Asam Garam Kehidupan: Siapa sebenarnya WIRA?

Nuffnang

Pages

4 Nov 2015

Siapa sebenarnya WIRA?

Bukanlah setiap yang menempa nama wira
Boleh digelar wira
Tidak pada yang ada glamour
Banyak peminat sudah dianggap wira
Tidak semestinya yang kuat itu wira
Bukan pula yang gagah itu layak
Memegang title wira
Tidak juga yang berani itu wira
Kalaulah yang berani itu dianggap wira
Yang paling berani hingga sanggup
Membunuh dirinya
Apakah dia yang paling wira??
Padahal dialah yang paling hina, malang dan celaka!!
Jadi..
Siapa yang sebenarnya wira?
Yang sanggup menyeberang lautankah?
Yang menawan angkasakah?
BUKAN, BUKAN!!
Wira yang sebenarnya
Seperti disabdakan Baginda..
Siapa yang sanggup melawan hawa nafsunya.

5 comments:

  1. Assalamualaikum....Kat mana gambar di atas Puan...

    Paling susah melawan nafsu...bila berjaya rasa puas...

    ReplyDelete
  2. Kat satu pulau, dijadikan perkampungan islam, ada kilang mee, ladang kuda, ladang tanaman, tempat rehlah, ada rumah rakit...jap, saya lupa nama pulaunya, saya tya kawan dulu

    ReplyDelete
  3. Tanjung Belungkor atau dipanggil Air Bentan oleh mereka yg membangunkannya, terletak di Johor

    ReplyDelete
  4. setiap orang berhak menjadi wira...cuma sukarnya hanya Allah yang tau. sungguh syurga itu mahal..

    ReplyDelete
  5. Mmg payah nak melawan hawa nafsu sendiri melainkan ada kekuatan. Bukan mudah pulak nak membina kekuatan diri....huhu...
    Mujahahadatun nafsi ...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign