Asam Garam Kehidupan: Janji manismu, lidah tidak bertulang..

Nuffnang

Pages

30 Nov 2015

Janji manismu, lidah tidak bertulang..

Hi hi...jom nyanyi sikit. Minat nyanyi? Eshh takla, saya minat nasyid.
Tu cerita semalam di Mydin mall Seremban. Ada pameran Islamic lifestyle Fest katanya. Tapi takdelah kitorang ke sana semata-mata nak ke fest tu. Hubby nak jenguk mak dia aka MIL, so kiranya tu acara sambilan jer.

Tengah round-round dalam Mydin Mall tu, terdengar suara lemak merdu..lidah tidak bertulang, janji manismu..ishh..tak hafal saya. Tinjau punya tinjau tetiba ternampaklah wakil rakyat Kuala Pilah ni, Aisyah sedang menyanyi lagu fofular dia tu. Habis je nyanyi satu lagu tu, terus kena sambar oleh body guard dia yang sado, tapi pakai baju labuh macam maxi, rambut panjang, bermekap lipstik bagai, hati saya tertanya- tanya ni lelaki ke perempuan...?

Tapi sempat juga saya mengecek baju kurung 3 pasang rm100, haaaa...berbaloi tak? Jadilah untuk basahan ke tadika. Kalau beli kain dah berapa, upah dah berapa. Ni beli siap terus bole pakai. Suka hati.

Jom hayati kata-kata ni..
Jarang berhimpun pada seorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik..

8 comments:

  1. Fiddun-ya tu Azi...
    Kita ni tengok ajelah. Dah dapat beli baju 3 pasang oklah tu - meleret senyumlah ye:)

    ReplyDelete
  2. Oo, fiddun namanya, hi hi..baru tau.
    Kan, baik aty mylarling kali ni..bolelah kecek, kot sepasang rm100, harus tak dapat, poket kempis, tanggungan byk, cian dia tau.

    ReplyDelete
  3. Oklh tu murah sgt..
    Tk pyh basahan...gi knduri pun boleh...

    ReplyDelete
  4. Haa, murah kan, golongan marhaen cam saya kalo ada yg lagi murah lagi suka, tambah lagi zaman inflasi ni, mencabar sungguh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum NA, dapat baju baru, apa lagi ternyanyi kejap hihi..miss you NA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Fair, lamanya menyepi..
      Miss you too.

      Delete
  6. Suara dia mmg sedapkan.....lemak merdu gitu. Lagu tu mmg hot zaman mak anak dara dulu hihi....
    Wahhh....minggu ni 3 hari berturut turutlah melaram baju baru ek hihi....

    Psst.... budak budak ada yg menegur ke idok?hihi....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....dulu-dulu masa di sekolah asrama...ustaz selalu doakan agar Aishah diberi kesedaran....masa tu beliau sangat famous dengan lagu-lagunya dan kelabnya...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign