Asam Garam Kehidupan: November 2015

Nuffnang

Pages

30 Nov 2015

Janji manismu, lidah tidak bertulang..

Hi hi...jom nyanyi sikit. Minat nyanyi? Eshh takla, saya minat nasyid.
Tu cerita semalam di Mydin mall Seremban. Ada pameran Islamic lifestyle Fest katanya. Tapi takdelah kitorang ke sana semata-mata nak ke fest tu. Hubby nak jenguk mak dia aka MIL, so kiranya tu acara sambilan jer.

Tengah round-round dalam Mydin Mall tu, terdengar suara lemak merdu..lidah tidak bertulang, janji manismu..ishh..tak hafal saya. Tinjau punya tinjau tetiba ternampaklah wakil rakyat Kuala Pilah ni, Aisyah sedang menyanyi lagu fofular dia tu. Habis je nyanyi satu lagu tu, terus kena sambar oleh body guard dia yang sado, tapi pakai baju labuh macam maxi, rambut panjang, bermekap lipstik bagai, hati saya tertanya- tanya ni lelaki ke perempuan...?

Tapi sempat juga saya mengecek baju kurung 3 pasang rm100, haaaa...berbaloi tak? Jadilah untuk basahan ke tadika. Kalau beli kain dah berapa, upah dah berapa. Ni beli siap terus bole pakai. Suka hati.

Jom hayati kata-kata ni..
Jarang berhimpun pada seorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik..

27 Nov 2015

Penampilan ke? Atau...

Bila saya pakai baju kurung atau jubah dengan tudung labuh, mulalah orang panggil saya 'makcik', kalau singgah kedai atau pasaraya.
Ok, fine..saya terima, saya sedar saya bukannya muda lagi. Eh, tapi agakla..yang pada pandangan mata saya kira pangkat adik pun nak panggil aku makcik, ni nak kena lempang nih.

Tapi di tadika saya pakai tudung yang agak kecik, jangok sikit, kate orang Teganu, ada orang tak sangka saya anak lima dengan anak sulung berumur 18 tahun...

Membuatkan saya terfikir-fikir, patutla ada orang yang pada pandangan mata kasar dah layak dipanggil nenek pun ada yang melaram bagai anak dara. Masya Allah, bukan mengata, tapi itulah kenyataannya. Takutnya kita kepada tua dan mati membuatkan kita mengenepikan hukum Allah, langgar syariat, sanggup berhabisan ribuan ringgit demi menjaga kemudaan. Padahal tua dan mati itukan pasti, bersedia atau tidak, ia akan tiba.

Beruntungnya bila diberi peringatan dengan sakit, selain penghapusan dosa dan peningkatan darjat iman, sakit juga dapat mengingatkan kita kepada kematian. Ada orang yang lansung tidak bersedia, tiba-tiba dipanggil pulang tanpa sebarang persiapan...alangkah malangnya.

Jadi jangan mengeluh bila menjengah cermin terpapar garis-garis halus kasar yang makin dalam meragut kecantikan dan kemudaan. Jangan berduka bila helai demi helai rambut yang tumbuh bukan lagi hitam berkilat, tapi sudah putih bak salji membuatkan rupa kian menjadi nenek kebayan. Jangan bersungut bila setiap sendi rasa kian longgar dan goyah..ingat, itulah satu peringatan dari Dia, bahawa bila-bila masa kita boleh diambilNya. Semua yang ada hanyalah pinjaman semata...

Ya Allah...mata pun dah makin rabun ni, Alhamdulillah gigi masih penuh, so taklah kempis pipi ku ini, ki ki ki...makan suppliment itu, ini  tak membantu sangat mane pun, ermmmm...biar jelah, takyahlah aku nak lawan fitrah, lebih baik menabung untuk ke Makkah..

Oh ye, satu petua awet muda...ishh...korang ni, pantang dengar petua awet muda ye. Senang je...berwudhuklah selalu..In shaa Allah..

24 Nov 2015

Sucikah kain baju anda...?

Saya nak share satu ilmu thoharoh bersama Ust. azhar idrus iaitu cara betul membasuh baju menggunakan mesin basuh. Oittt, pehal engko ni azimah oiii, budak tadika pun dah pandai guna washing machine, ni engko nak ajar mak-maknya, takde idea letew..

Laa, memang semua orang pandai, tekan power, pastu start..haa..tunggu siap je, pastu jemur.

Memangla. Soalnya suci ke tak?

Hah..?

Ya. Kena pastikan suci untuk dibawa solat. Kalau ada najis camane nak sah solat.

Sebab tu saya tak buang mesin basuh lama ni. Berguna dan berjasa dia pada keluarga saya. Dah rosak 2,3 kali, tapi mesin yang ni bole guna untuk bilas ( lalukan air mutlak ), jadi repair dan gunakan untuk bilas dan spin jelah.
Mesin basuh baru tu saya guna untuk membasuh sahaja.

Memang itulah caranya. Saya basuh guna mesin baru. Bila siap keluarkan, masuk dalam mesin basuh lama,  masukkan air sampai sama aras dengan baju yang dibasuh, on kan spin, sambil tu air biarkan mengalir untuk pastikan jadi air mutlak..pastu spin macam biasa.
Hukum ni dinamakan hukum muasoroh iaitu hukum yang baru disepakati oleh alim ulama setelah dicipta mesin basuh.

Bole juga nak bilas selai-selai. Ataupun sebelum masuk mesin tu, buangkan dulu najis yang ada dengan membasuhnya. Tapi saya lebih suka dengan cara saya kat atas tu. Tak kisahla apa cara pun, yang penting pakaian yang kita guna untuk solat tu suci dari najis untuk memastikan solat kita sah, betul tak?

Moga ada manfaatnya.

23 Nov 2015

Rumah tangga Islam sepatutnya..

Mari kita usahakan rumahtangga Islam yang harmoni dan penuh kasih-sayang. Bagaimana?

1.  Suami mampu memimpin anggota keluarganya ke arah Islam.

2.  Isteri, anak-anak atau siapa saja yang ada di dalam rumahtangga itu mentaati Allah, Rasul dan pemimpin rumahtangga ( ayah atau suami ).

3.  Isteri menjaga maruah dirinya ketika suami tidak ada di rumah.

4.  Isteri mampu mendidik anak- anak serta dapat menjaga kebersihan lahir batin dalam rumahtangga meliputi soal pakaian, makanan, minuman dan harta benda yang ada di dalam rumahnya.

5.  Mempunyai sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik yang dikhaskan buat tempat tidur ibu dan ayah, anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki. Anak-anak mesti tidur berasingan daripada ibubapanya. Anak-anak lelaki pula mesti tidur berasingan daripada anak-anak perempuan. Ajaran islam telah menetapkan, kanak-kanak yang telah mencapai umur sepuluh tahun mesti dipisahkan tempst tidurnya daripada tempat tidur ibu bapanya dan sesama adik-beradiknya ( lelaki dan perempuan ).

6.  Jika tidak dapat sembahyang berjemaah dengan orang ramai kerana rumah terletak jauh dari surau atau masjid, maka anggota keluarga yang ada hendaklah mendirikan sembahyang berjemaah bersama mereka.

7.  Isteri yang hendak keluar rumah hendaklah ditemani mahram dan mendapat keizinan suami.

8.  Isteri tidak dibenarkan menerima tetamu bagi pihaknya tanpa keizinan suaminya.

9.  Wujud suasana kasih sayang dan hormat menghormati sesama anggota keluarga.

10. Semua anggota keluarga berusaha mempunyai sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pergaulan, tutur kata fan gerak geri selalu dijaga agar sentiasa sopan dan bermaruah.

11. Mengekalkan ciri-ciri kesederhaan menurut ajaran islam. Tidak terdapat lambang-lambang kemewahan dan pembaziran seperti perhiasan-perhiasan daripada sutera, intan berlian, pinggan mangkuk emas atau perak, patung-patung perhiasan atau hiasan yang berbentuk lucah dan menyerupai hiasan-hiasan orang kafir yang jelas bertentangan dengan syariat islam.

12. Tidak berlaku pergaulan bebas seperti tetamu yang hadir dengan anggota keluarga yang bukan mahram. Ajaran islam menyuruh kita menghormati tetamu, tetapi tidaklah sehingga melewati batas yang ditetapkan oleh syariat seperti isteri tuan rumah bersalaman dengan tetamu lelaki, tidak menutup aurat. Malangnya perkara-perkara begini diambil mudah oleh kebanyakan orang islam sendiri.

Itulah antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh sesiapa yang bergelar ketua keluarga bagi menjaga keharmonian sebuah rumahtangga islam, justeru di bahu kitalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di Padang Mahsyar kelak.

ياءيهاالذينءامنواقوااءنفسكم واهلىكم نارا.
Wahai orang yang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.
                                         At Tahrim: 6

22 Nov 2015

Dah grad anakku Umar Zikri.

Cepatnya masa berlalu. Pejam-celik, pejam-celik, dah besar, dah tua, dah mati..

Semalam 21/11/2015 berlansung majlis konvo  tadika Umar Zikri aka tempat kerja saya tuh. Alhamdulillah, walaupun cuma buat kat tadika je, majlisnya tetap meriah dengan kedatangan penuh para ibubapa. Persembahan nyanyian, nasyid, senaman,coral speaking, pantun pun berjalan lancar dan menghiburkan para ibubapa. Berbaloila penat lelah dok latih diorang tu.

16 Nov 2015

Giveaway SAMBAL.

Simple je. Tapi ni update kat tepon, so takdelah dapat nak buat canggih-manggih sangat. Kat tadika ni ada je komputer, wifi tapi tak beranilah nak guna untuk buat keje2 peribadi camni, taknak ada terselit syubahah ke..
So, senang je.. Untuk yang saya sebut nama di bawah ni, sila whatsapp ke saya 0136560422. Diorang ni selalu setia berkunjung ke laman saya yang tak berapa nak segar mewangi ni al maklum jarang dapat dibaja dan disiram...walaupun tinggal tak berapa kerat, tapi cukuplah buat memeriahkan laman saya ni, ye kakzakie, knor cinnamon, hainom okjer, UA..sorilah tak bole nak link ke saya yang tak reti sebab guna phone, kalo kt pc bolela.
Yang ni plak dulu pernah menyulam kasih belum berbalas, in shaa Allah saya nak balas ni, JM, Nhhas dan baby_pose, sila wasap juga.

Untuk yang lain yang sudi follow, ni kira 3 in 1 ni, tambah follower, erat silaturrahim dan promosi, hi hi..5 hari jr, cepat2, sape cepat dapat sambal. Follow, wasap, dapat sambal ikan Terengganu style.

So, sekali lagi...whatsapp ke 0136560423. Kita jumpa 5 hari lagi, in shaa Allah..ilal liqa'.

15 Nov 2015

Nilah sambalnya.

Sorilah lambat menepati janji. Tapi apapun janji kena pegang. Nah..nilah sambal ikan yang siap, dah kering betul macam tu, In shaa Allah tahan sebulan. Kalau nak lagi tahan, kenalah simpan dalam peti sejuk.

Tapi saya pun tak boleh lawan kesedapan sambal ikan arwah mak. Entah apa yang kurang, adalah tu. Kena buat lagi, buat lagi sampai jadi macam arwah mak punya, manalah tau satu hari saya bole jadi toke sambal ikan, macam knor cinnamon toke rempeyek kan knor, hi hi..

Sape nak tempah?

11 Nov 2015

Hebatnya ibuku Khadijah..

Bagaimana Ibuku Khadijah boleh selalu berpisah dengan anak-anak atas tiket perjuangan? Tegar sungguh hatinya, kuat sungguh semangatnya bila mengatakan kasih-sayang tidak diukur dengan harta, kesenangan dan keberadaan selalu dengan anak-anak, tetapi kasih-sayang dinilai bila mampu memperkenalkan Allah dan Rasul, sehingga Allah dan Rasul itu menjadi matlamat hidup mereka..

Siapa Ibuku Khadijah?
Maaf jika kalian rasa aku terlalu menyanjungnya. Tapi padaku dia memang wanita hebat. Dalam masa lima tahun setelah pemergian Almarhum suaminya, dia mampu mengembangkan empayar perniagaan hingga keluar negara, yang terbaru kafe bertaraf lima bintang di Turki, sebelumnya membangunkan ladang ternakan haiwan seperti lembu dan kuda di Australia sehingga diserahkan kepada mereka sebuah rumah sembelihan halal untuk terus dimajukan. Dalam masa yang sama pengisian rohani kepada staff GISB Holding sangat dititik-beratkan, sehingga bangun malam untuk mengerjakan ibadah sudah menjadi budaya hidup mereka.

Setelah ikrar lafaz taubat mereka dan kursus pemulihan mereka bersama para pegawai JAIS bulan Mei lepas, mereka memang bersungguh-sungguh mahu bergelanggang di tengah masyarakat dan sama-sama membangunkan sahsiah para remaja sehingga tertubuhnya beberapa pusat pemulihan dadah dan rokok yang sehingga kini masih beroperasi, dan yang amat mengharukan para remaja yang dipulihkan itu mahu terus bergelanggang bersama GISB Holding kerana merasakan diri mereka terbela iman dan islamnya.

Kini Ibuku Khadijah telah pergi.. tanggal 10 Muharram 1437H bersamaan 23 Oktober Khamis malam jumaat...menjadi saksi, sebuah pemergian abadi...pemergian yang sangat berbahagia kerana berjaya melaksanakan amanah yang ditinggalkan oleh almarhum suaminya...
Pemergiannya sangat kurasai, walaupun tika hayatnya jarang benar dapat bersua, walaupun tika hayatnya kurasa kasih-sayangku terhadapnya biasa-biasa saja, kini aku merinduinya seperti aku merindui arwah ibuku sendiri..

Aku yakin Ibuku Khadijah sedang sangat berbahagia di sana..Aku yakin dia pergi kepada cintanya dengan penuh redha dan bersedia, aku yakin  dia pergi meninggalkan kami setelah kami benar-benar bersedia lahir dan batin..

Pergilah bunda, kami redha...

10 Nov 2015

Lassi manggalah sangat..

Jom try.
Hari tu dapat mangga yang kecik, bulat-bulat tu, kawan bagi. Kat Terangganu mangga jenis tu dipanggil pelam ringan, saya blend 3 biji dengan susu, tuang jus sunquick mangga dalam 2 sudu besar, kalo suka campur ketul ais, kalo tak suka cam saya, tak payah tarok pun sodap.
Bagus untuk sesiapa yang berhajat nak menurunkan berat badan. Saya dah kurus sikit tau. Disahkan sendiri oleh cik abang saya, hi hi.

Alhamdulillah..
( sori, dah hampir habis minum baru teringat nak amik gambar )

Sambal ikan resepi bunda.

Saya fikir saya biarkan tv menyanyi sendiri, rupanya sidara kecil saya yang belumpun mandi pagi tu sambil mata terpejam, entah menghayati, ermmm...tak rasanya, masih ngantuk, al maklum cuti deepavali, exam dua2 sekolah pun dah habis, happy sakan dia..

Saya sedang mengerjakan ini...
Sambal ikan resepi arwah ma saya. Banyak? Eshhh..tu belum kering, tu nak kena masak sampai kering garing supaya tahan lama. Untuk bekal kakak kat kolej sebenarnya. Dia ada balik cuti deepavali, tapi esok dah nak balik kolej semula.

Kakak dok bersungut, makanan kat kafe kolej tak sedap, malah tak bersih. Saya kata..memanglah, dah masak banyak-banyak, manalah boleh nak jaga.

Nak resepi? Boleh, apa salahnya, moga jadi gak jariah untuk mak saya di sana..

1. Ikan sardin  dalam sekilo ( saya suka ikan ni sebab isinya manis )

2. Kelapa 2 biji.

3. Bawang besar 6 biji ( boleh je nak lebih, lagi banyak lagi sedap )

4. Cili kering, halia, bawang putih, lengkuas, ketumbar, asam keping, serai lagi banyak lagi sedap dan wangi.
( ikutlah kesesuaian pedas mana, masam setara mana, mesti korang bole kan)

5. Gula kabung, kalo takde gula biasa pun ok.

6. Garam.

Caranya: ikan direbus, ambik isinya, blend tulangnya tapis untuk stoknya. Ni yang bagi sambal lagi sedap. Bawang and sekutunya blend juga. Pastu tuang je semuanya dalam kuali, dengan santan sekali. Pastu masaklah sampai kering.

Senang kan. Sambal atau serunding ikan ni sesuai juga untuk ibu-ibu dalam pantang, sedap makan ngan nasi panas-panas, dengan nasi impit pun jadi gak. Try la, saya jamin sedap.

Nanti saya belanja gambar sambal yang dah kering plak yea. Hi hi...

6 Nov 2015

Susahnya IKHLAS.

Abu Hurairah ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Pertama yang akan dihitungkan di Akhirat ialah seorang yang mati syahid. Setelah dihadapkan ke hadrat Tuhan lalu ditanya, " Apakah perbuatan kamu terhadap nikmat itu?" Jawabnya, "Aku telah berjihad untukmu hingga mati syahid." Berfirman Tuhan: "Engkau telah dusta. Engkau berjuang bukan kerana aku tetapi kerana ingin terkenal sebagai oejuang dan disebut-sebut tentang keberanian dan ketokohanmu. Dan engkau telah perolehi itu semua." Maka Allah perintahkan orang itu diseret ke dalam api Neraka.

Orang keduavialah seorang yang telah banyak ilmu dan pandai serta mengajar tentang Al Quran, ketika dihadapkan kepada Tuhan ia ditanya: "Apakah yang telah kamu perbuat terhadap semua itu?" Jawabnya, "Aku telah pelajari ilmu dan mengajarkannya." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau belajar kerana ingin terkenal sebagai seorang alim dan engkau baca Quran kerana ingin dikenal sebagai seorang qari dan semua itu telah engkau perolehi." Maja Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam api neraka.

Orang ketiga ialah hartawan yang memiliki segala jenis kekayaan. Ketika dihadapkan kepada Tuhan, ia ditanya, "Apakah amalanmu terhadap semua hartamu?" Jawabnya, "Aku telah gunakan untuk semua urusan di jalanMu dan semata-mata keranaMu Tuhan." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta, engkau membelanjakan hartamu adalah kerana inginkan supaya dikenali sebagai seorang hartawan dan engkau telah perolehi itu." Maka Allah memerintahkan supaya ia diseret ke dalam api neraka.

4 Nov 2015

Siapa sebenarnya WIRA?

Bukanlah setiap yang menempa nama wira
Boleh digelar wira
Tidak pada yang ada glamour
Banyak peminat sudah dianggap wira
Tidak semestinya yang kuat itu wira
Bukan pula yang gagah itu layak
Memegang title wira
Tidak juga yang berani itu wira
Kalaulah yang berani itu dianggap wira
Yang paling berani hingga sanggup
Membunuh dirinya
Apakah dia yang paling wira??
Padahal dialah yang paling hina, malang dan celaka!!
Jadi..
Siapa yang sebenarnya wira?
Yang sanggup menyeberang lautankah?
Yang menawan angkasakah?
BUKAN, BUKAN!!
Wira yang sebenarnya
Seperti disabdakan Baginda..
Siapa yang sanggup melawan hawa nafsunya.

2 Nov 2015

Bila TENTERA ALLAH menyerang..

Pening kepala manusia
Bingung manusia dibuatnya
Bila tentera Allah bertindak..
Kun, jadi..maka jadilah ia..
Peperangan antara manusia
Dengan api, air, jerebu, angin, taufan..
Api..memusnahkan apa sahaja
Harta bendanya, jiwa, pembangunan..
Hujan..banjir..menenggelamkan apa sahaja..
Jerebu...sesak nafas, datang pula penyakit lainnya..
Berbagai kaedah manusia buat
Bagi melawan tentera-tentera Allah ini..
Namun tentera-tentera Allah ini tetap menyerang bila-bila masa
Mereka tidak pernah surrendar..
Kalau berhenti pun sekejap sahaja..
Tunggulah masa ia menyerang semula..
Begitulah berlaku sejak dunia wujud..
Manusia tidak akan aman dibuatnya..
Yang paling teruk..
Berperang dengan kuman
Makhluk Allah yang paling kecil
Juga kalah manusia dibuatnya..

Teruja tengok monyet di Teluk Cempedak.

Hantar kakak balik kolej semalam. Hari tu kakak duk tingkat 5, sakit lutut, termengah-mengah ibu nak sampai tingkat 5 tu. Masuk semester baru ni kakak dapat tingkat 2. Alhamdulillah, macam kilat ibu naik.

Selesai beli barang-barang kakak yang belum cukup, sempatlah kami ke Pantai Teluk Cempedak. Nilah first time sampai sana. Kesian tak? Apa yang dapat saya gambarkan...Subhanallah..cantik dan bersih. Tapi yang buat kami teruja sesangat tu, dapat tengok monyet. Monyet dah tak takut orang, orang plak takut kat monyet. Kita jerkah dia, dia jerkah kita balik, siap nyeringai tunjuk gigi, ada taring tajam yang buat seram tu.
Ada jejantas panjang kat tepi pantai tu,  monyet-monyet tu duk bersidai kat situ. Pantang orang bawak makanan, habis dirampasnya. Jadi nak selamat jangan jerkah, dan jangan bawak makanan.
Nak makan ada banyak kedai makanan, ada juga kedai yang jual cenderahati.

Bertolak balik dari Kuantan lepas maghrib. Hujan lebat, dah musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah takla berpanjangan. Sampai rumah kul 12.30 malam, Masya Allah...penat.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign