Asam Garam Kehidupan: May 2015

Nuffnang

Pages

30 May 2015

Doakan kami.

Dalam perjalanan ke UIA Gambang Kuantan. Awalnya ingat nak cicirkan dua orang anak kat rumah mak sedara iaitu adik ipar saya, tapi kesian plak..akhirnya angkut semua lima orang anak penuh padat dengan barang-barang kakak yang konon katanya tak banyak....

Mohon doa dari kengkawan semuanya agar perjalanan kami selamat pergi dan balik.

29 May 2015

Teruja.

Bersorak riang sebaik habis sesi belajar hari ni. Teruja sambut cuti sekolah dua minggu. Masing- masing bercerita plan nak balik kampung la, nak pergi hotel la, al maklum dah lama tak cuti panjangkan.
Bukan bebudak je teruja, cikgu pun rasanya dah hilang mood ngajar, dua minggu tu, macam- macam aktiviti boleh buat, sudah tentunya aktiviti bersama keluarga menjadi keutamaan.
Semoga sedikit waktu yang Allah pinjamkan kepada kita dapat dimanfaatkan dengan kebaikan yang boleh dinilai sebagai ibadah, bukan semata-mata lagha yang menjadi kerugian di akhirat kelak.

27 May 2015

Terkenang semasa dulu.

Pernah try ajak bebudak kat tadika lama saya dulu, masa keje di putra jaya main benda ni. Dan lah dua tiga round. Tu pun jenuh saya terangkan cara permainannya, dua tiga round yang pertama tu asyik salah je. Dua tiga round seterusnya baru ok sikit. Tapi yang frustnya diorang boleh cakap tak best, habisss..apa yang best...diorang ajak saya main running man..nampak sangat kuatnya pengaruh korea sampai permainan tradisi kita dolu-dolu pun lansung tak menarik minat mereka, hu hu...

Mane datangnya ni...?

Sampai kat tadika pagi ni dengar bunyi mengeow- ngeow, tengok- tengok si comel ni. Agaknya masuk ikut tingkap dapur yang diorang lupa tutup malam tadi.

Haa...lapar agaknya. Umar Zikri suapkan cekodok pisang elok je dia makan.

26 May 2015

Hati ibu dah mula gundah-gulana lagi..

Tinggal beberapa hari je lagi kakak akan pergi tinggalkan ibu, abah, adik-adik...hati ibu mula kacau-bilau lagi, macam-macam benda datang dalam fikiran ibu. Yelah...ibu mana tak risau kan, fikir anak nak pergi jauh, walaupun UIA Gambang tu taklah sejauh SESTER Kuala Terengganu dulu, dan tu pun bukanlah kakak sambung belajar luar negeri pun, tapi hati ibu ni tetaplah gundah gulana..."alahai kesiannya nanti nak makan kena beli, nak beli pun kena bajet, kalau tak tak cukup plak duitnya, nak beli tu, nak beli ni, takkan nak makan roti pagi, petang, malam...alahai"

Tu pun ada je lagi benda tak selesai, dah beli kasut, tak boleh kasut warna cerah plak, habih...camano tu? Berlubang besarlah poket abah bulan ni.

Sebulan ni adik-adik aman sejahtera duk rumah, takyah bangun kul 5.15 pagi cam selalu, walaupun hari-hari makan tengaharinya spesel menu " tolo mato kobau" takpun "tolo dadar" tapi takla adik-adik tu merungut plak. Kalau ada lauk lebih malam dipanaskanlah bagi adik-adik tu makan. Rice cooker kecik dah ko, masak nasi cara manual selalulah hangit, pun adik-adik tak merungut...

Ibu trylah juga nak penuhi request kakak nak makan itu, ini. Melangit tau perasaan ibu ni bila dipuji ibu masak terrrbaikkk, kalah chef wan, makanlah..takyah puji-puji do, setiap ibu kan adalah pakar masak terbaik buat anak-anak, tak caye tanya kakak, ki ki ki..

In shaa Allah...ibu akan sentiasa doakan yang baik-baik buat 5 orang anak ibu, berjaya di dunia, lebih lagi di Akhirat, jadi anak-anak yang berbakti.... tak perlulah nak pasang eskalator dari tingkat atas ke bawah macam kakak cakap tu. Cuma ibu rasa di hari tua ibu nanti ibu nak sambung belajar di pondok ustaz kazim, boleh?

25 May 2015

Inilah sebab hati menjadi mati.

Orang yang mati hatinya atau buta jiwanya bukan sahaja merosakkan diri sendiri, malahan melibatkan orang sekelilingnya bahkan lebih parah dia merosakkan agama. Antara perkara yang menyebabkan matinya hati ialah:
1.  Mata tidak dikawal dari melihat kemungkaran.

2.  Telinga diguna bagi mendengar perkara lucah, umpatan dan benda-benda lagha.

3.  Hati suka mengkhayalkan perkara-perkara maksiat.

4.  Makan dan minum dari sumber yang tidak halal atau syubhah.

5.  Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita lebih lagi kerana ia boleh meransang nafsu haiwan kepada manusia.

Dari ransangan nafsu yang jahat boleh merosakkan jiwa. Jiwa rosak melahirkan sifat-sifat mazmumah yang tidak mampu dikontrol lagi. Akan bermaharaja pula berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran di tengah masyarakat. Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat manusia....

Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia di dunia...di Akhirat diseret pula ke neraka...wal' iyazubillah...

24 May 2015

Tertindas.

Di mana- mana umat islam ditindas. Disembelih, dibantai, dihalau, dinafikan hak asasi mereka, dihalau bagai anjing, kebuluran, kematian....belum reda konflik kemanusiaan di Syria, kita dikejutkan pula dengan tragedi sedih pembantaian besar-besaran umat islam Rohingya.
Kenapa sampai begitu sekali umat islam dihina? Kenapa seolah-olah tiada pembelaan dari Allah?
Akhir zaman telah dikhabarkan dari lidah sodiqul masduq bahawa umat islam akan ditimpa kehinaan kerana mereka tidak bersatu...
Selingan...larling saya peminat pucuk paku. Beli segenggam besar ikatnya, separuh terpaksa buang sebab busuk, dapatlah separuh, cukuplah untuk lepaskan rindu dia. Saya goreng letak bawang, bawang putih, ikan bilis  dan cili api, ermmm..sedap makan dengan nasi panas-panas tengahari ni.

19 May 2015

Telatah lucu mereka.

Update taknak bagi sepi, at least ada juadah baru untuk pengunjung, ye dok? Macam kafe...takkan nak saji juadah, nanti pelanggan lari, komplen, ye dok.?

Tolong menolong bukakan butang baju masa tukar baju sekolah selepas selesai belajar.
Kami ajar berdikari, lipat baju sekolah sendiri, pakai baju sendiri. Ni kes baju sekolah dah ketat sebab dua- dua montel, so butang kena bukak sampai ke bawah...he he..

17 May 2015

Lawak hari guru dari anak muridku..

Pandai je si Raiyan ni buat cerita. Entah bila ticer cakap macam tu...
Tapi budak come ni memang banyak cakap, keletahnya mencuit hati, adakala buat kami naik darah juga. Bacalah kat bawah tu, boleh plak nak bagi sambal untuk hadiah Hari Guru...sakit perut kami gelakkan budak ni.
Nasib baik bukan sambal. Kami sambut hari guru jumaat lepas dan budak come ni bagi frame come macam dia jugak, hi hi...

12 May 2015

Berkecamuk...

Aku yakin dengan kebenaran, dan aku yakin kebenaran juga harus dioerjuangkan, cuma aku tidak cukup kuat...ya Allah..

Emosi ku huru-hara. Risau dengan berbagai masalah dan tekanan. Aku cuba pulangkan pada DIA, mungkin aku belum bersungguh-sungguh, atau mungkin juga DIA suka aku terus-terusan merintih hingga ia benar-benar datang dari hatiku yang ikhlas...

Aku risau dengan seorang adikku, adik lelaki, duda. Dalam minggu lepas bekas isterinya menelefon, memberi khabar yang cukup membimbangkan, katanya adikku itu terlibat dengan ajaran sesat millah abrahah...kalaulah benar. Dia ni kerap sangat tukar nombor telefon sehingga susah nak aku hubungi.

Masalah di tempat kerja pun cukup menguji..yang tu cakap macam tu, yang ni cakap macam ni. ( akhirnya pagi ni berjaya masukkan sikit tarbiah kepada salah sorang staf baru di sini..." Kita di samping bekerja untuk mencari rezeki, niatkan juga untuk meraih pahala, perkara-perkara baik yang kita ajarkan kepada anak-anak dan mereka amalkan, pahalanya sentiasa mengalir kepada kita, jadi ikhlaslah dan boleh berlebih kurang, jika bekerja semata- mata untuk duit, setakat tu sajalah kita dapat" )

Entah boleh terima entah tidak...ermmm...sekurangnya aku sudah menyampaikan...

Dua perkara kat atas tu bukanlah besar mana. Sekarang ni mereka menuntut komitmen sepenuhnya dari kami, dan yang itulah kami belum dapat kami berikan....

11 May 2015

Saya pun dah malas...dan diberi tempoh memilih..

Banyak sangat yang mengganggu emosi semenjak dua menjak ni. Kalau ada cerita-cerita yang terkumpul di benak tu, akhirnya berlalu macam angin dan tak dapat nak jejak dah. Rasa makin jauh dari teman-teman di sini. Terkilan sebenarnya, dalam masa yang sama masih rasa sayang. Tapi ada satu persoalan yang sangat menekan dalam masa akhir ni. Yang sangat-sangat mengganggu perasaanku. Tak tahulah apa perasaan suamiku. Tapi janga cuba meneka yea....bukan masalah rumah tangga kami, kami baik-baik sahaja, ermmmm....tak boleh nak luahkan di sini. Biarlah terbuku di dada sahaja.

Cuma yang sedikit membahagiakan...kakak dapat tawaran sambung belajar di asasi farmasi UIA. In shaa Allah 30 hb mei ni kami bertolak ke Kuantan sebab pendaftaran kakak pada keesokan harinya.

Masih banyak yang tak settle tu. Banyak lagi yang nak kena beli, yang pening nak cari tudung putih, taknak tudung sekolah, nak tudung bawal akel ( entah betul ke salah aku eja ni) sebab yang tu labuh, tapi sweetla nak digayakan. Haa..mana tak pening kepalaku ini..kengkawan tahu tak mana boleh cari tudung ni?

Ya Allah...apa pilihan terbaik kami Ya Allah....? Tunjukkanlah, pandulah, permudahkanlah, aku berperang antara keyakinan dan jalan hidup kami sekarang ini......

8 May 2015

Rindu.

Assalamualaikum...semoga hari ini kita menjadi antara orang yang sangat bahagia kerana terpilih menjadi umat Rasulullah, namun hati kita tetaplah bimbang sekiranya tidak termasuk dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang mampu bersyukur...ampun ya Allah..

Rindu
Amat rindu..
Sehingga pilu menusuk kalbu
Rindu menunggu kepulanganmu
Lewat batas waktu yang berlalu..
Bukan aku sahaja yang merindumu..
Mereka juga, mereka lebih lagi
Malah mereka berkorban tanpa jemu
Tanpa sekelumit kepentingan peribadi
Dan aku jadi malu
Kerana hanya mampu merindu
Tapi tak mampu
Jadi seperti mereka..
Maafkan aku.....

5 May 2015

Susahkanlah anak-anak untuk TUHAN dikenali..



Sanggup susah dalam mengenalkan Allah kepada anak-anak.

Ada orang suka memberi kemewahan mata benda kepada anak-anak mereka tanpa batasan, minta apa saja akan cuba sedaya upaya ditunaikan. Kemewahan sebagai lambang kasih-sayang, Minta tu dapat, minta ni dapat. Tanpa anak-anak diperkenalkan kepada Tuhan, rasa takut dosa dan neraka..bayangkan apa akan jadi pada si anak...?

Betul ke jika menyusahkan anak-anak tu tanda takde kasih-sayang? Menyusahkan macamana tu? Ajar anak puasa, tutup aurat, ajar anak solat, rotan jika malas menunaikan solat, itulah menyusahkan anak-anak. Susahkan mereka bangun pagi-pagi ketuk pintu, gung-gung-gung..suruh bangun jugak, bangun jugak..tunaikan solat. Ajar anak tutup aurat, eh! panaslah pakai tudung, eh! rimasnya berstokin, baju besar, ala...tak nampak body yang slim tu..aduh...laparnya tak makan sehari suntuk sebab puasa....

Memang susah, kita susah..dia pun susah. Lagi-lagi kalo si anak tu degil, disuruh solat..liat, disuruh tutup aurat, tetap nak berlawa mengorat.

Tapi sebagai ibubapa yang mahu melihat anak-anak selamat dunia dan akhirat, apa pun kesusahan yang datang terutama dalam mendidik anak-anak ke arah insan soleh dan berakhlak lagi membesarkan Allah, hadapilah dengan tabah..

Sebenarnya memberikan anak-anak kenal ALLAH itu adalah sebesar-besar kasih-sayang kerana dengannya mereka mampu memberi kasih-sayang kepada insan lain pula, kerana Tuhan itu lebih besar dan lebih Maha Kaya dari seluruh isi alam ini, jika DIA dikenali.

Jadi...jangan pernah takut untuk menyusahkan anak-anak dalam usaha kita memberikan Tuhan kepada mereka, sesungguhnya kesusahan itu bagai menyemai benih yang hasil tuaiannya sudah tentu berbaloi. Tapi biarlah kesusahan itu bersama Tuhan, sebab Tuhan itu penyelesai segala masalah. Jangan pandai-pandai rasa mampu mendidik anak tanpa Tuhan, kita takkan ke mana...kecuali memimpin mereka ke Neraka...

4 May 2015

Rahsia cekodok ku mantap dan gebus.

Haa..ni rahsia saya sorang jer tau. Dah lama saya pendam, dah tak tahan nak melotop ni ha..
Sonang yo. Korang pun tontu toringin nak hidang sekuduk pisang mantap lagi gebus kat cik abang korang kan.

Camni ha. Korang kopek pisang sebijik-sebijik, masukkan dalam blendo, masukkan gulo sesodap ghaso. Pastu korang blend yo, blend lelamo, 2,3 jam pun ikut suko korangla. Oh hai..lupo plak ha...nak blend tu jangan lupo masukkan air sikit. Tak payah do nak tambah soda bikarbonat ko, mauripan ko, buek yo cam saya buek tu, In shaa Allah boleh yo mantap gebus tanpa ghaso soda bikarbonat tuh.

La hai satu lai lupo...kang ado yo yang tak masukkan topung teruih gorengkan. mano tau yang anak-anak daro tu kan. Kalo den la..dalam 6 ko 7 biji pisang berangan tu, topung dalam tak sampai setongah kilo, hampir setongah kilo.

Pastu rahasio menggorengnyo..paneh an minyak boboto paneh, basahkan tangan jomput bagi cecome gitew, masuk an yolah ke dalam minyak tu.  Goreng yolah. In shaa Allah sekuduk korang mantap gebus dan tak berminyak macam den punya ni.

Okla jomput makan jojomput ha..

3 May 2015

XPDC ke Tanjung Belungkor.

Seronok dapat berkumpul dengan para sahabat , yang sama -sama satu cita dan arah perjuangan, iaitu sama menagih takut Allah dan Rindu Rasul dalam hati kami. Dengan ahli rombongan seramai 44 orang naik bas persiaran milik GISB, kami mula bermusafir selepas subuh 1 Mei dari Putra Jaya.
Dengan tambang hanya rm60 kami tak perlu risau memikirkan makan minum sepanjang xpdc 2 hari 1 malam tu mahupun tempat bermalam, kerana kami boleh singgah makan, berehat, solat di premis-premis milik jemaah GISB yang ada.

Antaranya di Seremban 2 ada kafe, butik, pasar basah, meriah sesangat terutama di hari ahad. Di sini kami singgah bersarapan.

Kami meneruskan perjalanan ke Krubong, Melaka. Sepanjang perjalanan kami diberi pengisian rohani dan sesi soal jawab. Di Krubong kami singgah untuk makan tengahari. Usah risau tentang bayaran, kami singgah sebagai tetamu yang diraikan.

Sebenarnya macam tulah jemaah kami. In shaa Allah di mana-mana tempat yang ada premis milik jemaah kami boleh singgah tanpa ragu. Bukan di dalam negara je, di luar negara macam di London, Australia, Jordan dan banyak lagi, jika direzekikan ke sana, kami tak perlu risau tiada tempat untuk tinggal.

Dari Krubong Melaka, kami meneruskan perjalanan ke selatan. Ke Johor Bharu di tempat yang bernama Mutiara Rini atau Mutiara Square. Saya ada wasap kzakie, rupanya rumah dia tak jauh dari situ. Tapi kzakie tak ada kat rumah, takde rezeki nak jumpa kzakie..Di sini kami singgah untuk makan malam dan bermalam. Esoknya sabtu 2 Mei sebelum meneruskan perjalanan kami  bersarapan, dah kenyang siap dibekalkan lagi dengan nasi lemak dan beriani. Ya Allah...boleh kata, perut kami ni tak sempat lapar, asyik makan jer.

Kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 9 pagi, amik masa dalam 2 jam sebelum sampai di jeti
Kg. Sg Papan. Cuma kali ni untuk ke Tanjung Belungkor tu kena naik bot milik orang kampung sebab bot milik jemaah rosakla plak.  Satu trip dalam 12 orang dengan bayaran rm50 satu perjalanan yang tak sampai 10 minit pun. Pun dibayar oleh jemaah..

Di Tanjung Belungkor kami melihat projek yang dibangunkan antaranya kilang mee kuning, stable kuda, ladang rozel dan sayur-sayur lain, ada bela kambing, ayam, angsa, arnab...Alhamdulillah...walaupun masih dalam peringkat awal, belumlah besar mana pun, tapi In shaa Allah berkat gigih dan bekerja tanpa ada rasa kepentingan diri, rasanya tak mustahil Tanjung Belungkor akan membangun dalam masa yang singkat. Buat pengetahuan kengkawan tanah seluas 35 ekar ( kalau tak silap saya ) di Tanjung Belungkor tu adalah milik GISB sepenuhnya.

Jom...berxpdc bersama saya..
Bersama dalam bas persiaran milik GISB
Di Seremban 2, special nasi ayam Hainan berempah
Di Mutiara Rini, Johor Bharu.
Di Jeti kg Tanjung Papan, sebelum bertolak
ke Tanjung Belungkor.
Tawakkal je..takde jaket keselamatn pun..
Nampak tak angsa, baru ada 2 ekor, jadilah..
Damai.
Yang lelaki berpeluang naik kuda, saya pun teringin sebenarnya.
Kafe terapun Ikhwan.
Yang ni pun saya teringin nak cuba, teringin
tapi tak berani, takut terlanggar pokok, hi hi
Gotong-royong masak.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign