Asam Garam Kehidupan: Nangka pertama kebun kami.

Nuffnang

Pages

2 Jan 2016

Nangka pertama kebun kami.

Kebun kami, ha ha..kebunla sangat. Tanah rezab jalan, belakangnya hutan pokok getah yang dah tak ditoreh. Pokoknya dah lama mylarling tanam, rasanya dah lima tahun. Sebelum ni buahnya selalu kena curi dek monyet. Banyak pulak tu sekali datang, dahla tak takut orang, kita sergah dia, dia sergah kita balik. Mylarling tanam pokok jambu air, pokok kedondong. Pokok jambu adala beberapa kali berbuah, buahnya baru sebesar ibu jari, datang monyet sekali serbu dengan bunga-bunga jambu habis bertaburan di tanah. Sekarang macam merajuk, dah lama tak keluar bunga pun.

Hutan belakang rumah kami ni pernah terbakar masa kemarau tahun 2014. Pokok-pokok di kebun kami ni separuh terbakar daunnya, Alhamdulillah tak mati, sekarang dah merasa kami hasilnya. Dapat juga kongsikan bersama jiran, ermmmm...manis betul buahnya, tapi tak berani makan banyak, takut angin dan sakit urat. Anak-anak pun tak pandai makan.

Tadaaa...buah nangka, mylarling ambil semalam, elok masaknya macam sambut tahun baru 2016 je.
belakangnya hutan, ada monyet.
abadikan kenangan dulu.
kena balut dengan guni supaya selamat.
harum semerbak satu rumah.
masuk plastik, kongsikan dengan jiran.

6 comments:

  1. Petik camera dulu haha baru petik buah. Besar nangka sendiri, letak baja ke?

    ReplyDelete
  2. sudah semestinya Fair, asben toke baja, hi hi

    ReplyDelete
  3. mesti fresh Zimah makan hasil tanaman sendiri kan apa lagi nangka ni wangii

    ReplyDelete
  4. Knoor, trmkasih atas kunjungannya, memang fresh sangat, wangi semerbak satu rumah, kalo knoor dekat saya dah hantar barang seulas, hi hi

    ReplyDelete
  5. Rajinnya laki ko mak....kat taman aku ni, org cina yg rajin menanam cam tu.

    ReplyDelete
  6. Ha ha, rajinla sgt, nk tau, dia masuk kebun dia tu bila matanya dah tk tahan tengok semak sgt.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign