Asam Garam Kehidupan: Bila TENTERA ALLAH menyerang..

Nuffnang

Pages

2 Nov 2015

Bila TENTERA ALLAH menyerang..

Pening kepala manusia
Bingung manusia dibuatnya
Bila tentera Allah bertindak..
Kun, jadi..maka jadilah ia..
Peperangan antara manusia
Dengan api, air, jerebu, angin, taufan..
Api..memusnahkan apa sahaja
Harta bendanya, jiwa, pembangunan..
Hujan..banjir..menenggelamkan apa sahaja..
Jerebu...sesak nafas, datang pula penyakit lainnya..
Berbagai kaedah manusia buat
Bagi melawan tentera-tentera Allah ini..
Namun tentera-tentera Allah ini tetap menyerang bila-bila masa
Mereka tidak pernah surrendar..
Kalau berhenti pun sekejap sahaja..
Tunggulah masa ia menyerang semula..
Begitulah berlaku sejak dunia wujud..
Manusia tidak akan aman dibuatnya..
Yang paling teruk..
Berperang dengan kuman
Makhluk Allah yang paling kecil
Juga kalah manusia dibuatnya..

6 comments:

  1. Betul tu Puan...sabar dan berserah kepadaNya juga yang utama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita manusia mmg lemah, yg membezakan antara sesama kita hanyalah taqwa..

      Delete
  2. Replies
    1. Tapi bangkai tu ramai yg merebutnya..

      Delete
  3. Begitulah kehidupan namanya NA....sentiasa diuji dan terus diuji. Moga kita sebagai hambanya ini tidak terus leka dan bongkak...

    ReplyDelete
  4. Ya setuju, bila kita merungut bila diuji, jadi bertambah dosanya, jika kita sabar dan redha diberi pula pahala, Allah..Maha Baiknya Allah...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign