Asam Garam Kehidupan: Susahnya IKHLAS.

Nuffnang

Pages

6 Nov 2015

Susahnya IKHLAS.

Abu Hurairah ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Pertama yang akan dihitungkan di Akhirat ialah seorang yang mati syahid. Setelah dihadapkan ke hadrat Tuhan lalu ditanya, " Apakah perbuatan kamu terhadap nikmat itu?" Jawabnya, "Aku telah berjihad untukmu hingga mati syahid." Berfirman Tuhan: "Engkau telah dusta. Engkau berjuang bukan kerana aku tetapi kerana ingin terkenal sebagai oejuang dan disebut-sebut tentang keberanian dan ketokohanmu. Dan engkau telah perolehi itu semua." Maka Allah perintahkan orang itu diseret ke dalam api Neraka.

Orang keduavialah seorang yang telah banyak ilmu dan pandai serta mengajar tentang Al Quran, ketika dihadapkan kepada Tuhan ia ditanya: "Apakah yang telah kamu perbuat terhadap semua itu?" Jawabnya, "Aku telah pelajari ilmu dan mengajarkannya." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau belajar kerana ingin terkenal sebagai seorang alim dan engkau baca Quran kerana ingin dikenal sebagai seorang qari dan semua itu telah engkau perolehi." Maja Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam api neraka.

Orang ketiga ialah hartawan yang memiliki segala jenis kekayaan. Ketika dihadapkan kepada Tuhan, ia ditanya, "Apakah amalanmu terhadap semua hartamu?" Jawabnya, "Aku telah gunakan untuk semua urusan di jalanMu dan semata-mata keranaMu Tuhan." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta, engkau membelanjakan hartamu adalah kerana inginkan supaya dikenali sebagai seorang hartawan dan engkau telah perolehi itu." Maka Allah memerintahkan supaya ia diseret ke dalam api neraka.

7 comments:

  1. Ibarat semut hitam dlm gelap pekat
    As salam ustazah

    ReplyDelete
  2. Jika ukuran ikhlas itu ada timbangan...takut pula nak menjawabnya...Allah maha mengetahui...

    ReplyDelete
  3. sebab ikhlas tu selalunya diganggu oleh riya'... dan kita pula mudah diperdayainya...

    ReplyDelete
  4. Ikhlas...macam kata seseorang (dah tak ingat)...macam budak2 kena paksa solat...mula2 tak ikhlas (terpaksa sebab dipaksa oleh mak bapa) ...lama-lama ikhlas datang juga..... pada saya memang susah...tapi kena cuba juga...

    ReplyDelete
  5. Tentang perasaan tu kita berdoalah padaNya agar diampuniNya. Bukankah Dia Maha Pengampun Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  6. Takutnya......takut amalan kita sia sia semuanya sebab tak ikhlas. Kena banyakkan beristighfar kot ek NA.....

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign