Asam Garam Kehidupan: Aduhai la korang.

Nuffnang

Pages

11 Dec 2015

Aduhai la korang.

Nak nangis ada, nak gelak pun ada. Abahpun gelak. Tak pernah jumpa kot bebudak ni. Salah siapakah ini? Salah ibukah? Hu hu..
Hai tulah dianya. Nak kata budak bandar sangat takla juga. Entahla. Boleh semuanya dari si abang besar tu, abang sedang, si Nadhrah, si Umar Zikri sorang pun tak kenal. Sorang kata pokok mangga, sorang kata pokok limau kasturi, pokok manggis, paling best jawapan dari Umar Zikri..." Pokok pisangla ibu, pokok pisang hijau..."
Ha ha..sapa bole tak gelak kan?
Bila ibu bagitau itu pokok jambu batu, si Nadhrah tak percaya. Dia pegi tanya tok cik.
" Itu pokok jambu la semek, mung dok kenal ke?"
Mbik kau. Baru nak percaya.
Pokok jambu batu depan rumah arwah Tokma, buahnya
kan main banyak, sorang pun tak peduli sebab tak tau buah
apa, tak tau pun buah ni bole dimakan..hai la anak-anak..

8 comments:

  1. Kalau saya, sah2lah sendiri yg salah sbb bila jumpa pokok, selalu berikan info yang salah, untuk kepastian mereka google, dapatkah jawapan yang betul.

    Itulah siapa suh x kenal pokok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hu hu, mula saja je test, tanya pokok apa, bila semuanya tak kenal, itu yg ibu naik sasau, tak kenal? Aduyaii..
      Ngakulah salah sendiri..hu hu

      Delete
  2. hehehe...ini la anak2 sekarang...anak SA pun sama..bestnya jambu batu kampung..lama x rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kat kawasan rumah plak tkde tanam pokok jambu batu, nak jambu beli je jambu besar tu, tak pun jambu yg siap potong, so..tang mana nk jumpa pokoknya, hehe..cari alasan tu

      Delete
  3. Pokok jambu kita selalu panjat dulu2....msk mkn atas pokok...kui..kui

    ReplyDelete
  4. Ha' ah kan, terer panjat pokok jambu, pokok manggis kan, tak padan pompuan suka panjat pokok, ki ki..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign