Asam Garam Kehidupan: Tauhidnya belum mantap.

Nuffnang

Pages

27 Jan 2016

Tauhidnya belum mantap.

" Baby, kenapa tak habiskan ikan tu, tak baik membazir, nanti kat akhirat kena hisab, Allah tanya kenapa membazir, camane nak jawab?"

Aku memang tekankan supaya anak-anak habiskan makanan di pinggan, licin tak tinggalkan seulas nasi pun, tapi biasalah kalo lauk ikan bebudak ni kurang gemar, kecuali ikan goreng garing-garing cecah sambal kicap, barulah licin sampai ke tulang-tulangnya sekali.

Ni jawabnya si budak pandai ngelat ni..

" Takpelah, nanti bb jawab la bb dah kenyang, tak larat dah nak habiskan."

Ha kan, itulah jawabnya si budak yang belum mantap tauhidnya ni, nampaknya ibu kena buat sesuatu ni.

Dah tu mentang-mentangla dia tu bongsu, ada je kakak abang tolong itu, ini, banyakla dia lepas tangan. Tapi aku tetap tekankan tanggungjawab yang dia wajib buat sendiri, macam sangkut baju sendiri, simpan beg sekolah, tengok jadual, tapi cam biasa, ada je ngelatnya..

Cam biasa, suara ibu mula meninggi bila cakap elok-elok dia buat dek je.

" Ni camane ni, semua nak harapkan ibu buat, sok kalo ibu mati camane?"

" Takpela, ibu mati, abah ada bole buat," jawabnya buat ibu sentap sikit,...Oo, kau tak sedih ek ibu takde..

" Habis, kalo abah pun mati?" Umpanku.

" Abah mati, Iman ada." Jawab dia senang hati. Sampai la habis disebut abang, kakak semua ada, bila aku sebut sorang-sorang mati. Ermmm..memang nak kena budak ni. Mati akal ibu dibuatnya.

Tulah dianya cerita anak- anak, ibu abadikan untuk kenangan hari dewasa korang nanti dan kenangan hari tua ibu nanti. Doa ibu selalu untuk korang.

7 comments:

  1. Comel anak-anak dalam gambar tu, pandai memberi jawapan, kadang budak suka solusi dari akibat. Sebab itu jawab solusi ja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, solusi yg mudah kan, tulah ikut tahap pemikiran dia yg baru umur tujuh tahun tu.

      Delete
  2. jawapan anak-anak membuat mamanya tersenyum tu...bijak mencari alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak cari alasan nk selamatkan diri tu, mmg gelihati dgr jawaban dia tu PI.

      Delete
  3. nasib baik x dijawabnya..

    "jika ibu mati, abah kawin lain, opssssssss.."

    anak2lah permata hati kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, takpe, kalo ibu mati abah free bole kawen lain, ibu tak kisah dah;)
      Permata hati, penghibur hati, ada masa bikin sakit ati juga.

      Delete
  4. Alahai .....comelnya penyejuk hati ko mak, moga semuanya menjadi anak soleh dan solehah...
    Hihi...anak bongsu mmg selalu lepas tangan mak mcm aku hihi...
    Nak menang pun ada gak .....

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign