Asam Garam Kehidupan: Sucikah kain baju anda...?

Nuffnang

Pages

24 Nov 2015

Sucikah kain baju anda...?

Saya nak share satu ilmu thoharoh bersama Ust. azhar idrus iaitu cara betul membasuh baju menggunakan mesin basuh. Oittt, pehal engko ni azimah oiii, budak tadika pun dah pandai guna washing machine, ni engko nak ajar mak-maknya, takde idea letew..

Laa, memang semua orang pandai, tekan power, pastu start..haa..tunggu siap je, pastu jemur.

Memangla. Soalnya suci ke tak?

Hah..?

Ya. Kena pastikan suci untuk dibawa solat. Kalau ada najis camane nak sah solat.

Sebab tu saya tak buang mesin basuh lama ni. Berguna dan berjasa dia pada keluarga saya. Dah rosak 2,3 kali, tapi mesin yang ni bole guna untuk bilas ( lalukan air mutlak ), jadi repair dan gunakan untuk bilas dan spin jelah.
Mesin basuh baru tu saya guna untuk membasuh sahaja.

Memang itulah caranya. Saya basuh guna mesin baru. Bila siap keluarkan, masuk dalam mesin basuh lama,  masukkan air sampai sama aras dengan baju yang dibasuh, on kan spin, sambil tu air biarkan mengalir untuk pastikan jadi air mutlak..pastu spin macam biasa.
Hukum ni dinamakan hukum muasoroh iaitu hukum yang baru disepakati oleh alim ulama setelah dicipta mesin basuh.

Bole juga nak bilas selai-selai. Ataupun sebelum masuk mesin tu, buangkan dulu najis yang ada dengan membasuhnya. Tapi saya lebih suka dengan cara saya kat atas tu. Tak kisahla apa cara pun, yang penting pakaian yang kita guna untuk solat tu suci dari najis untuk memastikan solat kita sah, betul tak?

Moga ada manfaatnya.

5 comments:

  1. Akk suka gunakan mesin basuh semi auto ni..akk basuh guna mesin..kemudian akk bilas sehelai2 di bawah
    air paip yg mengalir sis...basuh pun asing2kan kainnya..Tshirt sahaja...Lepas tu kain2 sarung...kemudian tu baru pants....yg kecik2 tu basuh tangan....

    ReplyDelete
  2. Saya percaya basuhan dari mesin basuh saya membersihkan. Saya cuma bertiga dengan isteri dan anak yang dah besar. tiap kali sebelm masukkan kain baju ke dalam mesin, saya akan semak supaya nyah najis.

    mesin basuh saya membasuh dan menyah air basuhan rasanya lebih dari 3 kali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la basuh dan bilas, soalnya airnya tak mengalir, bertakung..
      Tapi kalo tkde najis tkde hal la

      Delete
  3. Setuju mak....
    Elok dibuanglah najis dahulu sebelum basuh lebih senang. Mak tak de dua mesin basuh . Kawasan pun sempit. Jenuh mak kecikkan perut bila nak membasuh tau haha...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign