Asam Garam Kehidupan: Tak mengantuk pula...jom share ilmu.

Nuffnang

Pages

19 Dec 2015

Tak mengantuk pula...jom share ilmu.

Hari jumaat, hari paling dinantikan dalam seminggu bekerja, sebab? Esok boleh cuti, yey!! Hari jumaat bagi aku adalah hari paling penat, hari paling tak sabar nak balik rumah, hari yang kalo bole balik taknak masak dinner, tapi tetap kena masak sebab nak jimat, terutama dah hujung bulan, sakit woo,  ensomi malas nak kuar cari lauk kedai, kata dia lauk kedai tak sedapla, tak bersihla..so..nak tak nak, penat tak penat, malas tak malas tetap gak kena masak, masakla apa pun, paling win masak nasi goreng cam malam ni.

Lepas makan malam, biasa lepas maghrib..mata rasa macam dah kena gam, kul 9.30 tu memang takleh celik dah rasanya. Eh..ko ni, macamla dulu tak penah keje. Dulu muda lagi, buat keje penat pun tak rasa, ni dah tua, memangla terasa penatnya. Habis sape suruh keje..? ishhh..kena keje, kalo tak keje, duk rumah, kang cepat je naik bulat badan ni. Lagipun sapela nak sponser hajat hati nak ke Mekah...nak harapkan ensomi, sian dia..banyak hal, anak sekolah, rumah, kete..semua dia nak fikir.


Jadi malam ni rasa dah hilang ngantuknya sebab dah tertido...
 Tertido kat bawah depan tv ngan anak-anak, ngan ensomi sekali, tergolek gelantang semuanya. Lepas solat, dah hilang ngantuk, tengok tu, tipu daya syaitan, tadi nak solat kan main ngantuk, dia siap main buai kat kelopak mata, habis solat, dah segar biji mata, lapar plak perut, sampai rasa takleh lelap, turun pekena nestum secawan, pun masih tak ngantuk. Ermmm...ada baiknya tinjau blog, bole ziarah laman kengkawan sekali.

Tapi, aku dah lama tak menulis secara serius, pengisian berilmu, asyik santai dan ngarut-ngarut je rasanya kan..

Jadi malam ni jom kita share sesuatu yang in shaa Allah ada manfaatnya.

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsia di sebaliknya, di antaranya..

1** Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2** Jika seseorang muslim mati bersama penyakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam syurga, sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke  neraka.

3**Penyakit lahir hanya merosakkan fizikalnya, tapi penyakit batin boleh merosakkan banyak benda, banyak hati manusia lainnya.

4** Didikan dengan akhlak kita yang baik lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

5** Ramai orang rosak oleh makhluk yang paling  bodoh, tiada akal dan tidak bersekolah iaitu...duit.., bahkan orang yang pandai, profesor, pemimpin pun boleh tertipu dengannya.

6** Orang yang memiliki dunia, selalunya jiwa tidak tenang, berlainan dengan orang yang memiliki Allah..

7** Setiap masalah hanya boleh selesai bila manusia ada iman dan taqwa sahaja,

8** Seseorang itu akan mudah diberi simpati atau dikasihi kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

9** Menjadi fitrah manusia sukakan keamanan, kasih sayang, diberi simpati, dibantu, dihormati, tidak diganggu, tapi dia selalu lupa, apa yang dia suka atau tidak suka itu datang dari dirinya sendiri contohnya dia suka dibantu, tapi dia sendiri tidak suka dibantu..

10* Menentang kemahuan dan kesenangan jiwa dan diri sendiri sungguh menyakitkan, kerana itu ramai orang gagal melakukannya.


Ampun maaf.


3 comments:

  1. Betullah Azi bukan suami tak boleh tanggung tapi rasanya sekali ada kudrat dan diperlukan baik kerja. Kerja itu ibadah. Kakak lagi kalau duduk rumah tak tahu nak buat apa dah. Dulu anak kecik siap bayar bibik anak dah besar buat apa duduk rumah.

    Iman kita ni kena selalu diingatkan baru sebab syaitan tak sudah-sduah menggoda kita kan..

    ReplyDelete
  2. Betul kak, niat tu penting, keje jadi ibadah, bkn sekadar nk dptkan imbuhan semata. Lagipun dh biasa ada duit sendiri, senang nk beli apa yg diperlukan.
    Nafsu kita tk pernah tidur kak, iman kita plak selalu turun naik.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan...
    sangat berguna...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign