Asam Garam Kehidupan: Korang bersedia tak?

Nuffnang

Pages

23 Jan 2016

Korang bersedia tak?

Hari ni telur goreng, esok ikan goreng dua ekoq syer sekeluarga, lusa teluq masak kicap, tulat ikan kering 3 rasa, tungging...entah...korang plan la sendiri.

Yelah, kenala bersedia bajet keluarga apa patut, demi survival anak yang nak sambung belajar kat u, tahun depan abang tengah plak in shaa Allah sambung u, si kakak tengah pun nak masuk tingkatan satu. Semua tu makan belanja bukan sikit. Kalo biasiswa kakak kena tarik balik, si abang besar tak dapat biasiswa, tentulah duit poket ibu abah yang kena keluar habis-habisan. Sekarang ni pun abah cuma mampu bagi belanja bulan rm300 untuk kakak, si abang besar yang kat asrama rm100, habis kalo tak dapat biasiswa atau biasiswa kena tarik, aduihhh, aduihhh...sakit semuanya,....kesian anak-anak ku terpaksa ikat perut, dengan belanja makan kat kolej yang serba mahal, dengan bahan-bahan untuk assigment yang bukan sikit, aduihhh...taknak ngeluh, tapi termengeluh jugak nih nampaknya.

Jadi, kenalah belajaq awai-awai. Cam arini, goreng teloq, rebus sayuq bendi, sambai kicap, perut tengah lapaq sangat, lauk camni dah cukup heaven dah ni.

Ni lauk emergency bila dah lapaq sangat balik dari pasar, mana sempat dah nak siang ikan, sotong bagai. Dan macam saya cakap kat atas tadi, persediaan awal mak pak marhaen cam kitorang ni demi kebajikan anak yang nak sambung belajar.

17 comments:

  1. Assalam. Biar kita susah, jangan snak nak belajar terbantut disebabkan sen dan ringgit.

    ReplyDelete
  2. Assalam. Biar kita susah, jangan snak nak belajar terbantut disebabkan sen dan ringgit.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, kita susah takpe, demi ank2 yg baru nak belajar hidup.

    ReplyDelete
  4. Tu la dengar macam tu, semua pakai loan kut.. terpaksa bersedia. InshaAllah dipermudahkan. (Btw NA pokok dlm botol tu,,buh batu kecik dan tanah, air tak takung , so far ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo gitew ye, tapi takde nyamuk sembunyi kat daun2 kr?

      Delete
  5. Akakpun dah terasa bahangnya..

    Cam gaji bulan ni, nak sambung road tax exora RM1k+, perbelanjaan si bujang nun jauh di sana sementara dia menerima elaun bulanan RM800 - RM1k, bayar ansuran kereta RM900, perbelanjaan kakak di asrama RM100/minggu(ntuk duit poket + makanan kering) Insuran 4 beradik RM500/bulan, bil2 utiliti, bayar PTPTN si bujang, bla. bla.

    Dapat makanan spt di ataspun bersyukur sangat untuk kami suami isteri tapi anak2???? tak sampai hati weyhhhhhhh..hu3

    ReplyDelete
  6. Tula, kalo kena amik loan akan dtg nak kena berikat perut nk membayarnya plak, tapi kalo tkde jalan, kena amik juga kot.
    Tak tau nak cakap camana dah, semoga kita tetap tabah demi masa depan anak2 yg masih panjang.
    Makanla apa yg ada, asal kenyang, ank2 pun saya ajar bersusah2 juga, Alhndulillah diorg pun tak memilih makan, mmg tak smp hati, tapi kena juga bg diorg faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang2nya kita bersyukur sebab setiap bulan ada pendapatan tetap, cuba bayangkan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap dengan isi rumah yang ramai.

      Cuma bak kata pepatah "lebih besar periuk,lagi banyak keraknya", apa2pun tepuk dada, tanya selera..

      Bermuhasabah diri sat..

      Delete
    2. Saya pun dok terpikir mcm tu, bygkan bila ada ank dorg nk sambung belajar,sedangkan ibubapa hanya penoreh getah atau nelayan, sedangkan itulah ank yg diharap membawa perubahan dlm keluarga, kesian sungguh bila dibayangkan.

      Moga Allah selesaikan masalah kita semuanya, dengan doa buat semua, moga ada di kalangan kita Allah dengar rintihannya.

      Pada Dia kita berserah..

      Delete
  7. Replies
    1. Hi hi cikgu, agaknya cikgu tak pernah masak camni kot, tapi ank2 saya suka telur goreng ngn kicap, mkn dgn nasi panas2, sedap.

      Delete
  8. bagi saya yang selalunya makan di kedai, masak sendiri walaupun lauk ringkas begini lebih sedap...

    terutama kalau istri yang memasak dan hidangkan..hehe...

    ReplyDelete
  9. bagi ibubapa yg tiada pendapatan tetap di kampung2 anak2 terpksa melupakan hasrat masuk u tika kegawatan ekonomi kini...masing2 kena berusha cari rezki dulu sebelum sambung pengajian..kesian kan...

    ReplyDelete
  10. Betul tu mak, sekarang ni serba serbi mahal, kita mmg kena berjimat cermat. Fahamnya kalau ada anak yg tgh membesar tu mak. Mmg banyak pakai duit.
    Datuk Vida jugak yg kaya raya ek mak....dah rezeki dia mak, Allah dah tetapkan rezeki dia....dah dah jangan jeles, termasuk aku yg ckp ni hihi

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, syukur dengan kurniaan Allah, dalam fasa kegawatan ekonomi negara kita yang pemimpin sering duk cakap negara kita masih kukuh ekonomi ni, rakyat yang kena berjimat cermat ikat perut kan

    ReplyDelete
  12. cabaran membesarkan anak dalam kegawatan ekonomi. sabarlah Nor..ada ganjarannya nanti. biar bersusah dahulu..senangnya kemudian nanti..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign