Asam Garam Kehidupan: Bila bonda tiada lagi.

Nuffnang

Pages

28 Dec 2015

Bila bonda tiada lagi.

Bila bonda tiada lagi
Baru terasa nak buat segalanya untuk bonda..
Baru rindu nak peluk, cium dan kucup tangannya..
Baru terfikir nak bercakap-cakap selalu dengannya..
Baru terfikir nak mendengar suaranya setiap hari lewat telefon..
Baru terfikir kenapa tak beri sahaja walaupun permintaannya dalam berkias sahaja..
Baru terasa bertuahnya jika masih punya bonda...
Baru rasa terhibur mengenang setiap sudut wajahnya..
Baru terasa betapa sayangnya aku pada bonda..
Dan betapa sayangnya dia pada aku..
Baru terasa betapa tiada lagi doa tulus seorang ibu untuk anaknya..
Baru terasa betapa kerinduannya terhadap aku bila lama tidak menjejak kaki ke rumahnya..
Baru terasa betapa aku selalu tidak menghargai kasih-sayangnya..
Dan betapa rindu aku pada bonda..
Baru terfikir kenapa aku tidak merakam secebis kenangan pun lewat video..
Baru terasa kekesalan yang dalam kerana tidak pernah menyambut hari lahirnya..
Rindu..
Rindu..
Rindu..
Yang amat sendu..
Saat ini aku hanyut dalam kenangan hari-hari terakhirku bersama bonda..
Terngiang-ngiang rintihan kesakitannya..
Kesal yang tak sudah-sudah kerana gagal memenuhi permintaan terakhirnya..segugus anggur manis..
Kesal kerana tidak sempat berfikir membawa pulang jasad bonda ke rumahku..
Untuk tatapan terakhir adikku, juga ibu saudaraku..
Memang terlalu banyak kekesalanku..
Yang sangat kurasa bila bonda tiada lagi..
Kini yang termampu hanya menyulam kenangan..
Dan menziarahi pusaranya..
Dan menghadiahkan bacaan yasin setiap hari..
Dan meniatkan setiap kebaktianku ada pahalanya untuk bonda..
Dan memohon kepadaNya agar dapat bersama bonda di Firdausi..
Bonda..suatu waktu kita pasti bertemu lagi..

29/12/2015...genap 4 tahun pemergian bondaku...

7 comments:

  1. Kullunafsin zaa iqotulmaut.. sesungguhnya yg hidup pasti akan menemui mati. Kita pun akan menyusul mengikut jejaknya Azi. Mak kakak pergi sebelum kakak punya suami lagi bayangkanlah... sedih tak terkata baru nak membina hidup. Tapi mak kakak puas dilingkungi kasih sayang anak-anak dan suaminya. Kami terlalu erat.

    Semoga doa-doa yg kita titipkan diterima Allah..

    ReplyDelete
  2. kak azi...arwah mak aRz pun dah 4 tahun tinggalkan kami...
    Al-fatihah buat sekalian arwah

    ReplyDelete
  3. Kita ni lma naw dh beribu bapak...sekolah rendah lgi...tak tau apa2.
    sob..sob

    ReplyDelete
  4. Arwah kedua org tua sudah tiada lebih 15 tahun yg lalu.. al fatihah

    ReplyDelete
  5. harta ibu yang kekal hingga akhirat ialah anak yang soleh...

    kita le tu...

    ReplyDelete
  6. Trmkasih kengkawan atas doa dan sokongan krngkawan semua,saya hargai sangat.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign