Asam Garam Kehidupan: Penampilan ke? Atau...

Nuffnang

Pages

27 Nov 2015

Penampilan ke? Atau...

Bila saya pakai baju kurung atau jubah dengan tudung labuh, mulalah orang panggil saya 'makcik', kalau singgah kedai atau pasaraya.
Ok, fine..saya terima, saya sedar saya bukannya muda lagi. Eh, tapi agakla..yang pada pandangan mata saya kira pangkat adik pun nak panggil aku makcik, ni nak kena lempang nih.

Tapi di tadika saya pakai tudung yang agak kecik, jangok sikit, kate orang Teganu, ada orang tak sangka saya anak lima dengan anak sulung berumur 18 tahun...

Membuatkan saya terfikir-fikir, patutla ada orang yang pada pandangan mata kasar dah layak dipanggil nenek pun ada yang melaram bagai anak dara. Masya Allah, bukan mengata, tapi itulah kenyataannya. Takutnya kita kepada tua dan mati membuatkan kita mengenepikan hukum Allah, langgar syariat, sanggup berhabisan ribuan ringgit demi menjaga kemudaan. Padahal tua dan mati itukan pasti, bersedia atau tidak, ia akan tiba.

Beruntungnya bila diberi peringatan dengan sakit, selain penghapusan dosa dan peningkatan darjat iman, sakit juga dapat mengingatkan kita kepada kematian. Ada orang yang lansung tidak bersedia, tiba-tiba dipanggil pulang tanpa sebarang persiapan...alangkah malangnya.

Jadi jangan mengeluh bila menjengah cermin terpapar garis-garis halus kasar yang makin dalam meragut kecantikan dan kemudaan. Jangan berduka bila helai demi helai rambut yang tumbuh bukan lagi hitam berkilat, tapi sudah putih bak salji membuatkan rupa kian menjadi nenek kebayan. Jangan bersungut bila setiap sendi rasa kian longgar dan goyah..ingat, itulah satu peringatan dari Dia, bahawa bila-bila masa kita boleh diambilNya. Semua yang ada hanyalah pinjaman semata...

Ya Allah...mata pun dah makin rabun ni, Alhamdulillah gigi masih penuh, so taklah kempis pipi ku ini, ki ki ki...makan suppliment itu, ini  tak membantu sangat mane pun, ermmmm...biar jelah, takyahlah aku nak lawan fitrah, lebih baik menabung untuk ke Makkah..

Oh ye, satu petua awet muda...ishh...korang ni, pantang dengar petua awet muda ye. Senang je...berwudhuklah selalu..In shaa Allah..

6 comments:

  1. hmm payah betul kan hhuhu bila pakai labuh je adoi la hahaha
    tp kalau singkat mmg ramai suka ish ish sedihhhh huhu.

    thanks shareC<333333333

    ReplyDelete
  2. Kan,..asal pakai labuh je mulalah ingat kita ni org tua, mmgla dah tua, tapi blmla tua sgt, he he..
    Thanks dtg sini dan komen, akk hargai..<3

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puan....

    Biarlah kata-kata tu berlalu...anggap positif....janji kita selesa dan niat nak menutup aurat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Tkdelah kisah sgt, bak kata azwan ali..ade aku kisah, ha ha..
      Peringatan utk diri sendiri juga, supaya beringat selalu..

      Delete
  4. Alah mak pun tak kisah weyh....makcik pun makciklah....mmg makcik pun, cucu pun dah banyak hihi.....

    Nak bergaya apa salahnya ko....cuma jangan keterlaluan udah ler, sesuai dgn umur gitu

    ReplyDelete
  5. aku mmg tak reti bergaya mak oii, kemana-mana aku suka pakai baju kurung je, tak pun jubah..dari dulu-dulu lagi, masa umur 30-an dah ada org panggil makcik

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign