Asam Garam Kehidupan: Cerita di hujung syawal...Aduh...terkilannya..

Nuffnang

Pages

15 Aug 2015

Cerita di hujung syawal...Aduh...terkilannya..

Salah saya tak tengok tarikh betul- betul bila massage tu dikirim. Yang saya tau memang saya xcited tunggu diorang datang. Siapa? Oh...geng tadika saya di Putra Jaya dulu. Bila dapat massage tu saya terus plan nak  masak something special walaupun simple...." Ermmmm....elok sangat tu diorang nak datang jumaat malam sabtu, esoknya tak kerja, boleh borak lama sket, aku nak masak mihun soto, nasi dagang sket, buat air batu, boleh hidang air sejuk dengan teh panas, kalau sempat nak buat sagu pelangi, ok dah tu rasanya..."

Rupa-rupanya massage tu dikirim pada rabu malam khamis...dan diorang nak datang khamis malam jumaat, sedangkan yang saya sangka massage tu dihantar pada hari khamis dan diorang nak datang hari jumaat malam sabtu...

Jadi bila diorang datang malam jumaat tu terkejut berukla saya, dengan rumah bersepah, ruang tamu berterabur dengan buku sekolah anak-anak yang masih sibuk dengan homeworknya, sedangkan waktu tu dah jam 9.45 malam. Diorang plak ingat saya tak dapat massage tu, sebab bila sampai pintu pagar dah berkunci. Kawan yang hantar massage ni call, tapi tepon saya tengah caj kat atas. Rumah saya takde loceng pagar, malas nak pasang. Umar Zikri dengar orang bagi salam. Dia jenguk kat luar bagitau kawan dia nama Aiman datang, ...ishhh...Aiman mana? Aiman Putra Jaya jawabnya, laaaaaaa...saya jadi panik gila....

Jemput jugala diorang masuk. Lima orang semuanya. " apa aku nak hidang ni, kuih raya dah tinggal habuk,...aduh..."
Memang kuih raya dah habis dah. Barang nak buat mihun soto tertinggal di tadika, terlupa nak bawak balik. Kalau ada pun bukannya sempat nak masak. Kebetulan kat rumah pun stok barang dapur dah habis. Tinggal sesikit je lagi.
Berulang kali saya minta maaf, memang sesungguhnya saya terkilan yang amat-amat sangat, sebab tak dapat jamu diorang makan.
Apa yang ada? Saya goreng keropok dengan teh panas je..hu hu hu....kesian diorang...

Jangan pelik yea sebab masing-masing membahasakan diri ' ana' ...ana tu bahasa arab bermakna saya..

Yang dalam balang tu apam susu saya bangun pukul 4 pagi buat sebab anak- anak ada jamuan raya kat sekolah. Cadangnya nak buat malam tulah, tapi manakan sempat sebab kawan- kawan saya tu ada di rumah saya sampai pukul 11.30 malam lebih. Dah janji dengan anak- anak nak buat, lagipun kesian plak kalau tak buat, nanti kawan-kawan ada benda bawak, diorang bawak perut je, malu jugak kan.

6 comments:

  1. alahai..kesiannya.kalau saya pun terkilan. Takpelah kak, takde rezeki. Yang penting ziarah menziarahi, makanan tu soal kedua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmgle Sal, tp akk ttp gak rasa terkilan, sebenarnya kalo ada brgnya buat mihun soto tu sejam punbole siap, smlmakk set masa tgk betul sejam boleh siap, tp dah tkdebrnya nk wat camane, hu hu...

      Delete
  2. Kalau sayapn rasa terkilan juga..jgnllh ada tetamu di masa x sedia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tk bersedia lansung UA, tp dh dtg kita jemput jugalah kan...

      Delete
  3. Wa... nanges.
    Huhuhu...

    Takpe ... moga mereka memahami...

    Insya Allah.

    Ehhh tapi lambat nye g beraya... dh nk dekat pkl 10 mlm... hihihi

    ReplyDelete
  4. Dorg dr putrajaya after maghrib huda, mgkn jem pun ye gak.
    _diorg tk kisahpun tp akk lattp rasa terkilan..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign