruan dia utk tolong buat kuah kacang di dapur. Tapi. Apa yg aku harapkan drpd cuti raya kali ni. Hancur.

    Dia cakap aku takde otak. Sbb aku tercampurkan kulit kacang dlm kacang yg dah dibersihkan. Lepas ayat tu terpacul drpd mulut dia. Aku rasa. Marah. Benci. Kecewa. Sedih.

    Sejak haritu segala perasaan hormat aku terhadap dia hilang. Hilang mcm tu je. Macam abu ditiupkan angin. Orang yg aku hormat selama ni cakap aku takde otak. Tu belum masa aku kecik kecik dulu. Bodoh. Menyusahkan orang. Otak letak kat lutut. Kalau dulu aku tak faham tapi sekarang aku dah besar. Aku bukannya bodoh sangat sampai tak terasa dgn apa yg dia cakap. Terima kasih lah atas doa tu. Dalam kelas aku boleh faham apa yg lecturer ajar. Tapi masa test. Aku jadi mcm orang hilang ingatan. Apa yg aku belajar semua hilang. Semua benda aku lupa. Mcm orang takde otak kan?

    Kenapa dia cakap mcm tu? Dia dah tak sayang aku lagi ke?

    ReplyDelete
  7. dear anonymous,

    i thank you. what you wrote is a painful but timely reminder for me.
    digerakkan untuk ke sini dan jumpa catatan anda, memberi kesedaran pada saya.
    semuga anda diberi kejayaan dan kekuatan dalam menempuh ujian anda.

    dan semuga ibu anda dan juga ibu2 lain yg sepertinya, insaf dan dapat berubah dan kembali menunjukkan kasih sayang kepada anak2.

    terimakaseh juga kepada blog srikandi.
    pertama kali saya ke sini, banyak yg saya pelajari, seperti kisah meniup lilin.

    jazakumullah khair

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign