Asam Garam Kehidupan: Lagi kata-katanya yang mencuit hati.

Nuffnang

Pages

23 Sep 2015

Lagi kata-katanya yang mencuit hati.

Mendengar berita anjing gila di tv sambil memerengkan kepalanya, macam faham je..hatiku meneka-neka..
Masuk berita lain, sambil tangan menyusun lego mulutnya nengomel- ngomel sendirian...

" Mana ada anjing gila gigit orang, orang gila gigit anjing adalah..."

Saya rasa kalau korang dengar, korang pun gelak tak pun senyum gelihati...itulah kata-kata madah..ha ha ha dari buah hati pengarang jantung saya..Umar Zikri.

Salam Aidil Adha buat semua teman alamaya yang sangat saya kasihi, ampun maaf zahir batin sekiranya selama persahabatan ini saya sering terlanjur bicara yang menyentuh peribadi kalian, sesungguhnya jika terjadi itu hanya secara kebetulan yang tidak saya sengajakan. Semoga persahabatan kita berpanjangan hingga ke Jannah sana, amin ya Rabb...

6 comments:

  1. Asalam kami berada di Kota Kinabalu sekarang ni. Hehehe rasanya terfikir begitu ..anjing gila agaknya yang menggigit tu .tak berapa faham..ada kempen nyahkan anjing liar kan yang tak bertuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam cikgu, beraya di KK yea, salam aidil adha buat cikgu dan keluarga

      Delete
  2. Eeee anjing gila bahaya ooooo....

    ReplyDelete
  3. anjing liar memang banyak..kagum dengan banyak negara non-muslim yang takde langsung anjing liar di jalanan..

    ReplyDelete
  4. Diorg ada tmpt khas utk anjing2 tu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign