Asam Garam Kehidupan: Persiapan menghadapi banjir

Nuffnang

Pages

13 Dec 2015

Persiapan menghadapi banjir

Keadaan hujan di sebelah pantai timur rasanya tak seburuk tahun lalu. Masih ada panas matahari untuk keringkan baju. Itulah yang dapat kusimpulkan dari kepulangan ke kampungku, kg Kuala Hiliran Kuala Terengganu selama 4 hari 3 malam.
Petang semalam kami sempat  membawa anak-anak makan angin  di Pantai Kuala Ibai, Muhammad Danish sempat bermain kayak.

Walau macamana pun kami buat juga sedikit persediaan kalaulah berlaku juga keadaan yang tidak dijangka. Mesin basuh arwah Ma yang terendam dalam air pasang selama 10 malam tahun lepas, belum sempat kami bawa ke 'dokter', masih sakit, tapi agar sakitnya tak melarat, manalah tau masih boleh diubat, kami letakkan di tempat yang lebih tinggi supaya selamat.

Pakcik saya di kg Kusial Baru, Tanah Merah Kelantan menghabiskan kira-kira rm15 ribu untuk membuat rumah rakit kalau-kalau banjir teruk lagi tahun ni. Tahun lepas rumah dia yang betul-betul di tepi sungai habis tenggelam.

Cuma menjadi harapan dan doa kita semua agar bencana banjir tahun ni tak seteruk tahun lepas....

Kami bertolak balik pagi tadi dalam suasana renyai-renyai, apa pun esok Selangor cuti, yess...savela cuti saya esok. Nak bawak cuti tu ke 31 hb 12 nanti, Umar Zikri ada oreantasi, ishh...diam tak diam lagi 2 minggu ' bebi' ibu ni nak jadi budak darjah satu...

Sampai kat Semenyih pun kami disambut hujan, bandar Kajang banjir kilat, memang dah jadi lumrah bndar kajang tu berhadapan banjir kilat  bila musim hujan camni.

Aduihhh..penat. Masya Allah..macamlah awak yang drive yer..

5 comments:

  1. banjir besar tahun lalu, antara isu lain yang keluar ialah berpunca dari pembalakan tanpa kawalan.

    sekarang isu itu dah semakin tenggelam dikambus isu lain.

    ReplyDelete
  2. Itu isu luaran saja, yg mampu difikir dan nmpk oleh mata zahir shj, mmg akan tggelam bila dikambus lain, isu dalaman, faktor kemurkaan Allah pd umat manusia krn dosa2 siapa bole nafikan..?

    ReplyDelete
  3. hebat..sedekah amal jariah..

    ReplyDelete
  4. Betullah mak, harap harap tahun ni Kelantan atau tempat tempat yg banjir teruk tahun lepas taklah banjir. Kesian....
    Sekejap jer dah jumpa akhir tahun balik ek mak...

    ReplyDelete
  5. betullah mak, umur aku pun meningkat setahun lagi, hu hu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign