Asam Garam Kehidupan: Sambal ikan resepi bunda.

Nuffnang

Pages

10 Nov 2015

Sambal ikan resepi bunda.

Saya fikir saya biarkan tv menyanyi sendiri, rupanya sidara kecil saya yang belumpun mandi pagi tu sambil mata terpejam, entah menghayati, ermmm...tak rasanya, masih ngantuk, al maklum cuti deepavali, exam dua2 sekolah pun dah habis, happy sakan dia..

Saya sedang mengerjakan ini...
Sambal ikan resepi arwah ma saya. Banyak? Eshhh..tu belum kering, tu nak kena masak sampai kering garing supaya tahan lama. Untuk bekal kakak kat kolej sebenarnya. Dia ada balik cuti deepavali, tapi esok dah nak balik kolej semula.

Kakak dok bersungut, makanan kat kafe kolej tak sedap, malah tak bersih. Saya kata..memanglah, dah masak banyak-banyak, manalah boleh nak jaga.

Nak resepi? Boleh, apa salahnya, moga jadi gak jariah untuk mak saya di sana..

1. Ikan sardin  dalam sekilo ( saya suka ikan ni sebab isinya manis )

2. Kelapa 2 biji.

3. Bawang besar 6 biji ( boleh je nak lebih, lagi banyak lagi sedap )

4. Cili kering, halia, bawang putih, lengkuas, ketumbar, asam keping, serai lagi banyak lagi sedap dan wangi.
( ikutlah kesesuaian pedas mana, masam setara mana, mesti korang bole kan)

5. Gula kabung, kalo takde gula biasa pun ok.

6. Garam.

Caranya: ikan direbus, ambik isinya, blend tulangnya tapis untuk stoknya. Ni yang bagi sambal lagi sedap. Bawang and sekutunya blend juga. Pastu tuang je semuanya dalam kuali, dengan santan sekali. Pastu masaklah sampai kering.

Senang kan. Sambal atau serunding ikan ni sesuai juga untuk ibu-ibu dalam pantang, sedap makan ngan nasi panas-panas, dengan nasi impit pun jadi gak. Try la, saya jamin sedap.

Nanti saya belanja gambar sambal yang dah kering plak yea. Hi hi...

4 comments:

  1. Baca resepi pun dah tau mcm sedap weyh....tp nak buatnya tu tak remeh ke NA.....Nak kena pulak rebus ikan bagai tu....
    Anak bujang ni mungkin lain kot NA....idaknya dia mau bawak. Malunya lebih....tahan makan telur goreng aje.

    Mana nak belanja sambal yg dah kering katanya

    ReplyDelete
  2. Tula, tggu mood rajin dtg, ni tgh sawan malas, hihi

    ReplyDelete
  3. Untuk anak bujang saya pula, pastinya dibekalkan sambal hitam readymade..

    ReplyDelete
  4. Sambal itang kan kata org pahang, tapi saya tak pasti penah rasa ke tak

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign