Asam Garam Kehidupan: Antara pamoga dan delima.

Nuffnang

Pages

6 Dec 2015

Antara pamoga dan delima.

Subhanallah..
Selalu saya cakap kat suami..kenapa jus delima yang kita beli tu rasanya masam ya amat, tapi buah delima ni manis je..
Dan suami saya cakap..ermm, entohla..tak pun dia diam tak kuasa nak layan., sebab dah selalu kena tanya soalan yang sama, hi hi..

Minggu lepas baru saya tau rahsianya. Tapi minggu lepas nak beli tak cukup duit, rm7 sebiji you..so, cam biasa, saya beli delima kesukaan saya, yang juisi, manis..tiga biji baru rm5.

Semalam try beli sebiji pamoga. Rm5 sebiji. Haa, namanya beza, pamoga..delima, pamoga..delima. Pamoga banyak tanam kat Iran. Delima tu kebanyakannya dari Cina, tak pun dari Thailand. Rupanya pamoga nilah yang digunakan untuk buat jus pamoga tu, yang ku putih, ku putih barulah putih tu..., eh, bukan dia aje, kebanyakan jus delima memang guna pamoga ni,  yang banyak sungguh khasiatnya tu, antaranya mencantikkan kulit, menguruskan badan, ishh...banyaklah, korang googlelah sendiri, kang panjang no entri ni kalo nak citer semua. Padahal saya cuma nak citer pasal kehairanan dan kejakunan saya..kenapa jus delima yang dibotolkan rasanya masam, sedangkan buahnya rasa manis..

Setelah dikaji oleh saya secara tengok-tengok luarannya saja tau, kiranya memang ada perbezaan antara pamoga dan delima ni. Kalo delima tu buahnya kecik saiz buah manggis je, tapi bijinya agak besar, lebih manis, lebih juisi, warna isinya lebih ke warna pink yang sangat jernih.
Sedangkan pamoga tu plak buahnya lebih besar saiz oren yang besar tu. Buahnya berwarna seakan merah gelap, isinya lebih kecil, rasanya lebih masam dan warnanya merah hati, cantik sangat.
Tapi tu kira teknikal je..antara pamoga dan delima tu..adalah buah yang sama, varieti nya je berbeza.
Macam kita manusia..Allah cipta berbagai bangsa, berbeza warna kulit, berbeza bahasa..untuk apa? Untuk kita saling mengenal dan saling berkasih-sayang.
Sungguh Maha Penciptanya Dia...

8 comments:

  1. Ohhhh.....tq diatas pencerahannya mak!hihi....
    Ohhh kira samalah dua buah ni yek cuma bangsa jer yg lain ek

    ReplyDelete
  2. Yelah tu, satu bangsa bangla, satu hindustan, ha ha

    ReplyDelete
  3. Knor lbih suka pamoga..lbih merah lebih manis..delima klu dpt yg cantik dn elok kalah pamoga....keduanya bagus byk khasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lbh baik mkn buah ni dari mkn junk food kan

      Delete
  4. delima ada faham sedikit pamoga ni ..alamak malu tak tahu

    ReplyDelete
  5. sama je, cuma pamoga lebih besar, lebih mahal...khasiat pun tentu lebih lagi lah

    ReplyDelete
  6. Baru saya faham mengenai pamoga satu ilmu malam ni saya peroleh.

    ReplyDelete
  7. Rupanya yng saya beli.minggu lepas pamoga, RM6/biji, buahnya besar, isi halus + kemerahan tapi masam.. Terpaksa guna pencicah..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign