Asam Garam Kehidupan: Salah satu cara untuk khusyuk solat.

Nuffnang

Pages

9 Sept 2015

Salah satu cara untuk khusyuk solat.

Ada bermacam cara boleh kita buat untuk mencapai khusyuk. Solat yang khusyuk itu penting kerana solat yang beginilah dapat mencegah perbuatan mungkar. Firman Allah..
انالصلوةتنهى عن الفحشاءوالمنكر
Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada pekerjaan yang keji dan mungkar.

Sembahyang yang khusyuk bolehlah diertikan sembahyang yang sempurna lahir dan batin. Ketika jasad menghadap Allah, hati juga menghadap Allah. Ketika mulut memuji, mengagung dan berdoa pada Allah, hati juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan pada Allah.

Memang susah, tapi wajiblah diusahakan khusyuk itu kerana solat yang khusyuk sahaja akan menghapus dosa, membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati pada Allah, meningkatkan taqwa dan menghindar perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia dan di Akhirat Allah anugerahkan pahala dan syurga yang penuh kenikmatan.

Antara cara yang boleh kita usahakan:
1. Berwudhuklah lebih awal untuk menunggu waktu solat, lunakkan hati terlebih dahulu dengan bacaan zikir, selawat mahupun ayat suci Al Quran.

2. Usahakan memahami makna bacaan di dalam solat.

3. Setelah ingat dan faham, bacalah segala bacaan yang sunat di dalam hati, jangan dilafazkan, kerana sifat hati ni, bila lidah bekerja, hati turut bekerja, tetapi jika mulut diam, hati tetap bekerja. Ingat!!! Cuma bacaan yang sunat sahaja seperti bacaan dalam rukuk, sujud dan bacaan dalam duduk antara dua sujud. Bacaan yang wajib seperti takbiratul ihram, Fatihah dan tahiyyat tetaplah wajib dilafazkan. Sebab itu usahakan untuk faham maknanya.

In shaa Allah...moga boleh kita manfaatkan bersama.

6 comments:

  1. Perkongsian yang berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Kena belajar fahami ayat yang kita baca. Terbaik tips ini.

    ReplyDelete
  3. Kena jaga solat. Panduan yang berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tq NA......Betul tu.....bukan mudah nak khusyuk. Rasa malu dengan Allah, solat tp hati dan fikiran merayau huhu...

    ReplyDelete
  5. betul tu kak Azie...marilah sentiasa khusyuk dalam solat

    ReplyDelete
  6. bukan mudah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat... tapi kita kena berusaha untuk ke arah tu... sekarang ni dalam anak-anak membesar, sambil ajar anak, sambil saya sendiri belajar maksud dan ulang2...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign