Asam Garam Kehidupan: Warna Hati Sentiasa Berubah...

Nuffnang

Pages

27 Sep 2015

Warna Hati Sentiasa Berubah...

Susah sungguh hendak meluruskan hati.
Berubah saja situasi dia ikut berubah.
Payah sungguh hendak dicorakkan dalam satu warna.
Warna hati sentiada berubah.
Dia tidak mahu istiqomah.
Mudah saja tergugat oleh suasana.
Apabila mendapat ujian kesusahan dia mula gelisah.
Bertambah berat ujian jiwa bertambah parah.
Tapi...
Bila mendapat kesenangan dia mula berbunga-bunga.
Bertambah kesenangan bunganya bertambah merah dan cerah.
Dia terlonta-lonta kegembiraan, lupa daratan.
Terasa dirinya orang istimewa.
Orang lain semuanya malang.
Oh Tuhan..
Susah sungguh hatiku untuk diluruskan.
Tolonglah aku.
Luruskanlah hatiku.
Di dalam sebarang situasi.
Di waktu susah maupun senang.
Di waktu sempit dan lapang.
Engkau jadikanlah hatiku setiap saat
Tidak cacat denganMu.
Bahkan dalam setiap ujian menimpaku.
Makin menguatkan imanku.

Nota hatiku...mengapa payah benar wahai hati...

4 comments:

  1. hati ini seperti laut juga. kekadang kuat alunnya, kekadang tenang sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang bila tiada angin, bergelora bila ribut melanda..

      Delete
  2. Duhai hati......moga kau tidak hitam, moga kau tidak membolak balikkan diriku yg lemah ini. Moga kau mampu memimpin diriku istiqamah walaupun perkara kecil sebesar zarah...
    Eh....melalut pulak mak...hihi....ingatkan blog sendiri tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde melalut mak, harapan kita sama jr.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign